update status berlebihan di laman sosial
Salam,saya ingin memberikan sedikit pandangan mengenai status2 yang kita update di laman sosial.baru2 ini sahabat saya keguguran dan beliau mengupdate mengenai keguguran yang dialaminya.beliau membuat perkara sedemikian kerana sebelum ini setiap hari beliau update mengenai kehamilannya, dan bimbang orang lain masih menyangka dirinya hamil.
Saya perhatikan, ramai yang suka update mengenai kehidupan peribadi. Benar kegembiraan boleh dikongsi tetapi tidak semua kegembiraan kite perlu kita pamerkan berlebih-lebihan kerana mungkin ianya tidak berpeluang dinikmati oleh insan lain.
Saya berikan contoh terdekat, zaman dulu tiada fb, insta,twitter dan seumpamanya. Saleha mengandung ,dan dia ingin berkongsi berita gembira itu. Adakah die membuat pengunguman? Atau ketuk pintu disetiap rumah dan menyatakan berita itu?.sudah tentu orang tertentu sahaja yang diberitahu. Kalau kita tahu Asnah tidak ada anak kerana mandul, mahu kita ketuk pintu rumah Asnah?? Salah kalau kita mengatakan tidak boleh ada fb jika tidak boleh menerima cerita orang lain dan rasa diri kita kekurangan.jika kita tak mampu elak perkara tersebut,private kan la status untuk sesetengah orang yang perlu sahaja melihatnya.
Boleh sahaja update, Alhamdulillah, moga Allah berkahi kehamilan ini.
, tp dpt dibezakan dengan, hari ini update,
'em abang bawak makan tomyam sebab mengidam'
Petang sikit update,
'loyalah tekak,teringin pula nak hubby di sisi'
Esok update lagi dan lagi.
Sampai suatu masa keguguran, ianya memang satu ujian buat kita. Tp beringat kenapa orang dahulu pesan jangan cepat sgt nak bercerita sana sini.Allah pun marah kalau kita berlebihan menunjukkan kesenangan, kegembiraan, kejayaan. Boleh menimbulkan riak dalam diri kita.
Sebenarnya nak update status apa2 pun kita harus beringat, melalui status kita tulah kita mudah untuk dimanipulasikan.
Sekian
– pemberi pandangan