Assalamualaikum. Cukup sekadar korang tahu nama aku X. Lately, aku nampak banyak orang confess tentang depression dekat sini, dan sebanyak itu jugak lah orang komen dan bertanya, “macam mana tahu depress??”, dan ada jugak yang share pengalaman sendiri hadap penyakit ni di komen. Tak kurang jugak dengan yang tak habis-habis suka sindir orang yang ada depresi di komen. Aku kat sini bukan lah nak cerita tentang diri aku sendiri, tapi lebih kepada depresi tu sendiri.
Mental illness, atau dalam bahasa mudah iaitu gangguan mental aka sakit jiwa/gila (typical malay always used), nak atau tak nak, kita kena admit yang benda ni suatu penyakit. Walaupun, kita tahu yang behaviour orang yang ada mental illness ni selalu bertentangan dengan norma dan agama. Melalui pembacaan aku yang tak seberapa luas pun sebenarnya (betulkan kalau salah), aku ada cuba cari artikel atau buku-buku tentang mental illness melalui perubatan Islam / Islam perspective. Minta maaf kalau fakta ini salah, tapi aku ada baca yang, Ilmuan Islam, Ibnu Sina pun menyatakan bahawasanya, penyakit mental ni takde kena mengena dengan rohani. Ia lebih cenderung kepada psychologi dan fizikal. Beliau juga turut menyatakan bahawa mental illness ni bukanlah kerana kerasukan, ilmu hitam, dll, ianya satu penyakit. Seperti mana korang boleh terima nyanyuk itu suatu penyakit, seperti itu jugak korang kena accept yang pesakit skizo, mdd, bipolar, anxiety, adhd, ocd, dll semua tu adalah penghidap penyakit mental yang perlukan ubat samada melalui cara self-treatment (attend yoga etc) atau profesional-treatment / environment-support.
Sakit mental ni banyak kategori tetapi simptom hampir sama. Jadi jangan sesekali self-diagnosed atau share ubat incase kalau ada kenalan/sedara yang ada mental disorder. Disebabkan simptom hampir sama tu yang menyebabkan seseorang tu boleh didiagnosed lebih daripada satu disorder. Kalau klinikal diagnosed, doktor akan cuba dari satu ubat ke satu ubat yang lain, atau dos ubat yang sama dinaikkan, atau combination ubat diperlukan jika keadaan pesakit tu masih sama atau semakin teruk semasa onmeds. Pada yang tak pergi jumpa psikiatris lagi, korang jangan risau, korang tak akan sesekali di tahan di ward sakit jiwa pun. Doktor selalunya akan tanya family history (incase kalau ada yang ada masalah mental termasuklah nyanyuk), keadaan korang (lebih kepada perasaan & sosial life; contoh, rasa sesak nafas selalu ke tak, gagap, pening, muntah, drug abuse ke tak, rasa nak bunuh diri ke, rasa nak bunuh orang ke, rasa diri sendiri tak berguna ke, suka duk sorang-sorang ke,etc),Kalau pernah selfharm, dia akan mintak tengok, itu pun kalau korang selesa. Sila bercerita, jangan diamkan je masa jumpa doktor, sebab bila tak jelas keadaan awak, doktor susah nak prescribe ubat. Boleh jadi, dia diagnosed salah, sebab dia hanya boleh refer simptom yang awak cerita je plus ujian DASS yang awak buat.
Kat sini aku nak listkan apa yang aku tahu.
Depression ; Kategori depresi termasuk lah, Major Depressive Disorder (MDD), Bipolar disorder, Persistent Depressive Disorder (PDD), Seasonal Depresive Disorder (SAD), Postpartum, PMDD (Menstrual Depresive Disorder), Atypical Disorder, Psychotic Disorder.
Macam aku, aku ada depression type Psychotic disorder/psychosis. Simptom dia yang aku boleh cerita pun, aku selalu rasa susah nak bercakap. susun ayat macam budak baru nak belajar cakap.kalau aku cakap bersimpang-siur. orang tak faham apa aku sampaikan. so aku elakkan berkawan secara spontan. buruk sangka dengan orang, even orang tu baik dengan aku, aku tetap rasa dia ada niat lain.dia baik pada mata orang lain, tapi bagi aku dia tak. then aku boleh dengar suara. bisik-bisik kat telinga sampai boleh interaksi dengan dia.macam satu badan ada dua orang yang terpisah.dia selalu follow aku kat belakang. suicide thought tu memang selalulah.pantang ada benda yang buat aku down, aku terus fikir nak bunuh diri. contoh, aku bawak air then air tumpah, aku dah rasa diri aku tak guna tahap tak patut ada kat dunia ni..kadang aku tidur 16 jam sehari pun masih tak cukup. kadang aku tak tidur seminggu pun, takde hal, langsung tak mengantuk. Aku depresi lebih banyak dari aku happy. Kalau dengan orang, aku macam selalu berjaga-jaga takut perangai pelik aku keluar, dan orang tak selesa. Kadang aku menangis takde sebab, kadang aku tengok anak kucing kena langgar pun aku gelak, dalam masa sama rasa kesian, tapi dah mati, terus otak aku shut. Muka aku takde ekspresi. Aku gelak, tapi orang boleh perasan aku gelak macam tak ikhlas. padahal bukan sebab tak ikhlas, tapi sebab aku tak rasa apa-apa yang boleh buat aku happy.muka aku kaku.
Anxiety ; Kategori anxiety termasuk lah Generalixed Anxiety Dis (GAD), Obsessive Compulsory Dis (OCD), Post-Traumatic dis (PTSD), Socialize anxiety dis (SAD), Panic dis/ Panic Attack. Kat sini, aku ada anxiety type PTSD dengan OCD. Aku ada trauma, tapi takde lah yang teruk macam pesara tentera semua tu. Trauma ni tak kisahlah apa pun, tak semestinya kau pergi perang, kepala kau kena hentak pun dikira trauma. Hentakan, atau kejutan yang mungkin dalam keadaan kita tak jangka atau kita tak ready, mungkin boleh cetus kepada trauma event. Contoh, semalam borak dengan member, tetiba dapat call dia meninggal. Korang dalam keadaan terkejut, otak tak boleh digest, sebab tu ada orang dia trauma dengan kehilangan. Diri dan otak korang tak ready, in shock-mode, dan keadaan tu kekal dalam diri korang sebagai alarm, berjaga-jaga, dan event tu berulang tanpa henti walau dalam mimpi. Aku ada OCD, tapi bukan yang style bersih-teratur semua tu. Doktor cakap aku macam obsess selfharm & aggresive thought. Aku suka bayang aku bunuh orang, etc. Contoh lain, aku nampak pisau dekat kedai nasi ayam ke, aku selalu imagine something wild. Tapi benda ni lebih kepada nak syok kan diri sendiri. Tapi doktor cakap kalau tak dikawal, boleh jadi kenyataan dalam keadaan tak sedar. Bagi keadaan aku, bila aku fikir benda macam tu, aku rasa alive, aku rasa ‘berkuasa’ nak hidup. Nak bagi contoh lain rasa tak kena pulak sebab public post. Aku kawal je benda ni dengan ubat, sekarang dah okay banyak.
Skizophrenia, salah satu mental illness jugak. tapi aku takde yang ni. Sengaja aku nak tulis jugak dekat sini. Orang cakap skizo ni antara ‘juara’ dalam mental illness. Konon nya, siapa yang ada skizo, dia takde harapan nak sembuh, erti kata lain, disamakan dengan perkataan orang gila. Tapi, hakikatnya lah, manusia skizo masih elok mengucap syahadah dan solat 5 waktu. Jika onmeds secara teratur, peluang nak sembuh tu ada je. Aku tak pernah rasa simptom skizo, so kalau ikut rujukan di google atau flyers, lebih kepada hallucination dan delusion. anggap diri dia macam dapat wahyu ke, dengar bisikan langit ke, lebih kurang macam tu lah.
Aku takde bipolar disorder. Apa yang aku faham, penghidap bipo ada fasa, dan fasa-fasa ni turun naik. Ada bipolar type 1. ada bipolar type 2. Ada mania,hypomania,depression. Based on cerita member aku yang ada bipo, kalau waktu depress tu, memanjang takde mood. nak angkat tangan pun memang kalau boleh tak nak. berminggu tak mandi pun takpe masa tengah depress-phase. Tapi, kalau diorang tengah maniac, hyper, bersemangat tiba-tiba, mandi 3x sehari, happy macam esok dah tak boleh nak happy, boleh nampak lah beza waktu dia depress-phase dengan mania-phase. selalunya cycle ni macam singkat sangat. dalam masa sehari pun boleh bertukar mood, kadang depress sebulan, then mania, ikutlah. kadang-kadang cyle tu tak teratur pun, macam boleh attack bila-bila masa je.
Korang yang baca ni, aku tak kisah negatif atau positif yang korang nak komen. Aku cuma dah tak sanggup tengok masyarakat Malaysia yang masih sempit otaknya tentang isu ni. Kerap aku nampak orang komen ketawa-ketawa bila isu bunuh diri ke post mental awareness ke naik di facebook. aku masih tak faham kenapa masih ada manusia yang takde rasa empati dalam diri diorang. Kalau korang rasa tindakan si fulan itu dilaknat Allah sekalipun, janganlah persendakan. Aku bukan nak sokong orang bunuh diri, tapi korang yang suka ketawakan orang dalam masalah pun sebenarnya nampak ‘sakit jiwanya’ lebih teruk dari kami yang hilang arah ni. Lagi satu, dosa, pahala, syurga, neraka, semua benda yang korang tak pernah nampak neracanya janganlah nak senang-senang menghukum. Dulu pun aku pernah sihat macam orang lain. Aku mangsa buli. Mental dan fizikal. Disepak, diejek, dihina, dipulau, ditipu, ditikam belakang, semua tu aku dah penat nak hadap. Aku jugak mangsa cabul cikgu sendiri. So, salah ke kalau aku bersedih dan tertekan sepanjang hidup aku hanya disebabkan anak-anak nakal tuan/puan, adik,abang,kakak korang yang jahat tu, dan mungkin ayah korang yang konon nya pendidik yang hina tu? Takde orang yang sakit takde punca. Samada kau punca orang lain sakit atau kau sakit berpunca dari orang.
Yang masih was-was nak pergi ke tak jumpa doktor tu, just go. Pedulikan orang lain. Waktu kau fikir nak gantung diri pun takde siapa tolong dan concern. Waktu kau menangis sampai takde suara pun, masih takde siapa yang nak tolong kau. Diorang ketawa, persendakan masalah kau je. So, for your own sake, just go seek for treatment. Bergantung harap pada dua benda je dalam hidup kau.. Diri sendiri dan Tuhan. Kalau tak nak makan ubat, minta lah terapi kaunseling. Ubat tu cuma option. Kalau nak ubat, bagitahu doktor. Kalau tak nak, minta kaunseling session, tak kisah personal atau berkumpulan. Asalkan kau sembuh. Kalau ada kawan korang yang korang tahu perlukan support dan korang tak tahu nak buat apa, benda paling berkesan aku rasa, ajak dia keluar sekerap yang mungkin, sampai dia selesa nak share everything dengan kau. Kadang-kadang, bukan diorang tak nak berkongsi, tapi pandangan orang pada diorang tu seperti tak diterima masyarakat (banyak kes macam tu kan), termasuklah kawan sendiri..
Thanks admin, dan korang yang baca. Semoga bermanfaat, dari aku klinikal diagnos pesakit mental psychosis.
– X
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit