Beribu maaf namun ikhlaskah?
Masuk alam universiti kau akan jumpa macam2 jenis perangai manusia especially yang kau consider sebagai kawan/sahabat?
And kau akan deal dengan benda paling menakutkan that is 'Ego' kau sendiri.
Aku lihat sendiri .
Aku rasai sendiri betapa kejamnya ego itu. Kerana ego.. persahabatan boleh berakhir. Kerana ego… hati manusia terluka.
Kejamnya ego?
Atau pemilik ego itu?
Sejauh mana nak pertahankan ego?
Selama mana nak merasakan diri sentiasa benar?
Kerana silap manusia yang kecil,
Kita lupa kebaikannya yang dulu.
Apakah kerana silapnya kita sentiasa kumpulkan menjadi satu kisah?
Atau kita pendam sehingga menjadi dendam?
Ataupun kau hanya tahu memaafkan namun tiada keikhlasan kau selitkan?
Bila kau merungut peritnya ujian persahabatan
Merungut mengapa benda yang sama sentiasa berulang
Ada silap disitu, mungkin?
Maaf
Beribu berjuta kali?
Tapi…
Pernah terfikir dalam beribu berjuta maaf yang kau terima daripada manusia..
Terselitkah keikhlasan?
Terpadamkah dendam?
Kalau ya
Mengapa perlu menjadi pengungkit masa silam?
Mengapa perlu kau susun cerita buruknya manusia itu?
Lalu apalah guna maaf dark manusia yang kau terima dulu?
Engkaukah yang berdusta dalam keikhlasan?
Belajarlah dari pengalaman lepas.
Allah uji banyak kali benda yang sama kerana ada sebab.
Something wrong yang kita kena cari sendiri dalam diri.
Moga Allah bantu :)
– D