antara 2 – 11:16 PM

antara 2

Assalamualaikum. Harap sgt kak min approve kali ni. Sy dlm dilemma utk memilih antara 2 org lelaki.

Lelaki pertama melamar sy bkn dari kalangan yg tinggi ilmu agama. Solat selalu skip. Namun, sejak berlaku sesuatu dlm hidupnya, dia berubah mnjdi lbh baik. Dia mula solat..qadha semula solat2 yg pernah ditinggalkan. Dia seorg yg sgt setia, bertanggungjwb dan tak merokok. Semua ni kwn2 dia yg cerita. Sy risik melalui kwn2 terdekat dia.

Sy mmg dah istikharah dan berbincang dgn family, sy rasakan sy suka juga dkt dia tp masalahnya sy rasa sy xbersedia lagi utk berkahwin. Sy takut utk nak pikul t.jwb sbgai seorg isteri. Sy rasa mcm sy byk kekurangan. :'(. Sy dh beritahu dia yg sy xbersedia, dia fhm katanya dan xmemaksa sy. Sy sendiri tak berterus trg yg sy suka juga dkt dia sbb sy takut dia meletakkan harapan. Sy xnak kecewakan dia sbb sy tahu sakitnya dikecewakan. Sy serah pd Allah. Andai mmg sy & dia berjodoh, pasti Allah satukan juga nnt.

Sebulan lps itu, sy terima lamaran kedua. Lelaki kedua yg melamar sy ni dulunya merupakan bdk skolah agama. Sy rasa pengetahuan agamanye lbh tinggi berbanding lelaki pertama. Hati sy mula berbolak balik bila memikirkan dari segi pengetahuan agama. Ye la, perempuan mane xnak lelaki yg ada ilmu agama kan. Cumanya, sy tetap rasa xbersedia lg utk berkahwin.

Mcmne ye? Sy mesti buat pilihan jga nnt. Dlm mase yg sama, sy xnak lukakan hati sape2. Tlg bg pndangan korang..ape patut sy lakukan..ikutkan rasa hati sy, lelaki pertama tp bila memikirkan dr segi agama, lelaki kedua lagi ok. Tlg bg pndangan plezzz

– si hitam manis

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *