Lelaki dan perempuan cantik. – 12:20 AM

Lelaki dan perempuan cantik.

Wahai kak min yang cantik, please approveeee T.T saya dah letih nak tulisssss.

Hehe oh ya! Btw, cakap pasal cantik kann, saya nak share sikit pengalaman saya yang pernah menjadi cantik suatu ketika dahulu.*opss. Jangan bash dulu, baca bagi habis naaa. Haha*

Perempuan mana taknak cantik yedakkk? Biaq p laa kena pakai Qu Puteh berkotak kotak, minum Pamoga berbotol-botol sekalipunnn asalkan cantikk gituwww. Hikhik.
Lelaki? Oh lelaki mana yang tolak perempuan cantikk. Lelaki buta mungkin. Erm.

Okay saya dlu seorang yang amat-amat obses wehh bab cantik ni. Beribu2 habis nak maintain. Orang selalu terpegun tengok saya. Yang ni semuaa dulu-dulu laaaaa.

Boleh kata kalau saya ke mana-mana memang tak sahh kalau tak ada mata yg melekat. Saya ada darah kacukan Pakistan dan Cina. tapi saya tak pernah puas dengan kecantikan saya. Tukar produk sana sini, makan itu ini punyalah nak maintain.

Lelaki? Alhamdulillah saya selamat dari couple walaupun pada masa tu boleh kata hmpir setiap bulan saya menerima ajakan couple dari orang berbeza. Maybe sebab doa mak ayah saya kot.

Masa ni saya memang bahan perhatian lelaki. Ke mana-mana saya pergi, even berbaju kurung kosong tak ada mekap sekalipun tetap ada yg mengaku suka then cakap "saya jatuh cinta dengan awak bukan sebab rupa awak." Puihhhhhh. Hahahah.

Tapi nak dijadikan cerita,
Allah uji saya, masa saya baru masuk universiti, saya rasa effect product yg saya pakai banyak sangat kot, muka saya jadi hitam legam selegam-legamnya. Muka sy menggerutu penuh dengan merah-merah. Tambahhh pulak kena chicken pox penuh dekat mukaa ohmyyyyyy. Hahaha.

Lepas tu berat badan saya naik mendadak dan saya jadi chubby, hitam, berjerawat..dalam tempoh masa yang agak singkat dan sangat-sangat mengejutkan semua orang.

Masa ni saya terlalu amat-amat down. Saya sampai ada suicidal thought. Tengok cermin saya tumbuk cermin sampai pecah wuu tangan pun berdarah. Berapa kali saya telan paracetamol nak tamatkan nyawa tapi Allah tu penyayang kan.. :)

Dan masa ini jugakklah lelaki2 yg kengkununnya sayang aku bukan sebab rupa tu melarikan diri. Hahahaakkk. Tahiiii. Nampak sangat dah perangai tu.
Dulu bukan main tunggu setia hujung nyawa masa saya flawless and ramping bak bidadari dulu.
Sekarang bila dah macam hipopotamus kau larikan dirii. Cantekkkk!

Masa ni Allah betul-betul nak bagi saya sedar yg setiap apa yg Dia buat utk kita, semuanya ada hikmah. Walau seketul jerawat sekalipun.
Setiap fizikal kita yg Allah cipta Dia cipta dengan penuh hikmahhh.
Cantik ke kita gemuk ke kurus ke ape sume, semuaaaa ada hikmah!

Dan sekarang saya terfikir, mungkin saja kalau sekarang saya masih terlalu cantik macam dulu saya akan terlibat dengan couple2 ni semua. Mungkin saja kalau saya cantik macam dlu saya takkan ingat Allah sepertimana saya ingat Allah sekarang.

Dan sekarang saya tenang.
Setenang-tenangnya.
Sebab saya tahu Allah hanya mahu letakkan saya bawah perlindunganNya. :)

kini, saya telah pun dilamar oleh seorang engineer yang sangat baik agamanya. dia kenal saya masa saya cantik lagi. Dan sekarang selepas saya hilang kecantikan saya, dia datang melamar.

Saya pun xtau la mcm mana mamat sesempurna itu boleh tersangkut dengan saya yg dah hilang segala-galanya ni. Tapi sekurang-kurangnya saya tahu kasih sayang dia ikhlas, bukan semata-mata kerana rupa… insyaAllah.

Doakan saya sentiasa tabah. Saya tidak berharap pun untuk cantik semula, saya cuma berharap supaya perempuan2 cantik di luar sana, jangan sombong macam saya yang dahulu :) Allah boleh tarik bila-bila je dia nak.

Wassalam.

– Yang Benar

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *