Kiamat Sudah Dekat – 8:20 AM

Kiamat Sudah Dekat

Bismillahirrahmanirrahim..
First of all, terima kaseh admin sbb approve.

Tanggal 6 Feb 16, dengan izin Allah, aku dikurniakan dengan mimpi tentang hari kiamat.

Dalam mimpi tu, aku maseh di ipt, mengikuti kelas bersama rakan-rakan (ada yg aku kenal dan x cam muka lansung). Usai kelas, kami melepak di kafe, borak2 seperti biasa.

Kemudian, kami dengar kekecohan di jalan besar. Aku, seperti yg lain, bergegas ke arah jalan besar untuk memastikan punca kekecohan tersebut. Alangkah terkejutnya kami, jalan tiba-tiba dilimpahi dengan air yang dtg dari lubang2 jalan raya. Aku tak sedap hati, dlm hati mula mengatur langkah utk pulang ke rumah. Tapi aku terlupa, yg aku belum solat asar.

Langkah dipercepatkan utk ke masjid/surau universiti (part ni aku x pasti sebab tempat solat tu berada di tingkat atas sebuah bangunan). Ketika kakiku mulai menjejaki anak tangga, baru aku teringat yang begku tertinggal di meja kafe. Cuak sebab dlm kepalaku saat tu memikirkan yg tidak2. Maklumlah, dlm beg tu byk brg penting mcm purse & handphone. Aku pn berpatah balik utk ke kafe. Kemudiannya..

Aku lihat rakan2 kampus sedang berlari2 anak sebelum satu ombak besar merempuh masuk bangunan tersebut. Seolah2 tsunami membadai kawasan U. Walaupun aku positif tempat tu xde pantai di sekelilingnya. Masa tu aku tau, xde gunanye lagi berpatah balek.Lalu aku terus berlari ke tingkat atas utk ke surau.

Sesampai di surau, aku lihat ramai di sana, lelaki dan perempuan sedang solat dan mengaji. Aku segera ke tempat wuduk utk berwuduk, namun cubaan ku gagal apabila ombak besar tadi menghempas lagi bangunan tersebut. Waktu tu aku sedar, air dah mulai naik ke tingkat atas. Masing2 cuba menyelamatkan diri, namun aku tetap mahu menyelesaikan urusan solat asarku. Alhamdulillah, aku dapat mengambil wuduk setelah itu dan kemudiannya aku mencari telekung yg disediakan di surau itu utk memulakan solat asarku.

Sekali lagi, ombak besar itu mengganas dan merempuh bangunan itu sehingga air naik ke tingkat tempat ku berada waktu itu. Aku pandang sekeliling dan yang aku lihat hanyalah ketakutan manusia. Aku, waktu itu terfikir banyak perkara. Aku tak sempat mintak maaf dgn ibu bapaku lagi, dah lah handphone habes hanyut. Dan, baru aku perasan yg hari itu hari Jumaat, spt yg kita tahu, kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Kemudian aku melihat cermin besar yg disediakan di situ, melihat cara berpakaianku. Aku bertudung, tapi baju dan seluarku ketat. Aku malu melihat diriku, takkan aku nak menghadap Allah dengan keadaan yg mcm ni? Pakaian terakhirku di dunia ialah dengan berpakaian ketat, pastu Allah tidak redha dgnku.

Kemudiannya aku terdengar satu suara dari langit, dan langit berubah menjadi seakan2 warna merah senja. Dan kemudiannya aku melihat kitab2 al-Quran yang kian hilang tulisannya. Aku beristighfar, ya mungkin inilah masanya utk hari kiamat. Aku, yg sudah lengkap bertelekung segera mendirikan solat asar, waktu itu, aku hanya ada aku dan Tuhan. Aku menangis dlm solatku tanpa mempedulikan havoc nya sekeliling.

Dan..aku terjaga dari lenaku dalam keadaan mulut masih terkumat-kamit membaca surah Al-fatihah. Jantungku berdegup laju. Sayup2 kedengaran azan subuh berkumandang. Aku terus beristighfar membayangkan mimpi yg aku terima tadi. Ya, dari mimpi itu, byk yg aku dapat.

1) Solat di awak waktu. Aku akui, atas tuntutan kerja aku skrg, aku sering solat di akhir2 waktu
2) Menutup aurat dgn sempurna. Berpakaianlah seolah2 ini hari terakhirku di dunia.
3) Bila keadaan dah havoc, aku cuma tinggal diriku, dalam mimpi tadi, aku memang tak nampak dah bayang rakan2 ku, walaupun serapat mana aku dengan mereka. Semua adalah milik Allah.
4) Sentiasalah memohon maaf dgn org sekeliling, terutamanya mak ayah. Kita tak tahu kita sempat ke tak utk memohon maaf.
5)……..(utk kalian isikan)

Mungkin hari ini aku antara yg terpilih utk mimpi dahsyat ini. Mungkin kerana Allah mahu aku ambil hikmah drpd mimpi itu dan lebih memperbaiki diri. Kita semua pun melakukan dosa, jadi aku harap dgn sedikit perkongsian ini, kite semua dpt ambil hikmahnya bersama.

Terima kasih Allah kerana maseh memberi kesempatan utk aku bertaubat.Terima kasih, utk 'teguran' ini.

– Nour

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *