PENDAPAT TENTANG ISU KAHWIN MUDA – 5:27 PM

PENDAPAT TENTANG ISU KAHWIN MUDA

[Mohon admin publishkan confession ini]

Assalamualaikum kepada semua.

Aku hanya ingin meluahkan pendapat aku terhadap pasangan yang berkahwin ketika belajar. Iya aku tahu tidak salah. Tapi aku perasan terlalu banyak kesukaran yang dialami bila seseorang itu memegang status suami atau isteri tatkala masih belajar di universiti.

Ada yang bermasalah untuk menghadiri group discussion hanya kerana dengan alasan isteri/suami tidak benarkan untuk keluar.

Ada yang bermasalah untuk menghadiri ke kelas kerana sibuk dengan melakukan aktiviti harian dirumah seperti memasak, mengemas, mendobi sehingga tidak mengambil berat akan pembelajaran mereka.

Ada yang bermasalah untuk focus di dalam kelas. Si isteri/suami berulang kali menghantar pesanan ringkas mahupun membuat panggilan telefon sehingga kerap kali.

Namun, itu bukan masalah yang terlalu besar. Masalah yang paling besar atau yang paling serius adalah apabila pasangan muda ini mempunyai kesukaran dalam kewangan.

Iya, masalah kewangan merupakan masalah paling bahaya bagi mahasiswa/mahasiswi yang berkahwin diusia muda. Kerana apa, kerana mereka masih belum mempunya sumber kewangan tetap mahupun pekerjaan yang mampu membiayai kehidupan mereka.

Yang mana berurusan dengan biasiswa atau pinjaman yang menetapkan syarat dimana tidak membenarkan untuk berkahwin pada waktu belajar, pastinya akan menjadi semakin perit dan pedih apabila biasiswa atau pinjaman ditarik.

Salah siapa? Tidak boleh menyalahkan 100% kepada pihak berwajib. Kerana sebelum kita menandatangani penjanjian, sepastinya kita membaca isi kandungannya.

Nasihat aku kepada yang ingin berkahwin di usia muda, pastikan diri itu lengkap terutamanya dari segi kewangan. Pastikan kau punyai kerja sampingan dan kau mempunyai tabungan.

Memang benar, bila berkahwin itu rezeki akan bertambah, tapi jika tiada usaha, kau rasa akan bertambah ke? Lagi satu, sampai bila dan bagaimana kau hendak menangani isu kewangan ini jika kau tidak menyedari akan masalah ini.

Tak kan kau nak berharap akan belas ihsan orang untuk menampung hidup isteri/suami kau. Tak kan juga kau ingin meraih simpati daripada orang lain. Yang berkahwin kau, sepatutnya kau sudah ada perancangan dan hala tuju hidup kau bila bergelar suami isteri.

Aku berharap, agar yang mempunyi niat untuk berkahwin muda, sila berfikir panjang. Sekali lagi aku ingin menegaskan, tak salah berkahwin muda, yang salah apabila kau tak pandai merancang dan menentukan hala tuju hidup kau. Harus diingat juga, peratusan tertinggi kadar penceraian yang berlaku di Malaysia adalah kerana masalah kewangan.

Kepada yang sudah berkahwin, aku doakan agar kau sentiasa berbahagia dan bijak dalam menangani masalah ini.

Sekian terima kasih.

– NNJ

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *