Apa Aku Patut Buat?
Assalamualaikum. Admin tolong approve confession ni. Terus terang aku bukan budak UIA. Okay camni cerita dia, aku budak degree first year kat ipta Borneo. Aku study kat sini sejak asasi lagi so kira dekat nak dua tahun jugaklah. Masa masuk dulu, aku join usrah. Aku sendiri yang cari dengan izin Allah. Antara sebab aku nak datang sini dari Semenanjung pun sebab aku nak usrah lah. Lagipun aku dulu sekolah harian, mana ada usrah ni semua. Aku tahu perkataan usrah pun daripada radio IKIM. Dipendekkan cerita, aku isi borang masuk satu persatuan ni sebab akak akak kat situ suruh. Aku tak kisah. Memang aku rela hati.
Tapi aku tak tahu persatuan ni ada macam macam aktiviti. Serius, aku seronok masa usrah. Yang aku terkejutnya, usrah tu cuma salah satu wasilah tarbiah. Hmm, jujur aku tak minat dengan mukhayyam dan jaulah. Lain-lain aku tak kisah daurah semua tu. Tapi yang dua tu serius weh aku rasa terbeban sangat kalau kena pergi. Aku pun tak tahu kenapa aku macam ni. Aku dahlah memang introvert. Masa sekolah pun aku pernah camping sekali je. Tu pun sebab cikgu wajibkan students aliran sains pergi kem biodiversity.
Aku dah pendam lama kot. Ya, mesti ada yang cakap benda ni kena confront dengan mak usrah tapi masalahnya kalau aku berani confront takkan aku nak confess sini. Aku tak mampu sebab aku tahu mesti murabbiah aku kecewa gila. Dahlah dia tu baik. Aku tak sanggup nak sakitkan hati dia. So kalau aku taknak pergi aku akan call parents aku, tanya boleh ke tak pergi. Aku siap cakap kat parents aku, kalau tak nak bagi aku pergi lagi bagus. So bila murabbiah aku tanya, bolehlah aku jawab parents tak bagi. Sebab aku taknak lah menipu dia. Jahat gila kan aku?
Ni belum lagi aku pening fikir siapalah murabbiah aku yang baru. Maklumlah, mak usrah aku sekarang dah final year. Tak lama lagi pergi internship. Aku bukan jenis yang boleh masuk dengan semua orang. Sungguh aku nak nangis sebenarnya kenapalah aku tak boleh jadi macam orang lain yang dengan rela hati join semua. Tak macam aku yang pilih pilih program. Kalau talk apa benda semua takda masalah pun nak pergi, sebab aku memang suka benda gitu. Tapi kalau yang kena interact ramai orang bagai aku tak mampu. Sumpah aku takut nak hadap semua ni. Dahlah aku kena jadi mentor. Wahhh, mesti korang pun tak percaya kan? Aku lagilah tak percaya weh. Camna nak guide adik adik lepas spm tu sedangkan nak guide diri sendiri pun aku tak mampu. Aku tak mampu nak ikut semua wasilah tarbiyah tu. Pulak tu, bila akak-akak ni dah habis degree, of course la yang adik-adik macam aku ni kena continue kan. Ni pun sorang usrah mate aku dah start jadi mak usrah untuk budak asasi. Camna aku nak hadap semua ni? Sumpah aku tak ready dan aku takut. Aku takut Allah marah aku.
– Cik H