Tips menghafal – 10:26 AM

Tips menghafal

Mudahan tips ni berguna.

Macam mana kita nak senang hafal dan fahamkan ilmu.

Sebagai pelajar, aku tahu mesti ramai yang nak otak 'scanner'. Sapa yang tak mau kan, sekali baca kita boleh hadam dan fahamkan.

1.Lazimi membaca al-Quran.
-Bila kita lazimi membaca al-Quran, otak kita sangat senang nak terima ilmu. Seriusly! Sangat bagus kalau amalkan.
-Aku dulu susah sikit nak melekat dalam kepala, tapi bila aku lazimi membaca al-Quran, ilmu aku mudah masuk dan mudah hadam.
-Makin banyak kita baca, mudahan makin banyak urusan kita Allah mudahkan.

2.Tinggalkan maksiat
-ilmu tak masuk tau dalam hati yang bermaksiat.
-kita kena tanam benda ni baik-baik supaya kita tak lalai.
-Tinggalkan segala benda yang sia-sia.

3.Jaga solat
-Ni tiang agama kot,dalam rukun islam nombor dua selepas syahadah.
-kita mati, solat ditanya terlebih dahulu.
-Tu lah wifi yang nak connectkan kita dengan Allah.

Sebenarnya banyak lagi.
Tapi cukuplah 3 kan.

Aku suka sangat nak kau latih diri untuk lazimi membaca al-Quran dan jaga solat. Aku rasa apa yang berbezanya.

Aku doakan.kita semua jadi pencinta Tuhan yang Agung. Ameen. :)

– ~aila

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *