Anak Tak Kenang Budi

perkenalkan , aku aness. anak tak kenang budi seperti diperkatakan adik beradik aku.

aku anak ke4 dari 5 orang adik beradik. berumur 24 tahun. aku lahir atas ketidakrelaan ibu aku. masa ibu mengandungkan aku, kerjaya ibu tengah memuncak dan dia tak bercadang untuk ada anak. pelbagai cara ibu cuba untuk buang aku dr dalam rahimnya. tapi gagal. nenek aku berjaya pujuk ibu untuk lahirkan aku. yes, sebaik sahaja dilahirkan, aku ditinggalkan di rumah nenek. hanya menumpang susu ibu saudara yg juga baru melahirkan anak. sedih kan?

since then, aku tinggal dengan nenek dan pakngah dan makngah aku. ibu dan ayah jarang sekali menjenguk aku. kalau pulang pun masa raya dan aku tidak pun dipedulikan. hanya duit dikirim sebagai pengganti diri. tapi aku beruntung pakngah dan makngah sayangkan aku seperti anak sendiri. kadang tu aku lupa yang aku anak ibu dan ayah.

umur aku 19 tahun, nenek meninggal dunia . masa tu aku tengah diploma. ayah ambil keputusan utk kutip aku balik. maka bermulalah episod anak tak kenang jasa.

dirumah ibu dan ayah, aku dipulau adik beradik. ibu tak bagi adik beradik aku bergaul dengan aku. katanya aku punya perangai takde class . dia lupa ke yang aku darah daging dia ? ibu mewahkan adik beradik aku. nak apa semua dapat. dan selalunya reward itu diberi dihadapan aku. tapi aku tak kisah sebab nenek dah ajar aku hidup secara sederhana.

tamat diploma, aku bercadang utk sambung ijazah. tapi ditentang kuat ibu. katanya dia takda duit utj tanggung aku. ayah ? ayah jenis menurut. apa kata ibu itu kata dia. tapi kelakar ibu kata takda duit sebenarnya. sebab dia baru je belikan kereta baru secara cash pada kakak aku . lagi kelakar sebab ibu pengarah urusan syarikat. aku hanya mampu menurut sebab ibu dah cut off hubungan aku dengan keluarga di kampung.

ibu berhentikan semua maid dengan alasan aku ada kat rumah, bukannya buat apa pun. aku buat kerja kerja rumah seorang diri . baju kecik kakak aku pun aku yg basuhkan. aku pernah tak masak sebab demam. kakak terus call ibu dan ibu terus memaki hamun aku. macam cinderella dah rasanya. beza cinderella didera ibu dan kakak tiri.

berbekalkan diploma , aku cuba mencari kerja. tapi ibu langsung tak bagi aku keluar rumah. mesti korang kata aku patut bersyuku masih ada ibu, masih ada tempat tinggal. yes aku sangat bersyukur aku ada tempat tinggal. tapi tepat tinggal tu rasa macam neraka dunia tanpa kasih sayang. satu yang aku perasan, langsung takde aktiviti keagamaan dekat rumah ni. aku pernah tegur adik aku untuk solat, dia balas balik “kau nak jadi baik, jadi baik sorang2 sudah. jangan ajak orang.”

awal tahun ni, ibu jatuh sakit. instead of hiring nurse, ayah minta aku jaga ibu dengan bayaran. tapi aku jaga ibu dengan seikhlas hati sebab walaupun dia benci aku, aku tetap bersyukur dia dah lahirkan aku. ibu sangat cerewet . walaupun sakit, dia masih kuat. buktinya dia masih mampu mengherdik aku dan menampar aku. ada kalanya aku putus asa. tapi dia tetap ibu.

satu tahap aku sangat terasa bila ibu dah sihat, dia masih lagi dengan aktiviti membenci aku. kadang tu bila aku masak tapi tak kena dengan selera, dia selamba je ambil semua masakan tu dan buang dalam tong sampah. adik beradik aku langsung anggap aku sebagai maid. baju tak dibasuh aku diherdik.

tanpa pengetahuan keluarga, aku minta pertolongan keluarga di kampung utk urusan sambung belajar. aku tak perlukan duit ibu dan ayah sebab aku ditawarkan biasiswa . dan pakngah pun aku membantu aku. aku tawar hati dengan keluarga sendiri. keluarga yang sepatutnya menyokong satu sama lain jadi keluarga yang menjatuhkan. sekarang aku dah berada di sabah bagi menyambung ijazah. aku dapat call dr kakak katanya aku tak kenang budi ibu dan ayah. dan macam lagi cercaan yang aku dapat. ibu siap haramkan air susu yg dia bagi. tapi dia lupa. anak yang dia lahirkan ni, setitis susu pun dia tak pernah beri. sebaik sahaja anak ni dilahirkan, dia dibuang. menumpang kasih keluarga org lain dr keluarga sendiri. kepada ibu ibu diluar sana, tolonglah jangan pilih kasih. jangan ada perasaan benci pada anak. anak itu amanah Allah. jangan terlalu berpegang syurga di bawah tapak kaki ibu kalau ibu pun tak mampu berlaku adil.

– Ness

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit