Dilema ADHD

Assalamualaikum cik min. Sorry kacau time musim konvo ni. Tahniah kepada semua graduan IIUM yang berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.

Aku study degree jugak kat sebuah universiti tempatan, tapi aku tak grad. Takde orang lain tahu, kecuali lecturer dan Allah je yang tahu. Parents aku pun taktau benda ni. Aku tak dapat nak buat aku punya fyp seperti yang dikehendaki supervisor.

Aku dulu masa sekolah top scorer, UPSR & PMR aku dapat straight A’s. SPM dapat 7 A’s je sebab ayah aku sakit. Alhamdulillah, dengan keputusan tu aku berjaya masuk uni tersebut Masa zaman matrik aku okay, cgpa aku pun 3 pointer ke atas. Tapi bila masuk main campus aku tak boleh perform.

Aku rasa aku tak boleh ngam dengan coursemate aku. Padahal masa sekolah ramai je kawan, kat main campus aku jadi loner. Aku selalu makan sorang2. Kalau ada assignments, kira aku ni masuk group pun sekadar memenuhi ruang kosong. Pegi kelas, memang lambat. Lambat 30 minit tu standard. Lecturer garang nak mampus pun aku boleh lambat lagi. Tapi, result aku takdelah teruk sangat. Cuma ada 2 paper je aku kena repeat .Repeat sekali je, terus pass. Kemuncak aku tak boleh langsung dengan course aku start aku kena buat fyp. Idea aku boom, tapi aku tak boleh buat. Kejap itu, kejap ini.Last2 aku tunjuk kat sv, aku fail. Pastu aku terus give up, aku tak hantar aku punya fyp.

Down tak payahlah cakap, penat fikir betapa bodohnya aku. Betapa rasanya aku ni seorang yang gagal. Tengok kengkawan yang konvo lagilah rasa sedih. Lama rasa macamtu, sampailah skang ni ada lagi padahal dah 5 tahun berlalu.

Aku jadi cepat boring, tak boleh duduk diam. Penah jugak keje jadi kerani kat ofis, tapi tak lama. Sebulan je tahan sebab aku stress. Stress dengan surrounding dekat ofis yang stagnant. Lepas tu aku try keje promoter servis provider, penat tapi aku rasa kena dengan jiwa aku. Banyak bergerak, banyak bercakap dengan orang. Aku tak suka suasana ofis yang keje duduk mengadap komputer. Bising sket bos dah marah.Yang paling aku takut, keje kat ofis macam sekolah. Aku rasa cukup dah aku sekolah belajar duduk. Aku dah taknak bila aku keje aku buat benda yang sama. Bosan

Recently, aku ada terbaca pasal ADHD pastu aku bandingkan diri aku dengan ciri2 seorang ADHD. 95% sama. Aku jumpa satu youtube channel, “How to ADHD” oleh Jesicca. Bila tengok satu2 video dia, kebanyakkan benda yang dia alami sama macam aku.Setakat ni aku takda lagi pegi mana2 klinik untuk officially diagnosed as ADHDer sebab kekangan masa dan wang ringgit.

Alhamdulillah, walaupun aku tak grad, tak konvo macam kawan2 lain tapi aku bersyukur sangat dengan life aku sekarang ni.Ada job yang aku suka walaupun tak mewah mana tapi cukup makan, ada tempat berteduh dan boleh nak tolong keluarga serba sedikit. Satu lagi, bila aku found out aku mungkin ada ADHD aku rasa macam aku jumpa intan permata yang dah lama tersorok. Aku rasa, yess inilah yang aku cari selama ni.

– Labu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit