Assalammualaikum WRWB. Semoga semua dalam keadaan sejahtera dan sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya. First and foremost, aku ucapkan ribuan terima kasih sekiranya apa aku tulis ni admin terima dan siarkan.
Sejak aku kenal page IIUMC ni, aku perasan yang kebanyakan likers, commentors and even confessors terdiri daripada perempuan. Ya la kan, lelaki mungkin kurang minat page begini. Tapi lately aku perasan lelaki pun rajin jadi confessors, terutama sekali confession ‘Terlanjur:Perspektif Lelaki’ dan ‘Hati Seorang Lelaki’ – aku perasan satu lagi perkara, walaupun wanita suka kata lelaki tak faham pasal wanita, bila aku baca komen, ramai jugak wanita ngaku tak faham pasal laki.
So aku terpanggil untuk bagi perspektif seorang lelaki tentang fenomena yang selalu jadi bahan confession di sini oleh wanita – K-Pop dan drama Melayu. Meh sini aku terangkan pada orang perempuan tentang apa yang berlegar di minda kami. Tapi aku bagitau awal – writing aku ni gak ada include petikan daripada ulasan agamawan jugak. Kalau ada yang rasa aku dengki, terpulang la ya, tapi insha-Allah aku akan cuba sampaikan mesej aku seikhlas mungkin dan I’ll try to be objective.
Okay, K-Pop dulu. Sama macam muzik lain, K-Pop ni genre jugak dan sememangnya kita tahu Islam mengizinkan kita berhibur. Tapi aku cuma tanya 2 soalan je: 1st, kalau la artis K-Pop ni tak muka jambu, adakah korang akan minat K-Pop? 2nd, berapa ramai daripada peminat K-Pop yang boleh melayan K-Pop tanpa menonton video tarian diorang, tampal poster, baca gosip dan share pasal artis di social media?
Orang lain yang layan metal, rap, dan lain-lain lagi, pun minat muzim macam K-Pop gak, tapi nak tahu di mana bezanya? Yes, peminat muzik lain bukan layan muzik sebab nafsu.
Wanita sekalian, percaya la, we guys perhati je bila korang upload gambar artis K-Pop, bersembang or even bertekak artis K-Pop mana lagi handsome. Of course, aku admit yang lelaki pun ada jugak yang bodoh sampai sanggup bergaduh sebab bolasepak, tapi isu tu aku akan sentuh kemudian. Okay, berbalik pada isu tadi.
Satu perkara yang we guys kagum la kan pasal K-Pop ni, even wanita bertudung litup, ustazah, pelajar sekolah agama, boleh minat K-Pop. Boleh bergaduh pulak tu. Buruk tau tak. Bayangkan berapa ramai lelaki baik yang potentially korang jauhkan bila lelaki baik ni tengok perangai korang di social media. Tu belum cerita perangai korang di fanmeet, Allahuakbar….terpekik, ada yang berebut nak peluk, nak pegang tangan.
Memetik tulisan Ustaz Adnin Roslan, bila ditonton sesuatu tu dengan hawa nafsu, sikit demi sikit iman dalam jiwa boleh terkesan. Yes, peminat K-Pop yang taksub akan bagi alasan “Bukan kami tengok porn pun” tapi soalnya di sini isu hawa nafsu. Surah An-Nur:31 prove yang bukan laki je wajib tundukkan pandangan, wanita pun wajib jaga pandangan. Bila mata korang berpanjangan menatap sesuatu dengan hawa nafsu, tanya diri sendiri, iman tu bertambah atau berkurang?
Jadi nasihat aku, layanlah K- Pop tu tapi cuba limit pada mendengar saja, jangan dilayan sangat keinginan nafsu untuk menatap.
Okay, next issue. Drama Melayu. Jalan cerita tahap picisan. Tapi penonton ramai. Especially yang ditayangkan pada waktu Maghrib. We guys perhati je perempuan yang laju balik waktu petang, lambatkan solat, semua sebab kejar drama ni. Aku lontarkan soalan tadi – waktu Maghrib yang menjadi waktu digalakkan beribadat, diisi dengan aktiviti menonton drama tak berkualiti yang menggalakkan maksiat – adakah iman kita bertambah or berkurang? Bila perkara tu jadi habit harian, sikit demi sikit memang akan ada kesan pada jiwa kita.
Bukan la kita hina orang yang layan drama Melayu ni, tapi kami tak mampu nak pandang tinggi bila wanita yang menonton ni terlampau terpengaruh. Ajak solat jemaah pun boleh tolak sebab drama. Lepas tu suarakan rasa dendam pada watak drama tu di social media. Kat ofis boleh bercerita panjang pasal drama, then masa waktu ofis pun boleh sambung lagi tu layan drama lain! Guna PC pejabat plak tu…aduh..agak-agak la.
Tu belum campur perempuan muda yang masih belajar – bila upload gambar dengan balak – caption wajib – “Doakan kami till Jannah” – terpengaruh dengan drama Cinta Jannah punya pasal.
Bila drama Tundukkan Playboy, Mr Arrogant famous – lelaki yang perangai buruk, panas baran, gangster, kaki perempuan pun tetiba mudah dapat awek, sebab ada wanita fanatic yang berfantasi yang diorang boleh mengubah lelaki-lelaki ni sambil bercinta and live happily ever after. Perempuan ni sedar tak sedar, lelaki ni tunggu je peluang.
Dan based on observation aku, kaki drama ni kalau nak bercerita tentang hal ilmiah, memang failed. Sebab bila terlalu asyik menonton benda tak bermanfaat, otak takkan berkembang.
Maybe ramai yang marah dengan confession ni. Tapi mudah je pada aku, kalau korang tak taksub, tak fanatic, boleh kawal minat, kenapa mesti ada rasa marah atau sentap? Obviously setiap orang ada minat masing-masing. Sama-sama kita kawal minat kita tu supaya iman kita tak jatuh.
– Mr Traveler
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit