Traveloka @ Gila Travel

First of all thanks sebab sudi publish confession yang tak semenggah ni. Siapa yang suka travel mesti pernah dengar perkataan “traveloka” kan. Tapi ni takde kena mengena nak promote apa2 ye. Traveloka ni mungkin dari dua perkataan yang digabungkan. Travel + Loca. Travel semua orang tahu maksudnya. Tapi Loca ni dari bahasa Spanish yang bermaksud Gila. Makanya jadi Gila Travel. Aku mengaku aku seorang Traveloka. Setiap tahun at least aku akan pergi satu negara yang aku tak pernah pergi. I love being a stranger in a new town. Aku tak tahu sejak bila aku start develop hobi berjalan ni tapi sejak da terjebak , aku tak pernah stop dah. Orang cakap kalau ada tahi lalat dekat tapak kaki tu maksudnya memang kuat berjalan. Tapak aku ade. Korang? Haaa cube memasing belek kaki kejap. Ada ke takde. Kalau takde boleh conteng pakai marker pen dekat tapak kaki tu. Hahahaha. Ok tak lawak.

Orang selalu tanya aku macam mana aku boleh selalu pergi travel sana sini? Tak penat ke? Jawapannya ya penat tapi kepuasan yang aku rasa tu beyond infinity sampai penat tu langsung tak terasa. Lagi satu soalan cepumas well soalan bila mahu kawin. Macam mana nak kawin kak, calon pun takdak. Sebab aku sekarang bujang trang tang tang la aku masih boleh berjalan ke sana ke mari without sebarang halangan. Aku tak cakap kalau da kawin tak boleh travel, cume belanja tu lebih sikit. Ramai je kawan aku yang travel with husband@wife bersama anak kecil lagi. Hope someday aku pun boleh macam tu gamaknye.

Kawan aku cakap sebab aku suka travel ni lah orang takut nak dekat dengan aku. Betul ke? Well jangan la jauh2 dari aku, mai la dekat sikit. Aku tak makan orang. Cuma makan nasi segantang. Aku akui aku ni degil jugak lah. Benda kalau aku nak, aku akan usaha sampai kasi jadi. Tapi aku usaha dengan titik peluh aku sendiri, bukan aku kerah tenaga orang pun. Kawan aku cakap jadi terlampau independent ni tak bagus untuk aku. Aku ni da terbiasa dari dulu buat semua sendiri. Kalau tak tahu aku tanya orang or sekarang apa susah aku google je. So aku memang jarang mintak tolong orang. Kalau bab travel aku memang amalkan konsep backpacker from A to Z aq settle sendiri. Aku suka bila aku tahu apa yang aku buat. Walaupun penat tapi bila da sampai ke destinasi yang kita tuju tu, penat tu memang worth it sangat.

Aku datang dari family yang biasa2 je. Kecik2 dulu bila cuti sekolah kebanyakan kawan aku pergi berjalan ke situ ke mari. Family aku bukan jenis suka berjalan sangat pun. Maybe banyak lagi benda penting yang perlu difikirkan daripada perabih duit untuk berjalan. So bila aku tanya mak aku kita takde pergi mana2 ke cuti sekolah?” Mak aku cakap duduk je la rumah rehat lagi bagus. Nanti ko da besar, ko pergi la memana yang ko nak. Belajar rajin2, cari kerja yang ok, pergi la semua tempat ko nak. Takde siapa boleh halang”. So now here i am, all grown up and travel ikot ke mana hati nak. Tapi bila da asyik berjalan je, si emak dan bapak mula lah risau. Takut anak membujang sampai ke tua dok ikotkan hati berjalan sangat. Mak aku kadang cakap udah2 da la tu berjalan. Bila ko nak berlaki? eh? Erm krik krik di situ kejap.

Belum kira makcik2 bawang yang dok runsingkan mak aku dengan persoalan2 macam eyh anak ko kerja apa ? Asyik berjalan je. Cuti setahun berapa? Gaji berapa? Ade orang sponsor ke? Eyhh helloo aku kerja biasa2 je. Yela belajar pun sampai Diploma je. Gaji pun seciput masih belum mampu pakai Iphone X lagi hahaha.. Aku travel ni semua sendirian berhad ok. Tak pernah lagi ada manusia berhati mulia sponsor aku ke mana2. Tapi kalau ada boleh pm tepi hahaha.. Cume satu je, aku ni boleh kata pandai manage duit aku lah. If aku planning nak travel jauh macam Australia atau Jepun ke, setahun sebelum aku da start saving sikit2. Aku percaya semua orang mampu travel if pandai tahan nafsu sikit. Aku ni cuma xmampu tahan nafsu makan dengan nafsu berjalan je. Nafsu lagi tujuh tu aku pandai control. Hahaha.

Kadang orang tengok kita travel, orang nampak yang indah2 je. Yela kita pun tunjuk gambar lawa2 je. Mana orang taw the story behind all the struggles kan. Kisah berebut cuti kena cari orang back up kerja, kisah kena ikat perot makan nasi lemak rm2 sebulan dua untuk kumpul bajet. Bersengkang mata malam2 tak tidur untuk dapatkan tiket murah. Mak aku pun da tak larat nak larang dah. Anak dia ni kan degil. Tapi aku just make sure la aku selamat pergi and balik dari sesebuah tempat tu. Kadang lagi seminggu nak fly baru aku cakap kat mak ayah aku if aku nak pergi mana2. Kalau bagitahu awal2 nanti dorang tak bagi pergi pulak. Korang jangan buat macam aku la. Kang jadi anak derhaka lak. Tapi jangan tak bagitahu langsung lah, itu terok. Just make sure korang stay safe bila pergi mana2 barulah family lega. Plus aku kalau pergi memana tu mesti akan bagi nombor travel buddy aku dekat family. Incase anything happen kan. Setakat ni tak pernah lagi travel solo. Maybe nanti2 harap ada kekuatan gerak sorang pulak.

Setakat ni aku dah pernah ke Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Australia, Brunei, Jepun, Laos, Cambodia. Setiap negara yang aku pernah pergi tu semua ada memori indah memasing. Indonesia negara serumpun kita ni betul2 lawa tempat dia. Belum mampu jelajah semua ceruk Indonesia lagi. Singapura pulak memang moden. Timbul kagum tak sangka negara jiran kita sehebat ni. Thailand pulak boleh dikatakan syurga makanan. Vietnam ni favourite orang yang suka shopping. Brunei negara berdaulat, tempatnya tenang aman sentosa. Jepun memang wajar dicontohi selaras la saranan Tun Dr Mahathir dengan dasar pandang ke timur. Laos pun menjanjikan pengalaman yang tak kurang hebatnya. Cambodia pulak akan mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur dan beringat dengan orang yang lagi susah dari kita. Coming soon next year aku akan teruskan lagi lah minat travel aku ni ke negara lain yang aku tak pernah touch down lagi. Hope dipermudahkan la urusan aku sepanjang perjalanan nanti. Cuma satu aku terkilan, aku masih belum mampu bawak satu family aku buat umrah reramai. Jom lah kita tetapkan niat supaya dapat la jadi tetamu Allah satu hari nanti.

Cukup lah setakat ni. Mintak maaf la aku merapu lebih. Nama pun confession sorry kalau tak banyak isi yang bermanfaat. Cuma aku harap lepas ni jangan la fikir kami perempuan yang suka travel ni susah dikawal lah, maintenance tinggi lah, tak romantik lah, ego melangit lah, and yang seangkatan dengannya. Try and approach us then you know the beauty beneath.

I’m a travel addict on the road to recovery.

Once the travel bug bites there is no known antidote, and I know I shall be happily infected for the rest of my life – Michael Palin

Terima kasih.

– Orked Heyzelle

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit