Nak Terlanjur Pun Kena Ada Usaha

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Okey, pertama sekali saya nak ucap banyak-banyak terima kasih dekat admin kalau admin sudi siarkan perkongsian saya yang boleh saya kira tak seberapa ni.
Dan yang keduanya, awal-awal lagi saya nak bagitahu, kalau ada apa-apa yang bakal saya cakap ni salah dan menyinggung perasaan, korang boleh je tolong betulkan dan saya minta maaf. Takde masalah okay?
Yang ketiganya pulak, haa takde apa dah cuma harapan saya moga-moga perkongsian ni bermanfaatlah.

Memandangkan ni first time saya nak buat perkongsian dekat sini, so saya rasa elok la kot kalau saya perkenalkan diri terlebih dulu. Saya, Fey. Bukan nama sebenar. Ye, seorang wanita pertengahan 20-an yang masih bujang dan Alhamdulillah masih Allah jaga. Kenapa saya cakap masih Allah jaga? Bukan sebab saya maksum dan immuned daripada berbuat dosa. Tak. Saya sama macam orang lain. Masih pendosa tanpa noktah. Cuma apa saya perasan, tiap kali saya ada niat nak buat benda tak elok ataupun setelah saya terbuat benda tak elok dengan sengaja atau tak sengaja, Allah akan sentiasa ada cara untuk sedarkan saya balik tak kisah la macam mana atau dengan medium apa sekalipun. And indeed, Allah tak pernah lupakan kita pun sebab sifat lupa ni ada pada makhluk lemah yang namanya manusia je.

Sebenarnya saya selalu juga baca confession dekat sini. Cuma, tak semua saya akan baca sebab kadang-kadang terlepas pandang. Jadi, saya akan pilih tajuk yang mana tergerak hati untuk saya baca. Saya ada baca confession bertajuk, “Terlanjur: Perspektif lelaki”. Ada point menarik yang confessor cuba nak sampaikan. Confessor nak cerita secara ringkas tentang isu terlanjur dari kaca mata seorang lelaki. Saya tak berniat nak kupas lebih lanjut perkongsian tu pun cuma saya nak berkongsi tentang isu yang sama iaitu terlanjur tapi bukan dari kaca mata seorang wanita. I just want to be neutral in this issue and will try to not to be bias sebab kita nak cuba muhasabah balik dan jom kita cuba fikir balik persoalan yang selalu timbul tiap kali berlakunya kes terlanjur ni. Siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan? Siapa yang teraniaya? Siapa yang sebenarnya dalang? Lelaki ke perempuan?

Alright. Bila sebut je pasal terlanjur, semua orang akan faham. Benda tu jadi atas dasar suka sama suka antara seorang lelaki dan seorang wanita. Tak kisah la dia status bercouple ke, skandal ke, berkawan ke, and etc. Walaupun pada awalnya dia macam paksa rela tapi lama-lama dia akan jadi suka sama suka. Selalunya macam tu la. Kalau bukan macam tu, mungkin ada kes terpencil. Mana saya tahu? Okey jujurnya saya pernah untuk ke arah tu tapi macam saya cakap, Allah masih sayang dan jaga saya. Sekurang-kurangnya saya belajar banyak perkara. Sekurang-kurangnya saya nampak yang sebenarnya untuk terlanjur memerlukan usaha. Dia bukan tiba-tiba eh terlanjur. Tak. Bukan macam tu. Terlanjur memerlukan usaha. Tapi yang silapnya, usaha ke arah yang tak sepatutnya. That’s the sad truth you should know about one thing what we call as “TERLANJUR”.

Sebagai seorang wanita yang normal, saya tak pelik kalau saya punya minat dan rasa suka terhadap lelaki. Macam tu jugak dengan lelaki yang normal. Untuk dia ada rasa suka dan minat terhadap wanita tu satu fitrah kejadian manusia. Memang Allah cipta kita untuk ada tarikan terhadap berlawanan jantina. Salah ke? Tak salah. Memang fitrah jadinya macam tu. Kalau salah, kenapa Allah buat? Tapi yang tak berapa nak kena bila manusia ni dia mula jadi nakal dan start usik-mengusik, acah-acah, cucuk-cucuk. Haha faham maksud saya kan? Sebab apa nakal ni bahaya gais? Sebab we try to attract our partner (yang belum nikah. haha) because we know they like it. Dan yang silapnya sebab kita jadikan kelemahan orang yang berlainan jantina sebagai senjata kita untuk kita mula.
Wanita sebenarnya tak semua naif pun. Ada ramai je wanita tahu apa lelaki suka dan mahu daripada seorang wanita. Dan saya tahu lelaki pun tahu apa yang wanita perlu dan mahukan daripada seorang lelaki. So dari sini la bermula “usaha” manusia untuk mula berzina dan terlanjur.

Lelaki tahu perempuan suka dibelai, dimanjakan, diberi perhatian. Betul?
Lelaki tahu perempuan lemah dengan kata-kata cinta bahaha!
Sebab tu lelaki bijak. Bijak atur strategi. Jangan ingat saya tak nampak gais. I did survey, observed and made lot of readings. Nakal uolss ni. Lol. Lelaki tabur ayat dan janji manis. Bukan sehari dua tau. Google sana sini cari quotes romantic hahaha. Saya bagi contoh je. Ni kira usaha la ni gais. Perempuan suka la sweet-sweet ni. Terus cair la lemah longlai kalau kena ayat semanis gula lelaki. Padahal selalu je saya dengar perempuan cakap “Lelaki mulut manis semua tak boleh percaya!”. Ha tahu rupanya? Tapi percaya jugak. Hahaha tapi memang macam tu pun perempuan. Itu belum masuk part buayafriend acah-acah tersentuh gelifriend dia. Tu saja nak tengok reaction ke macam mana? Nak test? Kalau respons positif, ha bolea la ke next step. Gitu? Please guys, this is not right. Please stop this.

Okey ni pasal perempuan pulak. Hahaha. Sorry girls I have to say this. Perempuan ni kan actually, dia tahu lelaki suka anything about sex. If woman loves to be pampered, men love women and sex. That’s the truth. Never try to deny this. And women know about this. Perempuan tahu lelaki kalau tengok body dengan curve sana sini, peewwit terbeliak mata depa pandang nak habaq mai. Hahaha. Tapi perempuan pakai jugak pakaian sexy. Hahaha. Tahu lelaki boleh terangsang tengok bibir merah bak delima merekah, tapi lipstick kalau pakai tamau kalah dengan Mak Limah janda berhias kampung sebelah. Tahu lelaki tak boleh tengok perempuan selfie buat muka cute duckface, fishface , apa semua face tinggal sebut je, eh tapi buat jugak siapo pergi hantar dekat buayafriend. Hahaha. Mana buayafriend tak gerammmm? Ha tu la katanya, nakal juga perempuan punnnnn hihi. Kita tahu kan tapi saja je kan? Haaaa nampak tak betapa berusahanya kita nak menggoda? Ke kepuasan diri je? Hahahaha. Kalau kepuasan diri, elok simpan je dalam gallery tu tengok tiap-tiap malam. Eh cantik jugak aku ek? Hihi. Betul girls memang boleh puaskan diri sendiri. You can try this at home tapi kena janji untuk simpanan sendiri pastu delete okay? haha ;-)

One more thing, untuk long distance relationship contohnya. Nak tahu tak betapa berusahanya kita untuk hampirkan diri kita ke arah zina yang akhirnya boleh buat kita terlanjur?
Contoh, buayafriend kerja di selatan Malaysia. Gelifriend kerja di utara Malaysia. Saja saya bagi contoh utara dan selatan sebab nampak jauhnya kan? Tapi untuk pasangan yang “berusaha” dan plan untuk sama-sama terlanjur, takde masalah pun jauh tu. Kalau tak gelifriend pergi jumpa buayafriend, boleh juga buayafriend datang jumpa gelifriend. Matlamat sama. Nanti check in pastu lepas rindu kononnya. Nampak tak nak berzina dan terlanjur tu sangat perlukan usaha. Kalau awak tak pergi atau dia tak datang, awak rasa terlanjur tu jadi tak? Zina hati boleh juga jadi tapi terlanjur memang tak.

Kalau yang duduk dekat-dekat pun ada usaha jugak. Sanggup je menipu parents cakap nak ke rumah kawan. Sanggup la berpakat dengan kawan cakap nanti kalau mak aku tanya aku ada datang jawab ye eh. Sanggup la hulur duit 2 ringgit kat adik buat rasuah tutup rahsia. Haaa pakat subahat la semuaaaaa. Weekdays sanggup kerja, tak cukup tu, buat part time pulak. Nak cari duit lebih. Ingatkan duit nak masuk tabung kahwin. Tapi rupanya duit nak buat check in hujung minggu. Nampak tak usaha tu? Tapi sayang, usaha yang tak sepatutnya dan menjurus ke arah keterlanjuran?

Kita tahu Allah kalau larang sesuatu perkara, Allah sebenarnya nak cakap yang perkara tu takde baiknya untuk kita. Kita tahu benda tu. Tapi kenapa kita buat? Kenapa kita terbuat? Ketahuilah bahawa ada musuh yang nyata yang takkan pernah senang duduk diam tanpa menyesatkan kita semua anak cucu Adam. Dalang segala kejahatan tak lain tak bukan, Syaitonirrajimmmmm. Lelaki tak jahat, perempuan pun tak jahat. Kita tak jahat. Cuma kita buat silap. Silap kita sebab kita lebih memilih jalan mengikut telunjuk syaitan yang memang sah-sah kerja dia nak tengok anak cucu adam tersesat dan dihumban ke dalam neraka. Nauzubillahiminzalik. Jadi, kalau kita nak syurga macam mana? Jauhilah segala yang apa Allah larang dan teruskan buat apa yang Allah suruh dan apa yang Islam ajarkan. InsyaAllah dengan izin Allah semoga setiap usaha kita menuju kebaikan Allah pandang.

Saya minta maaf kalau ada apa yang saya cakap mungkin tak sesuai dan buat kalian terguris. Sejujurnya saya bercakap perihal saya dan pengalaman orang sekeliling saya. Cuma sengaja saya generalizekan sebab saya bukan nak bercakap untuk saya saja tapi nak bercakap dan dekat dengan hati semua insyaAllah :-) Uhibbukum fillah Abadan abada. Ceyh! Betul ke apa saya cakap? Saya tak reti cakap arab Hahaha.
Saya pun masih berusaha untuk memilih jalan yang lebih baik dari sebelum ni. Kalau dulu saya pernah berusaha untuk ke arah mendekati zina dan mungkin ke arah terlanjur, tapi sumpah demi Allah saya tak pernah bahagia dengan keadaan tu. Hati saya tak tenang.
Sebab sekarang saya percaya Allah takkan pernah memberkati keadaan tu.
Bahagia susah nak datang kalau Allah tak berkati. Percayalah.
Jadi saya memilih untuk menjauhkan diri. Jauhi zina. Tolong doakan saya juga ye semoga terus istiqamah dan jadi hamba yang bertaqwa.

Jadi, di kesempatan ni jugak saya nak ajak semua kawan-kawan untuk sama-sama kita cuba dan berusaha untuk menjauhi diri dari zina dan bukan untuk mendekati.
Sesungguhnya untuk berzina dan telanjur tu bukanlah sesuatu yang tiba-tiba. Ada usaha dan tenaga yang telah kita bazirkan bukan pada tempat yang sepatutnya.
Dan kalaulah kalian tahu yang zina tu adalah satu hutang, saya percaya kalian akan cuba jauhkan. Takpe, nanti kalau ada masa saya kongsi pasal hutang zina tu okay?
Sampai sini saja. Moga bermanfaat. Yang buruk datang daripada saya sendiri dan kelemahan yang ada pada saya. Dan segala yang baik tu memang datang daripada Dia Yang Maha Esa. Terima kasih!

– Fey, Si Pendosa Tanpa Noktah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit