Tak Reti Memasak Tapi Dah Nak Berkahwin

Hai semua. Aku takde apa nak meluah selain dari tajuk tu, haha. Aku tak nak cakap panjang sebab semua dah boleh agak apa aku nak cerita.

Usia aku sudah menghampiri 30, tapi masih lagi aku terkebil2 dekat dapur.

Masa dulu aku belajar dekat kolej, duduk kolej (bukan duduk rumah sewa) jadinya aku tak boleh nak develop skill memasak sebab tak boleh bawa bahan memasak.

Aku tak reti nak memasak terutamanya lauk. Aku dah la spesis kelam kabut dekat dapur.

Lepas aku habis belajar dah grad, aku bekerja. Kerja office hour. Aku pun sampai sekarang masih takde masa untuk memasak sebab bekerja.

Kalau aku ada waktu offday siang hari boleh la aku memasak waktu tu and aku tengah struggle sekarang nak belajar waktu offday.

Apa yang aku risau sekarang lagi 5 bulan aku nak bernikah dan aku kurang persiapan ilmu di dapur.

Tapi bab kerja dapur aku rajin menolong cuma aku tak pernah jadi ketua di dapur. Tambah pula lepas nikah aku akan duduk di rumah mertua.

Bakal mertua aku tu sangat lah baik. Mereka semua okay aje cuma aku tetap rasa risau dan takut.

Jarak rumah aku dengan tunang aku tak jauh. Perjanjian kami kalau saya tak selesa rumah mertua boleh balik rumah mak saya sebelum dia dapat beli rumah.

Jadi tulah cerita aku sekarang. Pasal rumah mertua tu tak ada masalah sebenarnya cuma yang aku risau sebab aku lack skill di dapur. Sempat ke ea nak belajar?

Aku hanya tahu buat nasi goreng mi goreng kuah singgang atau mana yang sangat mudah.

Korang doakan aku ye semoga mudah urusan aku ni.. Thanks korang.

– Wawa Dollah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Wawa Dollah, cakap je terus terang dgn mak mertua yg awak tak cekap memasak. Minta tunjuk ajar. Tak de salahnya belajar dr basic. Yg penting rajin kedapur…good luck.

  2. aku dulu pun tak tahu masa, tapi dah kawin aku belajar juga masa. hujung minggu masa cuti aku belajar satu resepi simple. just start dengan resepi simple mcm sambal telur. Then hujung minggu berikutnya resepi lain atau practice resepi sama untuk tambah baik dari yg awal tu. Practice make perfect. Hujung minggu je aku ada masa nk belajar sbb aku pun kerja office. Bila kwin laki aku ni jadi excited time cuti sbb nak masakan aku, bgi laki makan masakan kita ni rasa happy tau. ko boleh start belajar benda simpe. start dgn sambal telur then sambal ikan bilis,next sambal ayam. after that belajar buat kari. or any juadah favorite ko. okey good luck.

  3. LOL. Benda simple je.

    Benda yang patut kau runsingkan adalah kenapa tinggal dengan in-laws lepas kahwin ?

    Apa, sebelum dapat beli rumah, tak boleh sewa dulu ke ?

    Kenapa dah nak kahwin pun nak berkepit dengan mak ayah lagi ?

  4. Jangan risau sis. Sy dulu kahwin langsung takda ilmu kedapuran ni. Masak megi goreng telur je kepakaranku. Nasi pun tak reti. Cekodok pertama sy kejadiannya keras boleh tanggal gigi nk mengunyah. Haha. Baru kahwin bulan pertama dah kena jaga mertua sakit, sy yg kena masak. Hari2 call mak minta tunjuk ajar. Masak yg simple2 dulu macam ayam goreng kunyit, ayam masak kicap, udang butter milk. Sotong celup tepung. Segala jenis sup sayur. Sawi goreng. Lama2 awk akan dapat skill tu. Jujur dengan family mertua. Janji ada effort. Boleh belajar di youtube.

    All the best sis!

  5. its okay awk , jgn risau..sy juga tak pernah masak , kerja office hour selalu mkn di luar. lepas kahwin duduk dgn mertua , alhamdulillah dorg semua ok , kalau time masak kita pergi ke dapur tolong mertua , kalau mertua tak masak , dorg akan order luar. sy dulu takut sgt sbb kena duduk dgn mertua , yela takut kena masak..tp sampai skrg dh hampir 2 tahun duduk takde masalah, skrg tunggu rumah pertama kami siap je , then boleh start belajar masak guna skill yg belajar dgn mak mertua. all the best sis , jgn risau semua akan baik baik sahaja.

  6. Klu MIL jenis ok, mintak je dia ajar. Org tua2 biasa suka ajar2 ni. Sy pom xreti msk. Sblm kawen housemate tolong ajar. Lepas tu pandai2 la cri resepi try masak. Nak mudah tgk resepi KA confirm jd. Lepas kawen sy tya suke tya mak mertua sy. Ktorg selalu share2 resepi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *