Merajuk Dengan Tuhan

Perkenalkan.. Aku Mawar.. Bukan nama sebenar.. Alhamdulillah aku dah kawen anak dah sorang baby boy, nak masuk 2 tahun dah anak aku.. Dan bakal menimang anak kedua..

Aku dianugerahkan suami yang paling sempurna.. Mertua yang baik tiada tolak bandingnya.. Anak yang pandai.. Ipar duai dan adik beradik yang sesama tolong menolong..

Justeru dekat sini mungkin boleh baca kat mana ujian rumah tangga kami.. Ya… Ekonomi kami.. Kestabilan hidup kami..

Tuhan uji apa yang kau sayang.. Pernah dengar tak? Aku resign masa pkp sebab nak ikut suami aku pindah berdekatan mak ayah dia.. Dan tak pernah lekang dari setiap doa aku dari awal perkahwinan sampai sekarang untuk diberi ekonomi yang kukuh..

Cara jawapan Tuhan berbeza dengan apa yang aku doa.. Tapi itu la kot jawapan Tuhan.. Awal dapat anak aku nekad nak keje.. Dan alhamdulillah aku dapat keje masa umo anak aku lebih kurang 5 bulan..

Bagi aku pompuan kena keje.. Aku tak de la niat nak keje sebab takut laki aku tinggal ke curang ke.. Aku just nak ada duit sendiri.. Nak tolong family aku..

Dan tak pernah terlintas untuk ada baby yang kedua pun buat masa tu.. Anak aku hantar pengasuh.. Guess what.. Biasa la budak budak kan.. Selalu je sakit ada tiap bulan aku gilir gilir dengan husband amek cuti..

Dan ya performance tak okey.. Ada satu hari tu aku demam tahap tak boleh bangun.. Aku makan pun akan keluar balik.. Aku tak expect apa.. Pegi klinik check sangkut dah dua bulan..

Bayang kan keje aku yang lasak.. Dengan kekadang minum makan tak terjaga.. Tapi Tuhan maha baik dia jaga nyawa yang satu ni dalam rahim aku.. Masa aku dapat tahu tu aku clueless.. Aku lebih kepada menolak takdir.. Sebab bagi aku, aku nak kan anak sulung aku ni besar dulu..

Dan aku tak expect boleh sangkut awal memandangkan kakak aku semua merancang sendiri dengan jarak tiga tahun anak memasing.. Aku fikir aku pun boleh buat yang sama… Sangkaan aku meleset.. Dua bulan kandungan aku.. Dengan anak sulung yang kecik lagi..

Aku menangis sebab aku kesian anak sulung aku.. Bagi aku, aku nak bagi kasih yang tiada tara kat anak first memandangkan kami baru je bergelar ibu ayah..

Puas aku berdamai dengan takdir.. Slow slow menerima kehadiran baby yang tak bersalah ni.. Aku diuji sekali lagi kena terminate sebab selalu cuti walhal tiap aku minta cuti aku kepilkan dengan mc anak, surat discharge warded..

Tapi entah la.. Mungkin Tuhan nak aku fokus jaga kedua permata aku ni.. Masa tu jugak aku di warded sebab pregnant pastu test darah aku tak cantik.. Suspect denggi.. Bertalu talu kan? Rileks.. Baru sikit..

Aku kehilangan keje.. Aku jaga anak aku sendiri dalam keadaan pregnant.. Sebab mengharapkan suami aku untuk menanggung segala kos aku rasa sesak jugak kat dia..

At last aku jaga anak aku dalam keadaan emosi turun naik pregnant punya pasal.. Aku masih cuba positive lagi walaupun aku rasa peluang untuk aku berkarier sekali lagi teruji..

Tuhan permudahkan urusan aku dalam pregnant kali ni.. Pregnant pertama dulu betul betul fragile tiap hari morning sickness.. Bukan morning je.. Tengahari malam ada peluang muntah muntah je tak berhenti..

Kuat nya anak kedua aku ni.. Sebab boleh bagi aku buat macam macam termasuk angkat abang dia yang lebih kurang 11 kg dah ni.. Dalam tempoh ni aku cuba banyakkan dukung anak pertama aku sebab aku tahu aku dah tak de banyak masa dengan dia..

Ujian demi ujian aku tempuh dengan sabar dan masih lagi berdoa untuk kukuhkan ekonomi rumah tangga kami sekarang..

Sampai la hampir tiap bulan kereta suami aku buat hal.. Hampir habis saving kami gara gara kereta dia dah 20 tahun lebih ni.. Kereta dia second hand.. Sampai perlu pinjam duit untuk repair..

Dan ujian aku pulak struggle juga bawa si sulung ni untuk check up.. Mana nak amek urine test, nak scan jantung baby.. Kalau budak dah umo tiga tahun boleh la dilepaskan.. Kalau setahun lebih macam ni aku tak berani nak lepaskan jauh jauh..

Dan kemuncak ujian yang seterusnya aku disahkan uri kat bawah.. Boleh jadi akan di czer.. Aku dah tak boleh fikir apa dah masa tu.. Dalam niat tak nak susahkan suami dengan tak nak berjauhan dengan anak pertama teruji lagi bila aku mungkin di czer..

Aku berfikir kalau bersalin normal tak de la lama sangat aku nak amek masa untuk sembuh.. Kalau czer.. Dalam keadaan anak sulung aku suka berkepit ni.. Aku menangis lagi.. Kenapa Tuhan.. Kenapa begini..

Tak masuk lagi persiapan untuk baby ni.. Aku sungguh rasa tak seronok nak menyambut kedatangan nya sekarang memikirkan ekonomi, keadaan anak pertama aku..

Ini la penghujung nya dimana aku rasa aku merajuk dengan Tuhan.. Aku rasa aku dah berhenti berharap dah.. Aku lalui je apa apa yang ada depan aku sekarang.. Aku pun tak mengharap apa apa dah..

Yang pasrah,

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Sabar la sis, ujian setiap orang tak sama. Semua ada bahagian masing-masing. Yang penting bersyukur apa yang ada, belajar bersyukur dengan perkara-perkara kecil dalam hidup awak. Saya pun bukan orang alim nak nasihat bab agama ni. Doa yang baik-baik dan bersangka baik la dengan Allah. Setiap ujian datang dengan hikmah.

  2. Allahuakbar…kecik sangat ujian kamu ni, dah sebegini merajuk dengan Tuhan? Duduk, tenangkan hati, istighfar. Anak rapat2 itu pilihan awak sendiri yang tak guna kaedah perancang berkesan. So jangan melalak bila hamil rapat. Kalau betul2 tak bersedia patutnya guna la kaedah yang berkesan. Skrg dah tau kan kenapa misi dan doktor kat klinik tu asyik rekomen korang guna perancang. Supaya orang tak jadi depress mcm awak ni la. Dah termengandung baru nak gelabah. Ini benda kecik punya hal pun nak merajuk. Cser sebab uri bawah tu pun benda biasa je dik. Bukan hal besar jugak. Hurm..ntah lah…sbnrnya ko belum hadap ujian yang sebenar2 ujian dik.

  3. Sabar sis, doa bnyk2 moga urusan bersalin dipermudahkan.. sy pun macam awak dulu, tak sangka boleh lekat anak kedua dalam keadaan si kakak baru setahun lebih.. masa dapat tau tu, sy menangis sbb kesiankan yg sulung, yang masih lagi mengempeng.. sy faham rasa tu.. cuba berdamai dgn takdir.. In shaa Allah…ada sebab kenapa Allah hadiahkan kita anugerah terindah tu..

    berkenaan anak sulung masa awak check up, cuba tanyakan mana2 pengasuh yang bole jagakan untuk setengah hari sahaja.. supaya awak boleh pegi checkup dengan tenang..

    Saya doakan, semoga awak diberikan kesihatan yg baik, dan dipermudahkan segala urusan.. Aamiin.

  4. Assalamualaikum.Belum kahwin , nak kahwin, dah kahwin belum ada anak, nak ada anak pula. Tuhan Sudah kurniakan anak boleh nak merajuk dengan Tuhan pula? Malunya…
    Sis , tolong lihat orang yang bertahun teringin ada zuriat tapi belum dapat. Ada juga nak kahwin tapi sampai meopaause tak kahwin-kahwin.
    Kesimpulannya, apa yang kita dapat syukuri & nikmati lah saja. Usahlah asyik sangat memikirkan benda perkara yang yang kita tak punya/dapat.
    Soal rezeki/duit & lain2 Tuhan sudah jamin . Nak risau apa lagi.( Yang iblis setan bisik2 tu masuk telinga kiri keluar telinga kanan sajalah).
    Naik bas @ kapal bterbang@ LRT kita tak kenal pun driver nya, tapi kita boleh lena tidur buat hal2 lain. Inikan hidup kita Tuhan Maha Bijaksana Maha Perkasa Maha Adil yg atur/pandu , lagi lah tak perlu khuatir.

  5. Kecik hati orang yang tgh TTC dik..kalau kalau tara kau ni nak merajuk dgn Tuhan,diorg tu lagi berganda2 nak merajuk dgn Tuhan.
    Kalau awak hilang kerja,orang gelandangan tu lagi berganda2 kena merajuk dgn Tuhan sbb xde rumah,makan pun ada takde je
    Laki awak kerja lagi, alhamdulillah
    Kena cut down expenses awak je fokus utk benda penting
    Kalau awak muslim,mohon istighfar ya.jgn kufur nikmat yg Tuhan beri..anyhow semoga Tuhan mudahkan segala urusan awak yg membebankan itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *