Ingat Aku Tak?

Aku Mior. Aku seorang transgender kot… Nak kata laki bukan, nak kata perempuan ya tapi bapak pulak kerap nafikan.

Aku lahir dalam family yang semua perempuan but aku dilayan macam anak lelaki oleh ayah aku sendiri sebab dia gila. Mak aku pernah cakap, ayah aku tu gila. Luar nampak warak, dalamnya hancur.

Aku anak bongsu, jadinya bila aku lahir… Ayah nak sangat anak lelaki, tapi tu lah kuasa Allah. Masa mak scan aku, dr cakap aku laki sebab scan nampak bebird. Tapi bila keluarnya perempuan, maka hancurlah harapan ayah untuk ada anak laki dari keturunan dia. 

Kadang aku fikir balik, aku ni ke yang ayah maksudkan as bala. Ayah aku bekas askar, makanya cara dia displinkan aku agak tegas sedikit berbanding adik beradik lain walaupun aku yang bongsu.

Dari umur 7 tahun, aku dah diajar untuk ada sifat lelaki. Bukan sifat tanggungjawab jer… tapi lebih dari itu.

Berbirat jugaklah belakang badan kena pukul pakai getah paip, tali pinggang dengan rotan buluh sebab bila ada salah tak kisahlah salah tu aku yang buat or adik beradik yang lain, mesti aku yang kena. 

Ayah aku ni baran, tapi barannya banyak lepas kat aku. Kadang aku tertanya-tanya mana perginya adik beradik yang lain. Kalau ikut dongeng, selalunya kakak sulung yang lebih bertanggungjawab an? tak pada aku.

Bila aku dah besar, ayah sengaja hantar aku pergi universiti awam yang ada buat pengambilan untuk pegawai simpanan askar. Lepas tu masa hari pendaftaran, sengaja dia daftarkan nama aku dekat khemah yang buat pengurusan pengambilan kadet. 

Sudahnya semua aku tanggung sendiri. Masa belajar bila mintak duit, ayah akan cakap dia tak ada duit, dan dia suruh aku guna duit elaun latihan aku apa semua. Ayah aku ni bukan orang yang susah and betul-betul susah.

Masa adik beradik lain masuk uni, beria dia gadai kebun lah keluarkan duit simpanan dia lah apa lah, time aku… Hmm habuk. Kena pinjam ptptn pun dia tak nak jadi penjamin ye. Mak aku lah yang akhirnya kena jadi penjamin aku. 

Time aku tauliah, batang hidung dia pun tak nampak. Tapi habis jer aku tauliah, sakan dia buat kenduri kesyukuran kata anak dia bakal jadi pegawai askar. Last-last aku tak pergi pun lapor diri ke unit sebab aku mengalami depression.

Tu pun ayah dok ulang-ulang bahan aku depan adik beradik aku yang 2 kali 5 otak dengan ayah aku tu. Boleh dia kata depression tu penyakit ngada-ngada. Mak aku jugak yang bijak bab tu and redakan situasi sebelum aku pukul bapak aku tu. 

Bila aku sedar yang aku kena keluar dari pemikiran ayah, aku cuba cari jalan keluar sampai meletusnya pergaduhan antara anak beranak.

Ayah aku tahu dia remuk hatinya dengan perangai aku, tapi dialah punca aku kadang fikir aku ni laki ke perempuan, kalau perempuan kenapalah aku selalu dianggap as bala padahal adik beradik aku lain perempuan, tak ada masalah pun. 

Sejak meletusnya pergaduhan yang hampir menyebabkan aku kehilangan nyawa ditangan ayah sendiri, aku jadi terasing. Mak, pernah lah chat aku awal-awal tu. Pastu dia hilang. Terasa hati mungkin sebab dah 5 tahun aku tak balik raya termasuk raya tahun ni, 2024.

Ayah atau adik beradik lain, hmmm… jangan harap nak tegur aku, rasanya nombor phone aku tak pernah tukar pun, tu pun tak ada yang nak call ke, wasap ke, tak ada. 

Semalam aku adalah balik, tapi balik mengejutlah. Dah diorang tak contact aku, aku contact pun masing-masing macam dah tukar nombor. Jadinya aku baliklah mengejut, kang kata aku putuskan silaturahim padahal darah daging.

Ikutkan ego aku memang tak nak pijak langsung rumah tu, tapi sebabkan rindu aku balik jugak. 

Time aku balik tu pulak aku nampak rumah dah banyak berubah. Makin besar siap ada kereta besar-besar park depan rumah. Dan time aku balik tu macam tengah ada kenduri kahwin cenggitu.

Tapi aku tak terfikir pun nak masuk, aku just intai dari jauh. Yelah, aku ni pun pakainya honda cup buruk. Kereta park depan rumah tu kereta-kereta T20 and M40.

Belum sempat aku nak caw tiba-tiba ada orang tegur aku cakap, “ingat tak ingat jalan balik” dan aku tengok muka dia lama-lama rupanya bapak aku. 

Aku ingat dia tak ingat aku. Yelah benda yang jadi tu 8 tahun lepas. 3 tahun lepas aku cau dari rumah aku still beraya kat rumah tapi tu pun kena jadi bahan isu depression tu and keadaan aku yang tak seberjaya anak-anak dia yang lain. 

Di suruh aku masuk, kakak atas aku kahwin. Aku tak nak, yelah sebab masa tu aku just pakai t-shirt bodoh-bodoh, selipar pun selipar jamban. Sekali tengok orang ingat mat pet. Tapi kan… 

Bila masuk rumah tiba-tiba bapak aku suruh aku ambik barang kat stor sekali tengok banyak ye baju kurung, blouse, alat penjagaan diri pompuan, perfume, and make up-make up.

Mula-mula tu aku macam shock, apalah bapak aku suruh aku buat ni sekarang. Tiba-tiba bapak aku cakap “tu semua adik punya. Abah mintak maap”. Pastu dia nangis. First time tengok abah nangis seteruk tu.

Dia peluk aku cium dahi aku banyak kali mintak maaf. So persoalan aku, bapak aku ni ingat aku ke tak sebenarnya?? Patut ke aku sambung merajuk???

– Mior (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. semoga Allah mudahkan urusan awak dan lapangkan hati awak dear.. berat dugaan awak.. layan lah apa yg awak rasa, sebab those feeling are valid and real.. jgn kalah dengan perasaan, sbb ada yg sayangkan awak, cuma yg bermulut bisa tu orangnya wujud dan ada je kt mana2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *