Penat Jadi Berdikari

Hi semua, aku harap sangat luahan aku disiarkan sebab aku nak mintak pendapat dari orang lain.

Aku nak tanya adakah berdosa kalau aku doa nak meninggal awal sebelum parents instead of nak doa semoga cepat berjodoh dengan orang baik yang boleh jadi peneman?

Aku perempuan mid 30 masih single. Ada kerjaya yang agak stabil (merantau) and jenis dah biasa berdikari.

Tapi masalahnya aku introvert and takda kawan rapat. Kawan biasa tu ada cuma tak sampai tahap berkongsi cerita personal / thoughts. Aku ada parents lagi and adik beradik yang lain.

Tapi entahlah, kadang-kadang aku overthinking dengan future aku. Setakat ni no one yang faham aku luar dalam.

At the same time, aku jenis yang tak harap pun orang perlu faham aku sebab aku tahu dalam dunia ni everyone struggle with their own life. Aku banyak pendam biasanya so aku cepat rasa penat.

Kadang aku penat jadi perempuan yang berdikari, kena buat benda semua sendiri and aku sunyi min. Life aku pergi balik kerja then kalau ada masa lapang aku balik kampung.

Aku seronok tengok orang lain yang ada rezeki jodoh awal, jodoh yang baik especially, sebab diorang ada tempat bergantung especially on emergency case. Kalau rasa exhausted, at least ada tempat nak luah.

Ye, aku tahu kita sepatutnya 100% bergantung pada Allah tapi kadang aku nak rasa ada someone yang aku boleh bergantung harap physically.

Aku bercerita je dengan family member aku on certain things but tak semua benda aku willing to share sebab aku tahu macam mana jenis penerimaan diorang.

Kadang bagi aku benda tu serius and aku perlukan support system that time, tapi bagi diorang maybe benda tu remeh and aku kena settlekan sendiri.

Kadang aku expect response lain, tapi apa yang aku dapat ada yang mengecewakan sikit. Tapi aku tak blame diorang sebab punca dari aku yang berjiwa sensitif kadang-kadang.

So aku selalu rasa macam dah alang2 aku macam ni, baik aku pergi dulu kot sebelum parents aku. So takda lah aku akan lagi sunyi and helpless di kemudian hari.

Aku bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi pada aku selama aku hidup sebab sekarang hidup memang keras.

Aku banyak dosa kadang bila fikir meninggal dunia of course rasa takut and tak bersedia lagi, orang mati dalam kubur pun nak hidup balik. Tapi tu lah, kadang aku rasa exhausted dengan life.

Nak minta jangan salah faham ya. Aku faham konsep rezeki jodoh etc and until now aku still doa dan harap dipercepatkan rezeki jodoh. Tapi kita merancang Allah yang tentukan.

Lagi satu, aku tak kisah pun if nanti dah tua check in rumah orang tua-tua sebab that things bagi aku lagi baik dari hidup sorang diri/ merempat/ susahkan orang lain.

So aku nak minta nasihat/ any positive thought from outsider yang maybe boleh buat aku semangat sikit nak teruskan hidup ni and sentiasa tabah berdikari.

Thanks semua!

– Anon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam sis,

    Biasalah kalau dah banyak masa lapang, rezeki pun kencang, kerja pun lunas, ada melawat parent, tentulah musuh Allah SWT jadi cemburu, lalu di bisik benda yang tak elok, kan memang itu tugas dia. Menakutkan manusia dengan masa depan, dengan was was. Tugas sis masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Buat tak dengar jer. Semak nak melayan. Baca lah ayat Al Quran favourite sis, biar hilang.

    Rasulullah SAW dah pesan, 3 benda perlu dirahsiakan, umur, harta dan kebahagiaan, zaman sekarang memang normal sosial media semua manusia gigih upload foto terpaling meriah, belakang nya terpaling sedih “salam admin, tolong hide profil saya”. Living a double life, memang juara menjemput depression.

    Saya ada juga kawan & sibling introvert, deep thinker, tak suka bual benda bodoh, topik berat & mendalam. saya pula suka bual benda bodoh lol. Soal jodoh berdoalah sis dapat suami beragama, yang real, jangan fake. Sebab agama nih puncak segala gunung, the strongest one, sis tak nak bersosial, hubby stay home, sis nak me time, hubby bagi space, sis nak borak benda deep, hubby boleh dengar. Sis nak moody, hubby sabar. Sis diam, hubby faham. Sis baca buku, hubby bertukang luar rumah

    Ada 4 benda yang Allah SWT suruh Luh Mahfudz tulis pada usia 40 hari manusia dalam perut ibu, iaitu REZEKI, KAHWIN, ANAK dan TUTUP USIA. Semua Allah SWT dah susun. Saya faham kerisauan sis, kerisauan yang tak wujud. Enjoylah masa lapang sis, enjoy your singlehood. Enjoy your time with co worker, sibs & parent. Bila sis dah kahwin sis akan rindu waktu bujang, iaitu waktu sis menulis di page ini lol.

    Tutup salam.

  2. Hai sis.

    Tak tau la sis baca tak kome ni.

    Cuma nak bagitau, situasi saya sama macam sis. Cuma saya perasan. Bila saya banyak buat aktiviti lain lepas waktu kerja, stress tu akan berkurang. Contohnya sebelum ni saya mengajar kelas tambahan secara part time. Bila free kena prepare bahan. Jadi kepala tak fikir sangat soal2 lonely dan sedih ni. Saya cuba cari balik kawan2 lama yang tinggal berdekatan yang boleh ajak sembang n buat aktiviti. Kadang2 travel jauh sikit cari kawan2 rapat di negeri lain. Alhamdulillah, setiap kali lps jumpa kawan2 rapat zaman study, rasa lapang sikit kepala sebab boleh jadi diri sendiri. Travel pon boleh bantu. Jom lah kita sama2 cekal untuk teruskan hidup. Ramai rasanya senasib dengan kita.

    Salam sayang dari utara malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *