REPLY: Aku Tersalah Anggap Atau Dia Memang Rasa Tersaingi

Reply: https://iiumc.com/aku-salah-anggap-atau-dia-memang-rasa-tersaingi/

Permulaan bicara, maafkan aku andai penulis luahan “Aku tersalah anggap atau dia memang rasa tersaingi” kurang berpuas hati dengan pendapat aku ni.

Maaf juga kalau bahasa ku susah mau difaham. Sabahan sini. Just my two cents la ya tentang luahan kau.

Kita ni hidup berbiras ipar duai aku rasa tidak perlu la mau rasa bersaing disaing tersaing apa semua ni. Buang masa ja sebenarnya. Kau hidup macam biasa.

Aku tidak tau dari mana permulaan cerita atau bagaimana situasi sebenar sampai kau buat luahan tu, mungkin kau tidak cerita from A to Z sebab bila aku baca macam kau ni membawang bah pula. Tiba-tiba ni tiada mukadimah.

Kalau kau fikir biras kau rasa tersaingi cuba cerita dari mula kenapa kau boleh rasa begitu. Ini tiba-tiba pasal emas, masakan dan benda remeh.

Pasal dia buat muka sebab dia tidak dilayan bercerita masa family gathering. Mungkin kau extrovert manakala biras kau pula introvert.

Dia jenis susah mau bergaul dengan orang luar (walaupun keluarga suami dikira sudah jadi keluarga dia juga). Nanti kau google itu apa introvert.

Bukan ba tu dia buat muka kalau memang dia introvert punya orang. Lainlah kalau terang-terang tu dia bagi tengok muka tidak puas hati sama kau, menjeling ka meludah ka ada cerita kan.

Point kau pasal itu emas. Kalau kami sini cakap kalau orang persoal apa orang lain beli terus kami cakap ja “kau ka beli berasnya?”

Biarla ba dia beli emas kiri kanan sampai ke kaki ka gigi dia ka, tiada juga ni dia minta duit kau kan, apatah lagi duit suami kau.

Paling pun dia minta duit suami dia. Haknya la. Pasal kau boleh tau dia join live segala, kau stalk dia ka tu? atau tidak apa la aku husnuzon ja kebetulan ba kali kan kau pun join live yang sama. Ya husnuzon aku ni.

Lepas tu pasal dia macam curi dengar kalau kau cerita sama mentua kau.

Soalan aku, apakah faedah dia mencuri dengar sedangkan boleh ja dia ikut sekali sama kamu cerita kan biarpun dia tidak ikut bercakap dia boleh langsung dengar ja.

Nah tidak payah dia susah-susah mau curi dengar. Dengar la sudah dia tu betul-betul kalau dia ikut sama kamu. Lagipun mustahil la ba tiap kali berjumpa begitu gayanya.

Pasal masakan tu kurang faham aku. Kalau orang tidak mau rasa kau punya air tangan yang terpaling enak di bumi, terus la kau cakap orang tercabar sama kau?

Aku kalau tersedak aku minum air, bukan hirup sup berlemak sebab “tidak ngam” orang kami cakap, tambah itu buat lain rasa tekak.

Last but not least pasal kau rasa dia macam tidak mau cerita sama kau. Dia begini ja senang ba hidup ni, kalau kau rasa orang tidak berminat, kau abaikan ja, banyak lagi aktiviti lain boleh kau buat.

Kalau kau bawa cerita tapi dia buat tidak tau, jangan la bawa cerita ba senang, sudah kau tau begitu gayanya. Kau cuba juga bawa, baru kau tidak puas hati.

Pendapat aku, kau ni terlalu memikirkan benda yang tidak sepatutnya difikir. Kalau pun dia rasa tercabar sama kau, biar ja la ba, tidak payah ambil kisah. Tidak perlu kau banyak fikir.

Kalau pun betul dia tidak suka kau, jangan ambil kisah. Dia dengan hidupnya, kau dengan hidupmu, bukan kamu tinggal satu rumah juga kan. Jadi hadap ja la tiap kali berjumpa, bukan selalu pun.

Life is too short sis untuk memikirkan benda remeh begini. Yang penting setiap apa yang kau buat tu mesti ikhlas dari hati, tiada niat lain, inshaAllah siapapun akan sayang kau, menang tanpa bersaing.

– MrsGendut (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *