Luahan Anak Kedua Keluarga Sederhana II

Part I: https://iiumc.com/luahan-anak-kedua-keluarga-sederhana/

Abang? Ada.

Tapi macam tak ada.

Sejujurnya aku cemburu tengok kawan-kawan ada abang yang sentiasa pentingkan adik adik.. bantu keluarga..

Lebih lebih lagi selepas arwah ayah tiada, aku meletakkan harapan yang tinggi untuk dia jaga kami bertiga kerana aku dan adik waktu itu pun masih bersekolah.

Di mata orang luar dialah ketua keluarga buat kami. Orang luar nampak seolah kami ni dijaga makan pakai dengan baik sepenuhnya oleh dia.

Tapi orang tak pernah tahu apa yang kami lalui sendiri. Aku juga bukan sejenis nak bercerita perihal keluarga kepada orang luar. Jauh sekali nak memburukkan abang kandung sendiri. Aku bukan begitu walaupun aku benci dia.

Aku akui, dia pernah bantu ibu menguruskan keluarga dulu. Hanya sehingga aku tamat persekolahan.

Selepas aku mula bekerja, perlahan-lahan dia ‘hilang’.. hilang yang dah tak ada bantu apa apa lagi. Mungkin dia rasa dah lepas tanggungjawab sebab aku dah mula bekerja waktu itu.

Atau mungkin juga dia rasa dah cukup pengorbanan dia selama itu.

Aku selalu mempersoalkan kenapa dia sudah tidak mahu membantu keluarga ini. Mana tidaknya, gaji aku sangatlah biasa untuk tanggung semua benda. Ibu pula aku memang tak nak dia bekerja lagi. Adik masih bersekolah.

Dan aku juga tahu dia langsung tidak ada komitmen. Motor dia juga dibelikan secara ‘cash’ oleh ibu aku dulu.

Jadi apa salahnya berkongsi gaji dia dengan aku untuk perbelanjaan rumah dan lain-lain? Kenapa perlu biarkan aku terkontang-kanting uruskan semua sendiri?

Sehingga sekarang saving aku masih tunggang langgang. Banyak keluar dari menyimpan.

Banyak perkara yang memerlukan aku ‘mengorek’ tabung. Kos hantar ibu ke klinik dan hospital setiap kali ‘appointment’.. kos ubat ibu.. barang dapur.. segala bil bil..

Kadang nak bagi ibu setiap bulan pun bersukat. Memang ibu faham masalah aku, tapi aku kesiankan ibu. Rasa useless betul sebagai anak tak dapat mewahkan ibu sikit macam parents orang lain.

Aku dan dia kerap bergaduh juga dulu. Mana taknya, dia hanya berkongsi bil elektrik RM30 setiap bulan sehingga sekarang. Padahal bil elektrik setiap bulan takpernah kurang dari RM100+.

Dan sebenarnya yang dia bagi memang suku sahaja dari amaun-nya. Dia juga tak pernah bertanya. Yang dia tahu, dia ada berkongsi juga.

Wajarkah aku panggil dia abang lagi kalau sekecil perkara ini pun dia tidak pernah nak ambil tahu?

Aku tak kejam nak dia tanggung kami semua lagi. Aku juga bekerja.

Aku hanya seorang adik yang teringin ada abang yang mengambil berat perihal keluarga. Tidak pentingkan diri sendiri. Ibu tu ibu kandung dia. Aku ni adik kandung dia. Kami bukan orang luar.

Tipulah aku tak penat. Jujur aku penat. Lama kelamaan aku ambil keputusan berhenti mempersoalkan apa apa.

Aku mula menganggap dia seperti tiada walaupun kami duduk serumah.

Dia ada atau tiada sama sahaja bagi aku. Seperti tidak wujud. Sampai satu tahap aku pernah berdoa Allah tarik nyawa dia je.

Sekurang-kurangnya aku dah tak perlu hadap dia di rumah hari hari lagi.. Tak perlu buat dosa memaki, menyumpah seranah dia dalam hati ni.. Aku nak hidup tenang sahaja dengan ibu dan adik.. Tanpa dia.

Untuk sekarang, aku terlebih bersyukur adik dah bekerja jadi ringan sikit beban aku selama ini. Semua perkara aku banyak berbincang dan ikhtiar bersama adik sahaja.

Adik sangat memahami orangnya. Seperti mana aku tak pernah berkira apa-apa dengan adik, adik juga begitu..

Walaupun gaji dia juga biasa seperti aku, tapi aku nampak adik tak pernah berkira dengan aku dan ibu. Dia juga seperti aku, berusaha bahagiakan ibu.

Kalaulah arwah ayah ada lagi, pasti dia bangga dengan adik yang banyak membantu aku lebih dari abang sendiri.

Kini impian aku hanya satu.

Bawa ibu dan adik keluar dari rumah ini.

Cuma aku, ibu dan adik. Aku rela pertaruhkan seluruh hidup aku hanya untuk mereka sahaja.

Doakan aku kuat dan mula menyimpan duit semula. InsyaAllah mungkin aku akan update kalau dah berjaya pindah rumah nanti. Tak sabar rasanya nak mula hidup baru tanpa dia.

Terima kasih semua yang mendoakan. Semoga doa kalian berbalik pada kalian semula.. aamiin..

– Arra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *