Hidup Dalam Perkahwinan Yang Didera Atau Bercerai

Salam semua. Aku sangat memerlukan pandangan orang ramai terhadap masalah aku, yang dah lama aku tanggung.

Aku dilema sangat sama ada harus keluar dari rumah bawak anak aku dan bercerai, atau aku stay je dalam perkahwinan yang penuh mental abuse.

Aku dah berkahwin selama 2 tahun lebih. Suami tua 5 tahun dari aku. Kami ada anak umur 2 tahun.

Dipendekkan cerita, kami ada beli rumah landed atas nama bersama (joint name and joint loan). Hal ni yang buat aku susah sangat nak berpisah disebabkan joint commitment.

And of course sebab utama aku stay adalah sebab anak aku. Aku nak anak aku hidup dan membesar dalam keluarga yang complete. Membesar kat rumah yang selesa.

Suami aku seorang yang panas baran dan narcissist. Dia suka control hidup aku. Apa aku buat semua salah tak kena kat mata dia.

Bila time dia baik, dia baik je and loving. Tapi bila time dia marah, mcm2 hinaan dan makian keluar dari mulut dia. Dia panggil aku bodoh, lembap, sl*t, b*tch, cakap tergagap, pemalas, celaka.

Bila marah gila akan panggil kau aku je. Dia benci ayah aku, adik beradik aku. Dia suka merendah-rendahkan aku dalam bidang kerja aku. Dia kata sijil degree yang aku dapat tu sijil tipu.

Basically sepanjang kahwin aku rasa sangat tak dihargai dan selalu diperlekehkan. Aku sedih sangat2, sampai bila aku kena bertahan derita mcm ni. Kalau aku takde anak mungkin dah lama aku blah.

Dia pernah pukul aku, dia pernah baling barang kat aku. Dia ada habit suka baling barang hempas barang bila dia marah. Benda tu buatkan aku takut and tak selamat.

Tapi dia selalu cakap kat aku yang dia sayangkan aku. Aku tak tahu dan dilema.

Kami pernah tak duduk sebumbung sebelum ni sebab aku lari dari rumah sebabkan kejadian-kejadian yang menakutkan.

Dia pujuk2 aku sepanjang kami tak duduk sebumbung tu. Time tu aku dah nekad nak cerai. Tapi dia cakap baik2, manis2 dengan aku cakap dia akan berubah.

Tapi bila aku balik semula, dia tetap sama macam tu. Kadang2 aku menyesal dengan keputusan aku patah balik tu.

Aku nak cerai, nak lari dari hidup dengan orang macam ni, tapi at the same time aku fikirkan anak aku, aku fikirkan rumah yang dah dibeli bersama tu, mcm mana aku nak settlekan jual rumah tu.

Tolong bagi aku cadangan / nasihat / pendapat.

– Isteri Dilema (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Tinggal je jantan tu. Buat apa nak tunggu lagi.utamakan emosi kau Dan anak.pekakkan telinga kau, butakan mata Dan keraskan hati kau dgn pujuk rayu jantan tu. Biarlah Kali ni jantan tu melutut, menangis darah sekalipun…kau campakkan perasan kasihan tu jauh2. Loan tu kau x payah byr ..biar bank lelong. Kau lepas Dr cengkaman hutang .klu x selagi itu kau terikat dgn jantan tu. mkn hati berulam jantung. Pedulikan dia buat ugutan nak bunuh diri…kau tgk smd dia berani atau tidak.klu dia bunuh, LG senang.kau bebas Dr neraka dunia

  2. Kalo dh bg peluang tp tetap perangai x ubah, rsanya xkn nk ubah dh. Sy pun dlu mcm awk xnk cerai sbb kesian ank x dpt kasih syg ayah. Tp suatu perkara yg merubah pemikiran sy bila bekas suami pukul sy depan ank sehingga ank ketakutan berlari. Dr saat tu sy brpikir lbh baik ank xda ayah drp hidup ada ayah tp ank trauma, ketakutan, kecewa. Tetap jg x bhgia.. skrg ank sy brusia 16thn dan rupanya masih dlm ingatan dia yg sy dipukul d dpn dia msa dia kcil. Bayangkan jika dia melihat ibunya dpukul dan keganasan ayahnya, pasti ank stress dan brain damage. Dia jg brsyukur sy bwa lari dan bercerai dgn ayahnya. Ank mbesar dgn baik jg walau xda kasih syg ayah. Alhmdulillah ank cemerlang dlm pelajaran, brsekolah d MRSM sjak ting 1 dan brakhlak baik. Syukur sgt2.

  3. Kalau adik prnh dgr kes di kota tinggi, johor kes benar ya..bkn dgr2 cerita.. isteri sarat hamil dipukul sehingga koma, patah tulang rusuk, retak tulang belakang. Walau bayi berjaya dilahirkan tapi sangatlah menyayat hati apabila ibu yg sepatutnya menjadi tempat berkasih sayang koma..yang menjaganya kini kakaknya ya..jika pn syg kpd ank bukan kekal sgn suami yg baran, tetapi bg perhatian, kasih syg, agama yg cukup kpd ank.. ambil keputusan bertahan dgn suami yg gila akn menyebabkan ibu hidup dlm tekanan yg melepaskn geram pd ank…akhirnya ank tak dpt kasih syg yg sejati dr ibu. Jadilah wanita yg waras, berakal dan letak kepercayaan kpd Allah sepenuhnya bahawa ada bahagia di luar sana..saya sentiasa doakan wanita yg mnghadapi masalah suami baran dpt kekuatan melepaskn diri, agar tiada lagi berita nyawa istri melayang di tangan suami yg gila..fikirkan ibubapa kita membesarkn kita dgn penuh kasih syg..tp kita membiarkn diri kita terseksa dlm neraka dunia..fikir2 kan..kuatkan semangat..jgn terlambat..

  4. diri sendiri dan anak kita takkan hidup happy kalau dapat bapak yg mcm tu. ingat tu je. selagi boleg gerak, gerak la. hal rumah tu mungkin boleh tanya pihak bank mcm mana nak settlekan.

  5. Hai.

    Sekadar pengalaman saya sebagai anak dalam rumah tangga seperti sis. Mak ayah saya dah berkahwin lebih 40 tahun. Selama itu lah mak saya hidup salam situasi macam sis. Ayah saya juga pernah jadi kaki pukul. Cuma bila anak dah sedikit membesar, dia dah berhenti pukul.

    Saya nak cerita Kehidupan saya sebagai anak dalam keluarga macam ni. Saya sangat rendah keyakinan diri. Rasa tidak disayangi. Hilang hormat pada mak saya kerana selalu nampak mak dimarahi dihina.

    Saya rasa tida lelaki yang baik dalam dunia ni. Saya tak nak kawen sebab saya tak nak hidup macam mak saya. Saya rasa perkahwinan itu penyeksaan untuk wanita. Saya tak pndai urus emosi dan hidup dalam trauma. Saya dapat panic attact bila dengar suami isteri bergaduh. Sampai sekarang.

    Jadi nasihat saya pada sis, tanggungjawab sis juga untuk sediakan persekitaran yang baik untuk anak sis. Hidup dalam keadaan rasa selamat. Hidup dalam kasih sayang tanpa apa2 trauma. Kesedihan sis akan membuatkan anak sis hidup dalam tertekan. Kebahagiaan ibu membantu kebahagiaan anak2. Buatkan keputusan yang baik until sis dan anak sis. Andai panjang umur sis, penyeksaannya boleh bawa seumur hidup. Sedangkan sis layak untuk bahagia.

    Sekadar pengalaman saya yang masih hidup dalam situasi ini. Doakan mak saya bahagia.

  6. Aku cukup menyampah klu org guna alasan anak ni… Ko cakap jelah ko syg laki ko… Ko igt anak ko nanti nak ke berbapakkan bapak mcm tu? Pasal rumah tu ko rujuk je peguam…

  7. yang sis kena fikir sekarang ni hal rumah tu je sebenarnya sebab joint tu. cari cara nak settlekan tu je. lain dah perlu kot nak fikir.
    anak sis baru 2tahun, belum terlambat nak pergi. jangan sis hadap benda ni sampai anak besar time tu anak yang tanya “mak kenapa mak tak cerai je dengan ayah dulu?” sebab anak pula kena hadap apa yang sis hadap sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *