Sedara Pilih Kasih

Nama aku Lala (bukan nama sebenar). Aku 24 tahun dan dah berkahwin. Nak cerita sikit pasal sedara yang pilih kasih.

Aku ada 4 orang adik beradik. 3 darinya dah kahwin termasuk aku.

Sedara-mara aku ni memang pilih kasih. Setiap majlis yang kami buat, dorang tak pernah langsung datang gotong-royong.

Bila kami susah, dorang tak ada datang menjenguk pun. Setakat tanya khabar dalam hp lepastu bye.

Nak cakap majlis dorang kami tak tolong, tidak. Seminggu sebelum majlis kami dah tercongok tolong apa yang patut.

Bukan setakat tolong dekat dapur, sampai dekat bilik pun kami tolong tukarkan cadar, langsir dsb. Bila time majlis kami, datang bila hari majlis je. Datang makan lepastu balik.

Kami ni 4 orang adik beradik je. Kami lah kupas bawang, kami lah masak, kami lah pasang khemah. Serba serbi kami buat TANPA pertolongan sesiapa pun!

Minta tolong? Dah macam mengemis dah call sorang2 minta datang tolong kami.

Masa aku kahwin, petang nak nikah, tengah hari aku berkejar beli barang-barang yang tak cukup dekat rumah. Memang tak cukup tangan kami ni.

Bila majlis sedara yang lain, laju je memasing tunjuk muka. Siap tidur rumah pengantin. Masing-masing bertungkus lumus tolong. Tak ada sorang pun duduk tak buat kerja.

Bila kami datang lambat sikit, dibuatnya kami ni macam orang halimunan. Langsung tak tegur, tarik muka.

Mungkin kami ni bukan orang senang. Rupa pun tak ada. Sedara-mara yang lain semua lawa-lawa. Boleh katakan instafamous lah.

Kalau macam ni punya gaya, tak ada sedara pun tak apa. Lepas ni sesiapa buat majlis, jangan cakap datang tolong, datang makan pun aku tak hingin.

Ingat ye, ada ubi ada batas, ada hari kami balas. Adios!

– SHMLA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam sis,

    Kawan saya pernah gini, sepampang besar dia up status kat sosial media. Saya PM dia, saya pesan jangan berani speak up menghina, mencuba memutuskan silaturrahim sesama saudara, kalau masih tak jumpa siapa yang jadi punca, siapa yang jadi orang tengah, yang buat dia berbalah sesama saudara mara, mesti ada villian dalam cerita dia. Bila dah tahu siapa villian nya, jauhi villian tuh sahaja, yang lain layan macam biasa.

    Saya pesan juga ke dia, walaupun saya bukan pandai nak berpesan sangat lol, dalam bersaudara nih kalau dia tak kenal siapa musuh sebenar dia, selamanya dia akan kacau bilau, cari tahu dulu siapa orang tuh, baru speak up dan act. Kalau speak up dulu, musuh tuh baca, musuh tuh akan tukar strategi dia, lagi payah nak mencari orang tuh siapa.

    Pesan saya yang terakhir pada dia, semua detail penting, check wasap, wasap group, check gambar, check mesej, cari sign, ingat dialog, ingat balik lokasi, ingat cara interaksi. Silaturrahim nih salah satu lubuk rezeki, kesihatan dan keselamatan. Jangan musuhi orang yang salah, rugi besar.

    Cukup seminggu dia investigation, boom kantoi akak ipar dia puncanya. Secepatnya dia sewa luar, hide status, and semua social media dia, dia private dari kak ipar dia. Just so akak ipar dia tak tahu xtvt dia, info terbaru dia, jadi tak boleh diseleweng pada saudara mara.

    Sis, dia fikir dia tak bernasib baik. Stress saudara mara menjauh dari dia. Tak, rupanya nasib dia paling baik, saudara mara dia sayang sangat kat dia. Lepas move in, dia tunjuk mesej, saudara mara siap bagi bukti mesej, nak ajak dia travel, ajak pergi majlis, ajak shopping, nak bagi duit selit, akak ipar dia yang villian tuh akan mesej private dorang kata itu nih. Padahal dia tak ada kata yang buruk pun pada saudara mara dia.

    Saudara mara percaya akak ipar, sebab dorang serumah kan. Tak kan akak ipar menipu. Muka baik kot akak ipar dia, tutur kata pun lembut. Dia ingat akak ipar dia tuh biggest supporter dia, padahal. What a plot twist.

    Sejak dia delete akak ipar dia, hidup dia aman damai sis, tahun nih jer dah 2 atau 3 kali travel free. Raya harituh meriah tengok dia shopping. Itulah ganjaran yang dia dapat sebab musuhi orang yang betul. Tak boleh bayang dia decide putuz saudara dengan semua suara mara dia. Makin seronoklah akak ipar dia. Sorry tak reply confession sis, saya tengah dalam mood bercerita lol.

    Tutup salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *