Assalamualaikum semua. Aku seorang wanita yang tidak bekerjaya sekarang.
Dan objektif aku menulis ni untuk mendapatkan solusi dari alam maya tanpa aku dikenali oleh sesiapa.
Aku tulis ni level cerpen je bukan panjang mana pun. Mohon la bagi pendapat ye.
Masalahnya begini ya pembaca sekalian. Aku ni baru pindah rumah yang terletak di sebuah daerah yang agak tercorot la bagi aku di negeri Perak.
Kiranya kalau aku sebut tu orang tertanya-tanya macam “hah, mana tu?” Tak popular.
Ringkasnya, sini ni kawanan lalat. Lalat dia tu punya ramai, mengucap panjang aku. Punca dia, sini banyak ladang ayam.
Aku ni dah la tekanan nak uruskan, menyusun atur, kemas barang berlotak-kotak semua. Ehhh lagi nak fikir cara membanteras lalat. Sampaikan aku ni nampak lalat terus jadi baran.
Tang makanan tu buat aku geram. Nak makan pun tak selesa risau terkunyah lalat sekali.
Macam-macam aku dah beli kat shopee tu. Mula tu aku scroll, jumpa lilin serai wangi.
Ok cun, rata-rata review kuat bau lilinnya sampai lalat pun tak nampak rupa, kononnya. Bila sampai, semangat la aku, habis la lalat-lalat sekalian, tak sabar aku nak menghalau.
Aku bakar la banyak- banyak lilin tu letak setiap ruang. Bilik air pun aku letak tau. Ehhh kau, elok lalat tu hinggap terbang tak terkesan langsung. Hampehhh betul.
Dah tu aku beli perangkap lalat yang kecik tu tengok review ok kan. Beli la dua. Canggih juga boleh charge.
Indah khabar dari rupa. Sekor lalat pun tak masuk. Bazir je elektrik dok charge sekali bazir duit. Yang benda bukan tujuan untuk memerangkap tu dia pergi masuk pulak. Adoii.
Contoh macam cawan ada la baki air. Ehh dia sendiri pergi bunuh diri dalam tu. Dalam perangkap tak masuk plak. Tak faham aku. Ada lagi la yang lain aku beli tapi semua tak berkesan. Murung aku.
Haritu balik raya di kampung. Sampai ke kampung tau lalat tu ikut sama. Tak pasal lalat-lalat tu outstation luar negeri kelahiran dia.
Ni percubaan tah kali ke berapa, aku beli pulak pokok carnivorous plant ka apa tah, yang makan binatang bila binatang mendekati dia tu. Haa pokok tu.
Pokok tu, Indoor plant.. So, boleh letak dalam rumah. Harap berkesan la. Aku nak cakap pun belum sampai lagi.
Anak aku suruh aku bela katak. Ishh mana maunyee. Geli ehh. Kalau tak berkesan lagi, mungkin aku kena biakkan bunga rafflesia agaknya. Haa besar sikit kan. Geram aku.
Kalau korang ada solusi ke idea sila la share ye. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih. Aku dah tak tahan kome walaupun setakat sekarang belum la lagi tertelan lalat.
Terima kasih admin share.
– Lalatun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam sis,
Semoga sis di rezeki kan untuk berpindah ke tempat lain, lalat nih haiwan yang sangat kotor dan membawa penyakit, maaf kata tak sesuai manusia menghuni satu tempat yang penuh dengan kelibat serangga, kenapa nama serangga, kerja dorang ‘serang’ manusia, attack bukan dia boleh adaptasi elok dengan manusia.
Saya selalu berpesan pada kawan kawan, sebelum beli rumah check dulu kawasan kejiranan dan kawasan sekeliling, sebab itu punca yang akan menentukan berapa lama dorang akan tinggal kat situ, design rumah cantik, sewa rendah, luas, tak menjamin apa apa, the neighbourhood is the most important thing.
Saya faham kerisauan sis, lagi pun di pasaran terlalu banyak ubat lalat yang kimia nya kuat, pelekat lah, semburan lah, boleh buat asthma, boleh buat sesak nafas, boleh buat keracunan udara, bahaya kalau dipakai dalam tempoh yang lama, jadi teruskan jela dengan cara sis yang lebih nature dan organik.
Kalau sis ringan badan, cuba round round, tanya orang sekeliling kawasan rumah sis, macam mana dorang benteras lalat kat rumah, sebab sis masih baru dalam bidang lalat nih. Orang kawasan situ rasanya menghadapi masalah yang sama.
Kalau saya jawapan dia satu jer, buat rumah full tutup, pasang air cond. Tapi tulah tak semua orang setuju. Ada yang cuma menyewa sahaja, rasa rugi kalau berhabis untuk benda sementara.
Tutup salam.