Mana2 pun tak selamat sekarang. Banyak cerita terlanjur aku baca di IIUM latey. Tapi dont worry cerita aku bukan pasal terlanjur. Tetapi cerita mengenai beberapa kali aku terselamat dari jadi mangsa dan bahaya. Alhamdulillah setiap kali Allah lindungi aku. Aku bukanlah seorang alim. Kenalkan diri aku, Yaya dari utara.
Aku seorang yang tak cantik tapi ada manisnya menurut beberapa kenalan lelaki aku. Zaman sekolah kawan2 aku sibuk berboyfriend, berabang angkat, beradmire sana sini. Aku? Tukang bagi surat. Sebab aku sedar diri aku memang tak lawa. Self esteem low banget. Bak kata kawan aku, aku dalam gambar macam tokong buddha. Taik punya kawan. Aku gelap. Chubby. So tak pernah ada boyfriend masa zaman sekolah.
Kisah pertama jadi masa diploma. Aku berkenalan dengan sorang lelaki dari PLKN. Taktau apa dia bekenan sgt ngan aku yg mcm tokong ni. Dari dalam kem lagi dia cuba mendekati aku. Mintak nombor and berbasa basi pasal nak berkenalan. Aku tak percaya dia, sebab aku tau aku huduh. Tapi lepas aku keluar PLKN, lelaki ni contact aku lagi. Masa tu aku dah buat diploma. So aku kasi can la. Couple la kejap.. masa 2nd date, si lelaki ni bawak aku ke suatu tempat di belakang bus stop. Memang betul tepi jalan raya tapi kereta jarang2 lalu. Aku dah tak selesa. Aku berdiri jauh dari dia. Aku biarkan diri aku terdedah ke orang lalu lalang di jalan raya. Si lelaki tu dok panggil aku duduk sebelah dia.. “mai la duduk sebelah abang ni” .. abang hangguk dia. Aku tua sebulan dari dia. Aku cakap xnak and aku ajak dia blah sbb aku xnampak apa motif duduk blkg bus stop ni. Aku dok paksa dia blah dari situ. Aku dah hangin ngan mamat ni. Dia masih memujuk. Last2 ada 3 buah motor mat rempit nampak kami. Memang kena bahan kaw2 la. Mat2 rempit tu dok menjerit2 kat kami “woi nak projek cari hotel la woi! Kalau taktau hotel kami boleh tunjuk laa” .. aku hangin je. Aku lawan la. “Hang ingat aku murahan sgt ka haaaa?!!!”. Yang lelaki konon bf aku tu dia hanya duduk.mencangkung menyembunyikan diri di sebalik kerusi bus stop. Then mat2 rempit tu blah sambil gelak ketawa mengejek kami. Terus aku pusing ke lelaki tu and cakap tolong bawak aku balik. Sepanjang atas motor lelaki tu memohon maaf dari aku sebab bawa aku ke tempat sebegitu. Aku diam masih marah. Hampir tiba ke hostel aku terpaksa melalui satu jambatan gelap tanpa lampu. Di situ kami dikepung oleh 1 gerombolan mat rempit. Ramai gila. Dok rem2 motor dorang sambil mengelilingi kami. Mengejek2 kami, dan minta IC apa segala. Sambil mengejek nak projek tapi tempat murahan. Si lelaki tu bagi je IC dia. Aku tak bagi sebab aku tahu dorang takde hak mintak IC aku. Aku berdiri bukak visor helmet and confront mat2 rempit tu. Aku tanya korang nak apa sebenarnya. Tau je la mat2 rempit punya perangai macam mana. Lagi dorang sorak dan ejek aku yang tengah berapi tu. Mat2 rempit tu semua mengelilingi aku. Lelaki tu hanya duduk atas motor diam2 tak kata apa. Sekali salah sorang dari mat rempit tu jerit kata ada polis datang. Memang betul dari jauh aku nampak cahaya lampu polis. Dan dorang bersurai lari terkocoh2. Rasanya kalau polis tak lalu malam tu, aku konfirm dah kena kenduri dengan mat2 rempit tu semua.
Aku betul2 terkesan dengan kejadian tu. Even aku tak lawa macam tokong, tapi aku ada maruah diri. Family aku orang baik2. Dan aku sedar masatu, couple hanya akan menjerumuskan aku ke banyak benda tak elok. Tula kalau layan nafsu. Kawan2 ada bf. Kita sibuk nak ada bf. Padahal kenal sangat dengan lelaki tu pun tidak. Nasib Allah bagi musibah sebegitu pada aku. Supaya aku sedar dan tak terus leka. Malam tu, selepas kejadian kami dikepung oleh mat rempit, aku terus mintak putus. Aku trauma. Dengan lelaki tu, dengan mat rempit, dengan motor. Beria jugak lelaki tu pujuk aku. Aku nekad. Baru 3 bulan couple. Dating baru dua kali. Dah berani nak ajak aku buat bukan2. Aku malu dengan Allah, parent aku, adik beradik, saudara mara aku. Betul2 aku trauma. Sampai aku tak boleh dengar bunyi motor sangat lama. Aku terus rasa kecut perut. Ya silap aku. Aku akui ikut lelaki tu dan percaya dia. Aku belajar dari kesilapan aku. Manusia belajar dari kesilapan kan?.
Kejadian kedua masa aku degree. Aku sedang berada di depan apartment aku untuk tunggu kawan baik aku. Kami dah janji nak dinner sama2. So aku berseorangan depan apartment sambil tengok notor kereta lalu lalang. Tiba2 dapat text dari kawan aku kata dia dah hampir sampai and dia minta aku ke seberang jalan supaya mudah dia pickup aku. Aku pun menurutkan kata kawan aku dan melintas jalan seorang diri. Elok aku sampai je seberang, aku nampak bayang2 macam mengejar aku. Terus aku pusing dan aku nampak seorang lelaki mat salleh sedang mengejar aku. Aku terdiam, terkaku taktau nak lari ke mana sebab terkejut. Mat salleh tu senyum, dan hulurkan tangan utk salam dan kenalkan dirinya bernama Patrick dari US dan dia di sini atas urusan kerja. Aku bayang Patrick Star je masa dia ckap nama dia Patrick tu. Dia tinggal di service apartment belakang apartment aku tinggal. No wonder situ mmg banyak expat tinggal. So since he seems nice, aku layankan dia sembang. Dia berminat nak berkenalan dengan aku sebab dia nampak aku melintas jalan dia macam star struck. Kah3. Aku tergelak. First time dapat ayat gitu. And he gave me his number and dia mintak number aku. Then dia ajak aku dinner. Aku tolak sebab aku dah nak keluar dengan kawan aku kan. So he said okay maybe next time and tak lama tu kawan aku sampai. Malam tu aku dapat text dari dia and dia cakap esok nak ajak aku dinner. Aku cakap tengok la camne. And then we stop texting. Then start malam tu, aku jadi teramat rindu pada Patrick tu. Aku tak text dia. Tapi aku jadi keliru. Aku rasa macam nak sangat kat Patrick tu. Padahal we rarely talk. I barely can see his face masa dia kejar aku tu. And aku taktau anything pasal dia melainkan apa yg dia bagitau aku pada malam tu. Bangun pagi tu aku check phone kot2 ada text dari Patrick. None. Aku kecewa. Aku sedih sangat. So aku siap2 ke kelas and kat kelas aku bagitau kawan aku yang aku dinner malam aku jumpa Patrick tu. Terus kawan aku ambik phone aku, and patahkan simcard aku. Dia ajak aku beli simcard baru lepas kelas. Aku agak marah dengan kawan aku tapi aku macan merelakan dia patahkan simcard aku. Masatu aku memang blur habis. So memang aku tak ingat number si Patrick ni. Memang terputus terus la medium hubungan aku dan Patrick. Dah lama tu aku dah okay, aku terbaca di socmed mengenai taktik warga asing cari gadis Malaysia untuk dikambing hitamkan bawak dadah. Terus aku teringat Patrick Star tu. Thanks to my best friend. Kalau dia xpatahkan simcard aku tu….
Ada a few lagi aku akan pendekkan sebab dah panjang sangat kan. Masa aku kerja. Aku selalu ambil teksi untuk balik. Selalunya aku guna apps MyTeksi. Masatu Uber baru je nak naik. So aku akan tunggu di bus stop depan kompleks bangunan pejabat aku. Haritu tah kenapa aku sorang je. And tiba2 ada satu kereta berhenti betul2 depa busstop and panggil aku. Being naive kan, aku pun bergerak ke kereta tu tapi aku duduk jauh. Ada dua lelaki dalam kereta and dorang bertanya jalan ke bangunan KWSP. Tapi slang Indonesia. Aku positif je la orang Sabah kot. Aku layankan tapi soalan dorang ni berulang2 and keep on panggil aku mendekat. Aku buat dono je. Aku tak terpikir bukan2 masa tu. Tapi memang hati aku xnak dekat dengan kereta. Tiba2 ramai pulak orang turun tunggu teksi dan bas di busstop tu. Mamat berdua tu tengok dah ramai. Yang tengah sembang dengan aku tu terus bagi hint ke rakan sebelah and ajak blah. Dorang blah gitu je tinggal aku. Aku pun okey je la terus ke busstop balik tgu teksi aku. So few weeks later aku found out masatu banyak kes perempuan kena tarik masuk kereta and dirogol. Terus aku teringat kejadian dua lelaki indon tu. Damn. Kenapa aku ni bodoh sgt…
Girls out there. Tolong jangan naive sangat dan blur sangat. And tolong syak wasangka dengan semua orang sekeliling. Kita taktau siapa yang ada niat tak baik ke atas kita. Even orang yang kita dah kenal pun, tak mustahil ada niat jahat kalau ada peluang. And please pergi mana2 berteman. Kalau balik naik teksi atau grab ataububer, lepas buat tempahan th selalunya akan keluar info spt nama, gambar dan nombor teksi, sila screenshot and send ke housemate ke, bf ke, parent ke, sibling ke. Bagitay dorang, yang korang dah nak balik kerja naik uber ni bersama pemandu ni. Anything happen senang nak track. And maybe ada kejadian di atas hanya aku yang bersangka buruk, tapi in case tak, tak ke naya aku jadi mangsa? Jadi tak salah sentiasa berhati2 dan bersyak wasangka terhadap orang sekeliling kan..
Sekian.. wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
– Yaya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit