Random confession – 1:15 AM

Random confession

Assalamualaikum dunia. Thanks admin for approving my not so important confession.

Firstly nak mintak maaf sebab menyibuk dekat page korang ni wahai warga iium sebab aku bukan student uia pon. Selama ni silent reader je. Tetiba harini teringin nak menulis pulak.

Lately ni banyak betul kisah kawen aku baca kat sini. Nak kawen tak ada calon la, nak kawen tak cukup ongkos la haih macam macam korang ni. Tapi takpe ada niat nak mendirikan masjid dah bagus dah tu.At least korang dah ada ultimate goal giteu. Bagi aku, kawen tak termasuk dalam list kemahuan hidup lagi setakat ni. Aku nak kerja apa pon tak fikir lagi hoih.Nak belajar pon malas hmm. Fyi, aku ni scholar mara yang tengah buat preparation nak fly.

Bulan 5 ni aku ada exam besar yang kalau tak lepas points makanya selamat tinggal la impian ku nak fly. Masalahnya aku tak ada feeling & semangat nak study macam kawan kawan yang lain. Parents aku pulak jenis happy go lucky tak pernah nak push aku langsung. Tapi, alhamdulillah dengan usaha yg sikit, result exam aku sebelum sebelum ni okay jugak la. Hmmm, entahla weh semakin lama aku kat kolej ni aku dah makin malas nak buat apa apa pon. Pergi surau pon dah kurang sebab entah macam berat gila kaki nak melangkah.Nak kemas rumah pon dah tak ada semangat sebab housemate semua suka buat sepah aku sorang aje yang menyapu nyee. Heh maroh ni maroh.

Subjek major aku pon aku kurang minat sebab macam sastera sikit. Aku ingatkan best la dapat lari dari science stream sebab aku nyampah betul dengan Bio. Sekali dapat subjek major aku pon lebih kurang je. Sedih betul hidup T.T .Aku pon just go with the flow aje la manatau ini yg terbaik untuk aku. Huhu.So, adik adik junior lepasan spm nanti pilih kos betul betul tau jangan main sebat je. Eh terbagi nasihat pulak. Itu je nak bebel. Doakan aku bersemangat balik nak study dan dapat 15/15 points dan lepas semua requirement Mara . Amin. Aku pon nak merasa jejak kaki kat uk nun sebab kalau nak pergi sendiri memang idok ler teman mampu. *nangis kat bucu katil*

Segala kutukan, kecaman serta nasihat saya terima dengan redho ;)

– Siti random

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *