Newsfeed
Assalamualaikum Min. Harap sudi approve confession ini.
Aku ni dekat FB suka add orang yang selalu post info agama. Dengan cara ni everytime aku buka FB, newsfeed aku penuh dengan post agama dan secara tak langsung aku dapat banyak maklumat baru.
New strategy untuk dapat info sebab aku ni memanjang busy. Mula-mula memang best la sebab post mereka ni pasal akhirat, jihad, mati syahid dan etc.
Lama-kelamaan, aku nampak perubahan post tu. Kau bayangkan dari awal newsfeed sampai ke sudah semua pasal nikah. Contoh dekat sini “kepada Zaujah ku”, “mencari tulang rusuk kiri”, “Buat bakal imamku”.
Itu belum masuk yang recently baru bernikah. “Abang, moga perkahwinan kita kekal hingga ke jannah”, “Saya dah jumpa tulang rusuk kiri”, “My first day of marriage life”, “rindu abang”.
Kalau nak announce kata dah kahwin aku okay. Ini sampai ke honeymoon pun nak post. haila haila.
Aku ni jahat mula la otak merewang. Dah meroyan kah mereka ni. Serius geli kau tau. Gambar bukan main daring lagi dia letak. Peluk macam kulit dah bercantum. Tau lah dah halal, tahan la sikit gatal tu sebelum kahwin boleh je tahan nafsu apasal lepas kahwin nafsu makin menjadi-jadi ni.
Nak tunjuk kat dunia kata “# aku seorang ja yang ada suami/isteri!” Ke apa?.
Bila dah mengandung lagi la, kalau boleh nak ambik gambar tunjuk perubahan bentuk badan dari hari ke hari plus status about first trimester, morning sickness. Sista, brotha sila cuba jaga sikit keterujaan anda cause maybe one of the readers ni adalah orang yang cuba berkali-kali nak dapat anak tapi takde rezeki. Apa dia rasa?
Aku ni bukan tak bagi post tapi bila dah Overrrr sangat naik menyampah la jugak.
Jaga perasaan orang lain sama. Apa kata kebahagiaan suami isteri tu hangpa simpan untuk hangpa ja. Tak perlu menghebahkan dekat semua. Satgi orang cemuih hantaq sihir pemisah ka apa baru hangpa tau. Kontrol, kontrol okay.
– Swush