Allah tutup aib
Assalamualaikum. Btw, Terima kasih kak min kalau approve confession ni.
Dulu aku bukanlah solat jenis tip top banyak ngelat . Perangai pun nauzubillah. Tapi Allah masih tutup aib tu. Orang sekeliling masih anggap aku ni baik semua. Sedangkan aku tau perangai aku macam mana.
Sampailah aku sambung belajar ke sebuah ipta ni . Aku tak pernah berpisah dgn parents jujur time tu macam2 aku rasa . Aku takut aku hanyut bila dah bergaul dgn macam2 ragam manusia. Tambah2 perangai aku pun dah boleh tahan syaiton nya haha. Tapi Alhamdulillah, sebenarnya di ipta nilah aku banyak berubah. Banyak benda yang buat diri ni utk berubah.
Terutama nya roomate aku. Tengok dia aku terbayang diri aku. perangai tingkah laku dia sama macam aku. Sedih. Dia macam cerminan utk aku. Aku jadi terfikir kenapa lah selama ni aku tak tenang. Ada je yg tak kena dgn aku.
Dari situ aku mula berubah. Allah jaga lagi aib aku..time ni rasa diri ni kerdil sangat atas bumi Allah yang besar ni. Roomate aku kawan aku ingat aku ni dari keluarga alim2. Yelah solat tak tinggal semua . Pakaian tutup aurat. Menangis lagi aku. Rasa dosa dgn umi ayah. Sedangkan aku baru je berubah.Aku jadi malu bila dilabel macamtu. Hmm
Hari demi hari aku pun slow2 ajak roomate aku tu berubah. Alhamdulillah dia pun terima ajakn aku dgn baik. Sampailah skrg kami dah sem 3 pun.Yang mana kita rasa salah kita saling tegur menegur.
Allah. bahagia nya rasa dengan kehidupan skrg berbanding dulu. Dulu jahat tak bermakna jahat selamanya. Doakan kami terus istiqamah kawan2 semua. Doa kalian amat bermakna
– Nadzirah