Pusaka

Salam sejahtera para pembaca. Terima kasih min kalau oublish. Baca tajuk mesti boleh agak confession tentang apa. Pusaka, ya harta pusaka ni sangat berhantu. Boleh memecahbelahkan keluarga yang sebelumnya sangat bahagia dan rapat hubungan kekeluargaannya dalam sekelip mata sahaja. Aku tak berapa tau sangat tentang cara pembahagian harta mengikut Islam so i’m not going to touch on that. Yang ingin aku sampaikan disini mungkin banyak juga berlaku di kalangan masyarakat kita.

Contoh yang aku gunakan ialah kisah benar yang terjadi dalam keluarga sendiri dan keluarga sebelah suami.Keluargaku bukanlah sebuah keluarga yang kaya tapi mencukupi dan selesa. Kedua ibu bapa mampu menyara kami adik-beradik sehingga ke universiti. Ayahku sering berpesan yang dia tak ada harta untuk diwariskan pada anak-anak kecuali ilmu dan sedikit wang ringgit yang dia simpan dalam akaun tabungan setiap seorang sejak kecil. Selalu dia cakap nanti bila dah mula bekerja, gunala duit simpanan tu untuk mulakan hidup dewasa atau hidup berkeluarga contohnya deposit rumah ke atau deposit kereta.

Selepas ayah pergi pun, memang wang ringgit dia sendiri yang ditinggalkan tak banyak dan kami sepakat menderma sahaja duit peninggalan ayah sebagai bekalan pahala ayah. Aset pula hanyalah sebuah rumah kos sederhana yang sedari awal ayah dah pesan nak bagi kepada abangku yang kelainan upaya dan belajarnya tidak tinggi. Kami adik beradik yang lain memang berlapang dada dengan keputusan ayah. Sedikit pun tidak terlintas di fikiran kami yang ayah tidak adil kerana mewariskan rumahnya kepada abangku. Sebegitu sekali kami telah dididik dan dipesan sejak awal sehinggakan bila dah dewasa dan ayah telah pergi, tidak wujud antara kami akan perebutan harta pusaka peninggalan ayah. Mungkin ada yang berpendapat yang harta ayah tak banyak sebab tu tak berebut tapi saya pernah dengar yang peninggalan sebiji motor pun jadi rebutan. Ya, saya bersyukur. Apatah lagi, membesar dengan melihat adik-beradik sebelah ayah dan ibu sendiri berpecah belah berebutkan harta. Alhamdulillah tidak terjadi pada kami.

Lain pula dengan keluarga sebelah suami. Mentuaku boleh dikatakan berharta. Anak pun ramai. Bila dah ramai-ramai mestilah ada anak kesayangan. Semakin anak-anak membesar, semakin mereka sedar akan ketidak adilan layanan kedua ibu bapa pada anak-anak. Mentuaku sering juga ajak suami dan anak-anaknya yang lain berbincang tentang pembahagian asetnya, manalah tau jika ditakdirkan dia pergi dulu. Tapi walaupun dah berkali-kali bincang, masih tiada sebarang tindakan kerana aku tau dia sendiri sedar yang cara yang hendak dibahagikan asetnya tu adalah mengikut tahap “favourite”nya jadi anak-anak pasti tidak bersetuju.

Terbaru, dia memberikan sebuah rumah teres kepada anak kesayangannya dan memberitahu kepada anak-anak yang lain jika sesuatu terjadi padanya, rumah itu tidak boleh dituntut sebagai salah satu pusakanya kerana dia sememangnya memberikan rumah itu sebagai hadiah pada anak yang satu ini (semua tau ini anak kesayangannya). Katanya, jangan ditanya kenapa, itu adalah keputusannya. Aku melihat ini sebagai ‘ticking bomb’ kerana sedari awal sudah ada favouritism di kalangan anak-anak sehinggakan pembahagian harta juga sudah jelas-jelas tidak adil dan tidak pula diterangkan pada anak-anak lain rasional tindakannya kerana baginya dia berhak melakukan apa sahaja pada hartanya. Tetapi akibatnya, walaupun mentua masih ada, di kalangan anak-anak sudah bermasam muka dan tidak bertegur. Bayangkan apa yang akan terjadi jika ditakdirkan mentua pergi dulu dan meninggalkan hartanya yang banyak itu tanpa pembahagian yang adil . Suami sudah berpesan kepada ibu bapanya, jika nantinya terjadi perebutan harta pusaka sehingga berpecah belah keluarga mereka, puncanya ialah dari kedua ibu bapa sendiri yang tidak adil.

Jadi, nasihatku di sini, berlaku adillah kepada anak-anak. Pasti di hati kita ada yang lebih kita sayangi tapi sebolehnya janganlah terlalu ditunjukkan. Harta yang sedikit atau banyak itu biarlah ada penama tetapi juga seadil mungkin supaya tidak terjadi perebutan dan pertelingkahan. Untuk berlaku adil itu memang susah tapi untuk menjadi sangat tidak adil itu mudah saja. Tidak tenang nanti kita di sana kalau anak-anak berebutkan harta peninggalan kita. Kita kerja susah payah pun untuk menyenangkan keluarga kita kan,? tetapi kenapa akhirnya hasil penat lelah kita itu yang memecahbelahkan keluarga?

– Melody

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit