Assalamualaikum admin, terima kasih kalau posting saya di approve untuk menjadi bacaan readers IIUM. Untuk pengetahuan readers hujung bulan ni masuk setahun saya mendirikan rumah tangga. Saya berumur 23 tahun manakala suami 26 tahun, kami berdua pun masih dalam proses mengenali diri masing-masing memandangkan kami tak bercinta terlalu lama, hanya bersuai kenal beberapa bulan, terus bertunang sebulan dan kahwin.
Dalam tempoh hampir setahun macam-macam jugak naik turun ujian yang terpaksa di tempuh sama ada bersama mahupun sendirian, bukan bahagia sahaja yang mendatang, fasa honeymoon sebolehnya sudah tiada. Tetapi saya tetap bersyukur walaupun ada tindak tanduk pasangan yang kurang disukai tetap saya cuma faham dan terima hasil daripada pembacaan di medium media sosial mahupun buku-buku.
Saya suka membaca, banyak buku ilmiah saya baca, tak lupa juga berita, confession di iium memang sentiasa baca (hanya sekadar silent reader), dan KRT pun saya rajin baca juga. Ramai cakap tak elok baca KRT ni sebab nanti akan timbulkan sifat negative terhadap lelaki atau suami. Tapi tidak pada saya, setiap kali saya baca kisah hidup seseorang atau perjalana rumah tangga seseorang, saya akan rasa bersyukur dengan ujian yang menimpa saya kerana selalunya kisah-kisah yang di siarkan di KRT mahupun mana-mana confession sangat berat ujian mereka berbanding diri saya. Selain tu, melalui pembacaan tersebut dapat saya ambil pengajaran untuk memperbaiki diri dengan lebih baik sama ada dari segi menjadi seorang isteri mahupun menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Saya rasa kita yang mencorakkan pemikiran kita tak kira walau apa pun yang mendatang di fikiran kita. Kalau kita ambil sebagai positif, maka ia akan menjadi positif dan sebalikknya. Setiap kali saya membaca post yang kurang enak seperti tuan post diuji dengan ujian yang sangat berat, saya cuma beristigfar dan mendoakan agar kehidupan tuan post agar lebih baik dan bahagia di masa mendatang walaupun saya tidak mengenali tuan post tersebut tetapi saya ambil kisah dia sebagai salah satu pengalaman & pengajaran untuk kehidupan saya. Lagipun mendoakan seseorang muslim adalah lebih baik daripada mengecam dia kan?
Jadi saya harap readers sekali buang lah judgemental terhadap perjalan hidup seseorang, dan hormati kehidupan masing-masing. Sebagai sesama muslim kita patut mendoakan instead of mengecam dan menjadi batu api atau meninggalkan komen yang tidak sewajarnya di posting sesuatu confession. Apa yang kita suarakan di media sosial mencerminkan siapa diri kita, jadi sebolehnya jika tiada faedah untuk kita bicara, maka diamkan saja, tak perlu menjadi keyboard worrior dan mempertikai kehidupan seseorang kerana kita sendiri tidak mengenalinya. Sekian kasih kerana sudi membaca confession saya.
– Nina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit