Kenapa Kelakar Sangat?
Aku follow kisah cikna sejak adik ipar dia confess sampai suami dia sendiri yg confess. Aku senyum sorang2 fikir character Ana tu. Memang unik. Aku pun ada kawan yg perangai unik jugak. Tapi version lain la. Nama dia Ani bukan Ana.
Ani berisi dan gelap sedikit. Dulu dia boyish tapi sekarang dah feminin. Kulit dia flawless dan mungkin beza sikit dengan Ana. Walaupun rupa dia tak berapa cantik, tapi semua orang senang dgn dia. Kalau dia masuk mana2 kelab mesti dapat jawatan. Then pergi mana2 kalau ada budak2 je semua suka bertempek dekat dia. Dia tahu handle. Kalau pergi raya pulak, dia pandai bersembang dan layan parents kawan2 dia (termasuk parents aku). Belum cerita lagi kalau pergi kedai makan yg kitorang selalu pergi. Sampai makcik tu pun suka dia and nak buat dia jadi menantu. Huhu aku tak tahu la apa yg ada dengan Ani ni sampai apa yg dia buat semua kelakar. Sampai adik aku pun suka gelakkan dia walaupun cuma tengok cara dia menguap. Tu belum cerita lagi kalau dia makan coklat lekat2 kat gigi. Pastu dia buat suara Nasir Bilal Khan dengan dialognya "pakcik dah lama….." dengan terketar2 kepala dan parkinson tangannya.
Kalau pergi klcc ternampak foreigner mat salleh mata biru, mula lah dia cakap tu pakcik dia. Pastu acah2 jalan kat belakang and speaking mat salleh. Ah rasa nak picit2 je lemak lengan dia. Kau tu brown bukan white! Haha tapi kitorang pergi klcc bukan shopping. Tak mampu dek. Cuma sebab jumpa kawan and urusan kerja.
Paling menakjubkan Ani boleh ajuk macam2 bahasa. Paling lawak bahasa urdu (hindustan) dgn tagalog. Ya allah menangis2 aku gelak. Belum lagi cerita kalau kat rumah. Dia angkat kain dia sikit, beliakkan bijik mata, gigit lidah dan angkat botol (macam dalam filem tamil time dorang gaduh tunjuk parang). Peh kebolehan menghiburkan orang dia ni sejak sekolah lagi. Ani walaupun kelakar, tapi hidup dia penuh dengan adab. Aku tak pernah dengar dia kentut depan aku. Atau dengar dia berkasar atau tengking2 kawan dia. Bukan hot temper senang cerita.
Ani suka aktiviti back to nature / outdoor. Kalau free, kitorang pergi hiking, jungle tracking, mandi sungai, piknik, bawak bekal. Paling selalu pergi titiwangsa dan bukit cerakah. Asalkan bukan shopping mall katanya. Nak jimat.
Aku boleh kategorikan Ani sebagai seorang peace maker. Kalau ada apa2 aku akan share kat dia. Dia tahu macam mana nak comfort orang dan jarang condemn orang. Kalau dia ada problem or tak puas hati with anyone mesti dia tak kan sebut nama (sebab nak jaga aib orang).
Aku bukan la nak promote kawan, tapi kualiti kawan macam ni susah nak dapat kat mana2. Ye, aku lah yg confess Partner In Crime tu dulu (sorry tukar nama dia sebab nama Anne tu extreme modern sangat hihi) sekarang aku dengan Ani dah macam kembar. Kalau pergi mana2 mesti kebetulan baju colour sama. Tak baju, tudung. Ada je la yg samanya. Chemistry kuat sangat padahal tak berjanji pun.
Aku selalu sindir kata taste dia tak ada dalam Malaysia, padahal sebenarnya orang Malaysia tak nak kat dia (maybe). Ani tak pernah bercinta dan mungkin dia tak menarik pada pandangan lelaki (dia pun jenis yg tak approach lelaki). Tapi bagi aku dia sangat menarik. Sampai aku pernah cakap, kalau aku ada abang, aku nak dia kahwin dgn abang aku. Kawan lelaki aku pun pernah cakap Ani ada rupa and character yg comel tapi maybe sebab saiz dia kot. Aku rasa lagi best kawan dgn orang kelakar dan kurang cantik sebab dia selalu jadi diri sendiri. Kalau ada yg nak bayang Ani macam mana, tengok Fiza Sabjahan (pengacara whi). Tak ada lah gemuk sangat kan?
Yg komen hari tu nak kenal dia, aku betul2 nak pm korang ni. Aku dah luluskan (termasuk mak ayah dia) kalau dia nak kenal dgn mana2 lelaki sebab hujung tahun ni dia konvo. Sampai bila aku nak jaga pakai minum dia. Peaceee
– Rosalinda Ayamo