Gadis baik datang dari lelaki yang baik :)
Bismillahirrahmanirrahim and Assalamualaikum all. First of all, thanks admin bcs approve my confession. Okay, this story is based on my experience. Ini betul betul, bukan cobaan ye anak anak. Hehe. Aku ni act tak la lawa mana pun, hodoh kod aku rasa, dah la mata sepet (mixed chinese punya pasal) then kulit gelap sbb slalu buat outdoor activity then gemok (almost obese) pulak tu. Bukan fizikal ja tak lawa, dalaman aku pun tak lawa. Aku tak suka stay dekat rumah mcm anak gadis lain. Kerja aku keluar melepak sampai ke pagi kekadang sampai lupa jalan balik rumah la kata engko. Ceritanya bermula selepas aku join kem kebangsaan untuk satu unit beruniform ni. Rasanya aku tak perlu mention lah kod uniform apa. Masa kem ni kami dikehendaki untuk gabung sekolah dan bekerjasama untuk lawan negeri negeri lain. Alah, bagi aku tu semua perkara biasa but then aku ni jenis pendiam sikit. Aku actually ada phobia dengan lelaki. Aku jadi huru hara and liar pun sebab laki. Dulu zaman bodoh bodoh sebelum aku join that uniform, aku pernah la bercinta dengan seorang hamba Allah ni yang digelar lelaki. Disebabkan aku ni gemok + hodoh + hitam +++ aku ni jadi personal bank dia. Dia stay dgan aku pun semata mata untuk duit. Eh, dia budak kampung aku kod! Kalau dia takda duit, mula la dia nak mengayat habis sampai aku sanggup bagi duit dekat dia walaupun hakikatnya aku ni bukan berduit sangat pun tapi sebab kebodohan aku ni aku bagi la jugak. One day, dia terkantoi dengan aku when i saw him dating with other girl and my friends also told me that the girl is his girlfriend. He never confess that i am his girlfriend at all. Kau rase? Aku tak mampu kata apa apa, then aku just let it go. Aku berundur. Yelah, sapa la aku nak lawan perempuan lawa + kurus tu even our relay is almost 3 years plus. Aku tak buat benda bodoh act. Aku just nangis untuk sehari lepas tu let by gone be by gone but act bagi aku nangis tu pun kerja bodoh kod. Sikit pun aku tak tuntut apa yang aku dah bagi dekat dia. Then aku stay single for some months until a new guy come into my life. Aku ingatkan dia ikhlas but still the same. Semua disebabkan DUIT! Haih, memang nasib orang tak lawa ni mcm ni kod. After break off with that guy, dia boleh pulak mengutuk aku dekat cousin dia. Eh, hello man! Sikit pun aku tak minta duit kau tahu? Aku sedar aku ni siapa but then kau tak payah la nak mengutuk aku serupa kau tu handsome sangat kan. Handsome lagi kucing aku dekat rumah tu haa. Okay, after that guy, aku jadi makin teruk. Well, sekolah hanyalah tempat untuk aku enjoy. Sikit pun aku tak rasa macam nak study. Bodoh betul aku ni bila fikirkan balik. Then time by time goes on, aku terpesong ke arah yang tak sepatutnya. Ingatkan dengan pengkid ni boleh la aku bahagia tapi sama jugak. Kalau kata nak curang tu curang jugak so baru aku faham. Laki tak semua setia and girls pun tak semua setia jugak. Lepas hidup aku dah tunggang langgang and huru hara sampai aku takda hala tuju, aku pun stay single and try to move on. Masa tu aku tak terlintas untuk ubah diri aku pun. Bagi aku itu semua tak penting, kalau aku ubah sekalipun orang pijak aku jugak kan? So for what? After aku dah habis spm and bla bla bla, aku act accident and aku patah tangan. Finally, Allah nak ajar aku untuk jadi orang yang bersyukur and Dia nak ajar aku jadi anak gadis (mungkin) sebab aku terkurung di rumah selama 3 bulan. Dah sembuh pun still kena kurung sebab moto dah kena jual (sob.. sob..) Then masa aku tengah honeymoon dengan simen dekat tangan aku tu, one guy contact aku at WeChat. As usual aku layan endah tak endah je sebab aku kan ada phobia dengan laki. That phobia exist until now act. Bila aku jumpa laki je, auto aku akan tunduk pandang belah lain. If nak kena cakap pun aku akan usaha untuk suruh orang lain yang cakap kecuali kalau aku dah tahap geram baru aku keluarkan suara. Okay, back to the story, then aku tanya la laki tu mana dia dapat aku punya ID. Well, tak semua orang aku bagi ID WeChat tu. Dia dengan selamber jawab dalam FB. Hah! Sah aku kenal mamat ni kan. Bila dia cerita yang dia budak kem kebangsaan sama dengan aku tu baru aku sedar yang deni act kawan lama aku. Harapan aku untuk dapatkan dia? Memang tak ahh derr. Aku ni hodoh kod. Dia tu macho doh. Orang kata muka dia macam Fad Bocey. Bagi korang tak macho ah tapi bagi aku dia handsome and macho. Then chat punya chat, tetiba dia confess yang dia suka aku dari kem kebangsaan sebab tu dia cari aku ja memanjang bila habis kem. Tapi ko rasa aku percaya tak? HAHA! Of course le idok sebab aku dah pernah dipermainkan oleh lelaki. Tapi aku tak kejam, aku still bagi peluang untuk dia. Aku cuba terima dia walaupun dulu mmg aku crush dekat dia tapi lepas aku stalk FB dia lepas kem, crush tu jadi crash sbb aku nampak dia ada relay dengan perempuan mana tah. Dia lah permulaan untuk aku berubah. Dia larang aku buat macam macam. Dia control aku berkawan. Batas pergaulan. Batas keluar. Segala batas lah. Tegur aku bila aku pakai baju yang sendat. Tegur suruh aku solat. Tegur aku suruh aku stop makan makanan yang cepat terhidang and macam macam lah dia buat. Tapi masalahnya aku ni jenis tak makan saman. Kau saman lah aku berjuta kali pun aku buat bodoh je macam kau tu tak wujud depan aku. Lepas beberapa bulan aku tinggalkan dia sebab aku lebih percayakan kawan aku dari dia. Yela dia belajar jauh. Aku ni dekat Utara dia dekat Barat Daya. Fuh! Jauh tu! Tapi lepas aku tinggalkan dia, aku ingatkan aku mampu bahagia tapi hakikatnya tidak doh! Aku dah sayangkan dia tapi aku buta tak nampak. Lepas beberapa bulan (on his birth date) dia pujuk aku balik untuk terima dia tapi hakikatnya aku yang sepatutnya pujuk dia terima aku. Then aku just cabar dia yang kalau betul dia sayangkan aku and nak buat aku as bini dia, dia kena datang jumpa mak and bonzer (abang sulung) aku dulu. Kau rase ape dia buat? Haaaaaa, meh nak cerita, the next day, dia datang rumah aku ALONE and jumpa dengan mak aku and abang aku untuk minta restu. Aku terkaku act masa tu, aku tak sangka laki ni betul betul ikhlas. Aku ingatkan dia main main. Yela orang perempuan ni bila dia dah hilang kepercayaan dekat lelaki, dia akan rasa curiga dengan apa yang laki lain cakap walaupun laki tu tak pernah buat salah dekat dia (perempuan). Then tak sangka mak aku dengan abang aku setuju. Bila bawak jumpa abah pun dia setuju. Mandrem apa yang dia pakai pun tak tahu. HAHA! (joking) Lepas semua orang dah setuju aku pun cuba lah untuk setuju jadi milik dia. Aku cuba ikut permintaan dia untuk berubah sedikit demi sedikit. Sejujurnya aku memang tak pandai memasak tapi dia bagi semangat untuk aku belajar memasak. See guys? Kau jangan tanya mana perempuan baik untuk kau jadikan bini, kau kena usaha untuk jadikan perempuan tu baik. Kalau asyik harapkan yang baik je, habistu sapa nak ubah perempuan perempuan yang dah hancur disebabkan lelaki? Alhamdulillah aku dapat lelaki yang sanggup tahan perangai tak matang aku ni. Susah sama sama and senang pun sama sama. Dia tolong aku and aku tolong dia. Orang nampak kebahagiaan kita ja memanjang tapi nak capai kebahagiaan tu kena ada usaha and didikan. Kalau perempuan memang tak mampu nak ubahkan lelaki sebab lelaki ni walaupun ada 1 nafsu and 9 akal, degil dia tu nauzubillah teruknya. Perempuan ni seteruk teruk mana pun dia kalau kau ikhlas untuk terima dia and kau tunjuk kesungguhan kau, dia masih lagi mampu dilentur. Percayalah, gadis yang baik datangnya dari lelaki yang baik :) Aku sangat bersyukur lepas apa yang aku hadapi and walaupun aku tak lawa macam perempuan lain, ada jugak laki yang ikhlas terima aku and kami pun dah otw nak nikah next year (2017). HAHA! Lambat lagi tapi bagi aku masa tu akan berlalu dengan pantas bila stay dengan dia. Sekarang, aku still lagi perlu ubah sisa sisa yang buruk aku untuk jadi lebih cantik. Dulu aku yang gemok, sekarang sama sama gemok :) Apa pun, thanks untuk membaca guys. Doakan kami selamat ke jinjang pelamin dan seterusnya ke anak cucu ye. :) Assalamualaikum :)
– _totorororo