AKU YANG SERBA SALAH – 1:11 PM

AKU YANG SERBA SALAH

Assalamualaikum semua, Firstly thanks admin sebab siarkan confession saya. saya nak tanya pendapat reader, saya ada seorang housemate yang suka sangat berhutang dengan saya.. mostly hutang semasa makan bersama-sama kat kedai ataupun bila saya keluar beli makan dia akan kirimkan makanan kat saya. the problem is dia tak pernah bayar balik duit makanan-makanan tu, saya tak rasa dia terlupa sebab selalu sangat dan saya sangat lah tak sampai hati nak mintak sebab dia baik dengan saya. jujurnya saya tak kisah dan bukannya berkira sangat bab-bab makanan ni. sebab saya anggap itu sedekah tapi bila dah selalu sangat sampai niat tu dah lain, rasa macam dia melebih-lebih sangat. nak pulak beberapa bulan lagi saya nak kahwin so memang banyak nak pakai duit. saya makan pun bajet rm10 je sehari sebab nak simpan tapi bila jadi macamni saya punya bajet simpanan dah lari (boleh kata hari-hari).. sekarang memandangkan saya jarang keluar beli makan, kwn saya tu keluar beli makan sendiri, saya cuba dapatkan hutang saya balik dengan kirim makanan kat dia dan saya tak bayar balik (buat sama macam dia buat pada saya). saya nak kan kepastian, apakah hukum hutang makanan saya tu bila saya sengaja tak bayar balik semata-mata nak kurangkan hutang dia dengan saya sampai habis tanpa pengetahuan dia? haram tak makanan saya tu?

– Miss F

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *