Sha

Assalamualaikum,
Aku ada seorang kawan baik,nama pendeknya Sha. Kami dah berkawan selama 14 tahun++.Dialah sahabat aku dunia akhirat insyaAllah amin.

Kami dulu berkawan baik sejak sekolah rendah dan disebabkan aku trpaksa berpindah ke lain negeri,kami terpisah. Kami contact pakai phone parents je,agak limited yelah pakai phone org kan. Alkisahnya kami akhirnya dapat berjumpa balik bila aku turun melawat dia selepas 7 tahun berpisah.masa first time jumpa tu,aku peluk dia erat².Yelah dah 7 tahun xjmpa kan,sebelum ni main pos² surat je.Dia pun dah dekat sma tinggi dgn aku.Kalau tak aku tinggi lagi dari dia.Huhu.Aku hepi gila dapat jumpa dia.Rindu best friend tak sma dgn rindu bf/gf tauu. Lepas tiga hari menumpang kat rumah dia,aku pun balik rumah aku. Aku igt lagi aku nangis dlm bas waktu balik tu sbb teringat semua kenangan aku dgn dia otw balik tu.Rindu sgt.
Okey sebenarnya itu intro je. Huhu jgn marah.

Apa yg aku nk cerita pasal Sha ni disebalik hubungan erat kami sebagai shabat,sebenarnya dia ni hebat kat mata aku.Aku xpernah nak rasa cakap yg xbaik pasal dia ( u know kdg² dgn kwan baik kita sendiri pun kita ckp buruk kan huhu) tapi Sha lain. Dia dahlah cantik,putih,mata original coklat ,dulu waktu sekolah ramai laki suka dia,dahtu lemah lembut,gelak pun tutup mulut.Aku pulak kontra dgn dia ,kulit berjerawat,suka masuk air,kalau gelak tu kalau boleh smpai org dengar.Walaupun berbeza,tapi kami serasi.

Dah cantik,sopan santun,pandai pulak tu . Habis dari asasi, Sha dpt offer biasiswa untuk study overseas,so kami terpisah berapa tahun sbb aku sambung degree dkat sini je.

Dalam pada tu of course lah aku ada berkwan dengan org lain termasuknya gadis² muslimah aka geng usrah. Sejak dri tu aku rajin join usrah,tapi entah knapa aku still rasa mcm xsedia atau terbuka nak berubah sdgkan kak naqibah setiap mggu tanpa gagal pastikan aku hadir setiap kali usrah.

Then,sekali tu wktu cuti sem,aku decide nak lawat Sha sebab dh lama tak jumpa,rindu weh.Dia masa tu pulak dah balik Malaysia untuk summer break. Sha dah jadi wanita muslimah,tudung pun dah labuh since asasi lagi. Dua hari aku stay dekat rumah dia, aku rasa seronok sbb dia jaga kebajikan aku,cakap dgn aku pun lemah lembut,hilang stress aku. Selama dua hari tu, aku selalu perhati akhlak dgn adab dia,sejuk hati aku. Entah mcm mna balik dri rumah dia, aku decide nak berubah. Aku fikir hebatnya akhlak dia sampai mampu sejukkan hati org yg melihat.Nikan Rasullulah dengan Sahabat Nabi dulu²…
Disebabkan tu, aku pun nak jadi org yg mmpu menyejukkan hati org jugak . Gitu….

Bila aku fikir balik, kdg² org lebih terkesan dgn sikap/perlakuan yg baik daripada ceramah atau nasihat. Sha walaupun muslimah,dia xpernah usrahkan aku atau suruh aku solat cepat ke,tudung kena labuh skit ke,atau jgn gelak kuat sgt.Dia terima diri aku seadanya,yg tu kot buat aku tersentuh acececeh.

Sha ni satu ,walaupun dia complete pakej tapi dia merendah diri, dia malu nak tyg gambar dkat FB.insta pun follower dia kaum Hawa je.Walaupun dia dah travel ke Switzerland,England ,Paris,etc tapi dia xpernah upload xnak jadi bahan tarikan lelaki. Ade je kawan laki yg mntak gmbar latest Sha kat aku. Watdehek mmg taklah aku nak bagi.

Bila masing² dah kerja ,bila berjumpa balik mesti dia yg akan dengar cerita aku. Eventhough company tmpt aku kecik, company dia krja tu besar lagi,tapi dia tak ada nak cerita pasal kerja dia unless aku tya. Dia enjoy dgr cerita work life aku yg biasa² ni je.

Kalau dgn dia,aku tak jadi nak cakap benda tak baik, sbb aku perasan dia akan cepat tukar topik atau diam bila aku cerita pasal benda cmtu,e.g: gosip artis hahahahaha.

Dan bagusnya Sha ni,aku bukan nak bandingkan Muslimah lain dgn dia ,tidak. Tapi kalau ada yg terasa,mungkin boleh ambil sbgai nasihat. Sha sgt lain dgn muslimah² skrg ni.Lately selalu tgok Muslimah skrg dah suka tunjuk selfie walaupun dh bersuami, buat tutorial pkai tudung labuh dgn muka korg yg comel tu. Aku yg perempuan tgok pun rasa comel inikan lelaki. Ambil gambar ootd dkt masjid letak caption ‘Sesungguhnya Perempuan yg baik untuk lelaki yg baik’. Lelaki tengok pun suka. Aku bukanlah nak condemn tapi sebab aku tgok sendiri kehidupan Sha,sgt lain dgn certain kwn muslimah aku. Sha terjaga luaran dan hati dia dan aku harap muslimah luar sna pun sma jugak.

Aku rasa beruntung dapat kawan seperti Sha. Aku kdg² bangga smpai cerita pasal Sha dekat kawan aku yg lain huhu. Dan Alhamdulillah dia dah pun berkahwin dan lelaki tu pun lelaki yg baik dan pandai.

Aku sampai terfikir bila dah anak nanti,aku nak anak aku kawan dgn anak Sha.Kelakar kan tapi aku nak anak aku dpt kawan yg baik sma mcm aku berkwan dgn Sha hahaha.

Kadang² Tuhan tu dia hadirkan seseorg dalam hidup kita untuk memberi sesuatu sama ada bahagia ataupun pengajaran dan dgn Sha aku dpt benda tu.

Thank you Sha for always being good friend of mine. 14 years and still counting…. <3

– Kawan Sha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit