sepupu aku
Assalamualaikum readers..
First of all aku nak introduce myself aku ni bukan iium-ian tapi student u selatan yang suka baca iiumc ni Kak admin sila approve ye hihi (kakak kan baik hati, emm tak tahu adminnya lelaki ke perempuan ah nak jugak panggil akak)
Aku ni nak luah sebab tak tahan dah dengam perangai sepupu aku. Bukan nak aibkan cuma nak mintak pendapat macam mana nak tegur sepupu aku ni.. Ceritanya macamni, sepupu aku ni look kahwin awal umur 19 tak silap. Dah dapat anak dah seorang, lelaki. Comel. Okay back to main point, aku tak tahan dengan perangai dia selalu keluar dengan lelaki lain padahal dah ada suami. Suami dia buat bodoh je sebab suami dia ni selalu kena tengking dengan sepupu aku ni. Tiap saat nak bergaduh. Dahni suami dia pulak merajuk berbulan2 balik rumah mertua sepupu aku.
Aku kesian dengan maklong aku (mak sepupu aku ni) sebabnya sepupu aku dahlah tak jaga anak, lepastu tugas jaga anak tu serah dekat mak dia bulat2. Sepupu aku tu perempuan tapi langsung tak buat kerja2 dekat rumah. Memasak tidak, basuh baju pun tidak, kemas rumah pun tidak jauh sekali nak kemas dapur tu (mungkin tulang belakang dia patah kot think positive lah ni). Maknya balik kerja dah kena jaga anak, yang sepupu aku ni sedap je siap2 nak keluar jumpa lelaki lain. Mana aku tahu? Sebab dia yang ceritalah pasal rapat sikitlah kan. Aku tak pernah tahu siapa tapi dia cerita dia ada pasang lainlah belakang suami dia.
Kadang2 tu kesian tengok anak sepupu aku tu orang lain pulak jaga. Dia tak tahu ke orang lain pun ada komitmen lain nak buat. Dia pernah sekali aku main2 dengan anak dia (maklumlah aku tak ada anak buah, adik pun dah besar) masatu mak dia ada dekat rumah. Aku tercengang dia tinggalkan anak dia suruh aku jaga dahlah budak tu tak dikasi makan. Dia kejap2 tengok hp, masuk bilik lepastu siap2 nak keluar. Keluar dahlah tak bagitahu mak dia. Siapa tak bengang kan anak kau kot kaulah jaga bagi makan apa semua.
Dengan rasa kesian aku pun layan je budak tu. Masih umur 8 bulan. Suami dia memang tak berani tegur dia, kakak dia lagilah malas sebab tahu nanti jadi gaduh besar. Mak dia je berani marah. Okaylah aku pun dah pening karang cerita ni. Conclusion is aku nak mintak pendapat readers semua macam mana nak tegur dia ni pasal tak makan saman langsung. Btw tak adalah 100% dia abaikan anak tu..
Thankyou and sorry kalau ada typos
– cik sepupu