Restu – 11:04 PM

Restu

Assalamualaikum, kisah ni panjang, entah akan di approved atau tak, tapi will give it a try ;)

Utk pengenalan aku Y, dia A, basically kami dah bersama 6 tahun dari zaman U lagi.

Dan dah rasa lali dengan fasa bercinta 6 tahun ni, tahun 2014 kami decided nak bawak hubungan ni ke level yg seterusnya which is, tunang atau terus kahwin. A sampaikan hasrat dia ke mak dia, time tu mak dia kata okay. Aku pun semangat lah nak teruskan siap pergi cari kain nak nikah, ibu siap beli baju utk tunang. Then tiba2 mak dia kata tak payah lagi tunggu dulu, since kami dua time tu baru habis study. Okay, tak pe, aku faham, dan sabarlah.

Awal tahun 2015, first time jumpa family dia time dia convo, time tu aku tak pakai tudung lagi, and mungkin silap pilih baju, aku jumpa pakai kebaya(nasihat jangan pakai kebaya kalau nak jumpa bakal mak mertua, heh) lepas beberapa bulan dia convo, dia dapat kerja dia balik ckp nak tunang, mak dia tak bagi, alasannya aku ni sexy, tak pakai tudung. Oh, btw aku dengan dia ni LDR, satu utara satu selatan. Dlm masa yg sama tanpa dia tahu aku dah pakai tudung cuma aku tak nak bagitau dia. Lepas tu aku ikut dia balik kampung jumpa mak, mula2 tu okay sahaja, bila macam dah nak balik aku terdengar mak dia sembang dgn dia pesan "lepas ni nak baliknya, balik seorang, jgn berdua" time tu rasa pedihnya ya Allah, tahan senyum sahaja lah. Sampaikan lagi hasrat kami, alasan seterusnya, aku ni anak "orang senang" sbb aku dah ada kereta, keluarga aku berkemampuan, takut hantaran tinggi…

Aku dah call dan cakap kenapa nak kena dengar cakap org, sedangkan keluarga aku dah kata, suruh family A datang dulu bincang semua baru tetapkan hantaran, dan mak aku sendiri kata "mak tak letak hantaran tinggi utk bakal menantu mak, mak tak jual anak mak" serious cakap harga hantaran tu pun bawah 10k. Alasan mak dia bagi seterusnya, mak dia kata nanti letak murah apa pulak org kata. Tak faham aku kenapa nak kena risau org lain punya perasaan kenapa. Hmph.

Tak pe lah, aku sabar lagi.

Hari demi hari doa kami tak putus utk bersama jadi yg halal antara satu sama lain, ramai kenalan kami tanya bila nak kahwin, bila ditanya serious sedih, akukalau mak dia bagi restu, esok jugak kami kahwin :( kalau korang selalu ckp teringin tgk kitaorg bernikah, apatah lagi kami berdua, hmph.

Dan bila sampaikan hasrat tu ke mak A, je alasan mak tak bagi, Abang A ada bercerai, dia kata nanti kami pun cerai sebab muda (kami dah 25 tahun)/kami jauh nanti suka bergaduh/dan bila family aku sendiri nak pergi jumpa mak A, sebab dah lama sgt tangguh sampai bila nak tunggu sampai mak aku tanya bercinta bukan main lagi lama, A dok datang rumah berkali, rombongan tak sampai2 jugak. Dan mak A dengan senang kata tak payah datang, tunggu je lah.

Aku pernah tanya, sampai bila nak tunggu, dan mak A jawab "sampai bila2"

Jadi, sampai bila aku yg perempuan ni kena tunggu?

*aku mintak maaf kalau cerita ni terlalu pjg ataupun mcm berserabut. Tulis ikut hati & perasaan. Aku mintak maaf utk mak A kalau rasa aku ni merampas anak dia, tak pernah ada niat nak merampas, cuma nak berkongsi kasih sbb tahu dia lelaki yg baik.

– hmph

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *