pengalaman kerja
sebelum jump pada isi berkaitan tajuk yg nk sy smpaikan. mula2, thanks pd yg sudi beri komen pd story sy sebelum ni 'braces oo braces'. gigi sy tak rata, gigi rabbit kt dpan memang menganggu walaupun sy masih boleh tutup mulut, takde gigi berlapis, ada 3 batang gigi susu bhgian bwh mcm nak kena cabut je. lagipun, kalau pandang dari sisi, muka sy mcm mancung. tu yg tak berapa suka sbb tu, sy kata yg harapnya dgn pakai braces, dpt bawa sy ke arah yg lebih positif. takde mancung-mancung, no more gigi rabbit. boleh berkomunikasi dgn org tanpa malu-malu. boleh gelak dlm kelompok org ramai bkn terhad gelak-gelak dpan mak ayah je.
yg penting niat, kan? Tuhan lebih tahu niat seseorang tu. nak menunjuk bila dah pakai braces? bakal ada gigi rata? sy bkn orang yg suka selfie, dlm phone pun, byk gambar kucing, wallpaper dlm lappy pun gmbr belakang sy dukung kucing, kucing je yg pandang kamera. :)
tahniah pd awak-awak yg masih pakai & dah dpt gigi rata bila dh pakai braces. :D
————————–
sy, seorang perempuan & bakal umur 25 tahun bln 10 nnti.
mula2 kerja yg sy buat (lupa masa umur berapa), kedai jual pakaian dlm mall. bertahan utk satu hari je, esoknya terus x dtg. kerjanya biasa la, kemas2 kedai, susun stok baju, layan cust yg datang keluar masuk kedai. tapi, yg tak bolehnya, nak kena beritahu cust baju mana sesuai pd diorang. nak kena puji diorang ok atau tak ok pakai baju macam ni. itu memang bukan sy.
kerja kedua – masa praktikal. sy ada 2 pilihan. mula2, pergi kt tempat 1 ni, bertahan utk 3 atau 4 ari je. lepas tu, terus beralih buat praktikal kt tmpat 2 ni sbb ada kawan yg sama2 sekali kt situ.
kerja ketiga – cashier kat giant. terlalu ketat & pelik bila dtg kerja. sblm nk msuk ke bhgn cashier, kena ada spot check drpd guard, tak boleh bawa msk purse atau apa2 masa bkerja. baju kena bawa masuk dlm seluar. sy bertahan cuma 2 hari je. lagi pula, bila ada tomboy yg mana sy kena belajar dgn dia mcm mana nk guna cash register & masa xde cust beratur buat byrn, dia byk bercerita psl diri even psl pkerja dlm giant pun. betul tak betul, wallahualam la, tp mcm tak boleh nak teruskn. tomboy ni baik, ok je masa borak dgn dia.
kerja ke-4 – uia gombak, part-time je pun, tak smpai 5 bulan tp kira mcm 1 semester la. klu org tnya, keje mana? mak ayah mmg la suka bila dgnr kerja uia. of course la, keje uia tp sbenarnya sy sndiri malu nk bercerita dgn kwn2 keje uia. sbb position part-time takkan sama dgn contract @ permanent. sy tak pegang sistem. sy cuma buat filing & 'runner' hantar dokumen dr dept ke main ofis, tolong pensyarah, bnda simple2. byk juga maklumat sulit yg sy tahu bila uruskan fail dlm dept tu. maklumat yg kita tak boleh sewenang2nya bercerita pd org luar.
kerja 5 – sekarang, kerja biasa, kerja shift & cuti ari ahad. ayah kena hantar & ambik sbb sy masih belum dibenarkan bawa kereta sendiri even dh ada lesen. tak perlu la sy beritahu kerja apa. tapi, cukup la, kerja ni membuatkan sy perlu berhadapan dengan orang masuk keluar. sy kena belajar sistem (at least ada experience guna sistem), belajar tahu pasal apa yg perlu diberikan pada orang. assist majikan. belajar masukkan stok keluar masuk dlm sistem. sy masih dlm tempoh belajar di sini tapi, sy suka utk teruskan keje di sini. mudah2an, sy lama bekerja di sini.
ya, sy akui sy adalah lepasan ijazah yg bekerja biasa. sy tahu tahap kemampuan sy setakat mana, sbb tu sy tak nak cari kerja yg sama tahap ijazah. sy tak nak keje kerajaan walaupun keje kerajaan byk kelebihan. sy tak nak kerja dlm pejabat yg mana sy dh ada pengalaman sblm ni. macam mana cara org bkerja pejabat. memang ya, dipandang tinggi/dipuji oleh sesetengah org. klu kahwin, ramai mak ayah nk anak perempuannya dpt suami yg keje kerajaan, lebih stabil (kot?). tapi, entah la, niat sy bkerja bukan semata2 sbb gaji. bg sy, bila dh keje yg penting pengalaman. sbb dengan pengalaman, kita boleh bercerita dgn anak-cucu (jika diizinkanNya), tak kisah la pengalaman masa belajar atau bkerja. sy tak pernah malu nak bercerita dgn kwn2 rapat apa yg sy kerje sekarang sbb sy percayakan mereka. mereka pun takkan malu ada kwn mcm biasa yg keje biasa. sy memang tak update apa2 dlm personal fb
kerja biasa ni pun, dekat dengan rumah (lebih kurang 10 minit), tinggal dengan mak ayah, dah bersyukur sgt2. gaji tak tinggi mcm kwn lain pun xpe sbb yg penting cukup utk byr hutang ptptn, buat simpanan sikit2 dlm asb, kumpul duit nak pakai braces, nk renew lesen bisnes online & lesen kereta guna duit sendiri tu pun dah kira alhamdulillah. yg lebih utk kegunaan sndiri & bri mak ayah walaupun x byk.
p/s: utk post sblm ni, sy gunakan kata ganti nama 'aku'. tapi, kali ni, biar la sy guna 'sy' je ye. thanks pd admin, jika post ni tersiar.
– bakal-si-gigi-besi (jika diizinkanNya)