Andai Ku Punya Pilihan.. – 4:25 PM

Andai Ku Punya Pilihan..

Salam admin.Thanks.
Di sini saya ingin kan bantuan dan pendapat dari semua.
Untuk pengetahuan semua.saya telah berkahwin 2 kali dan bekas suami saya yang pertama merupakan seorang yang terlibat dengan penagihan dadah dan mempunyai rekod jenayah ringan dimana telah beberapa kali dihukum penjara.Oleh sebab yang demikian sy telah bercerai dengannya secara fasakh dan mempunyai seorang anak lelaki bersamanya dan dipelihara sepenuhnya oleh kedua ibu bapa saya.
Setelah 4 tahun menyendiri akhirnya saya berkahwin untuk kali kedua.Suami saya ini bebas dari rekod jenayah dan juga dadah.akan tetapi suami saya ini byk sejarah bersama ramai perempuan yg turut ditidurinya.Selepas berkahwin suami saya berubah sepenuhnya dan amat menyayangi saya.Saya berasa begitu bahagia ketika itu.Tetapi kebahagiaan itu hanya sementara kerana selepas setahun suami saya berubah menjadi seorang yg panas baran dan sering memukul sy atas sebab yang remeh temeh.Keadaan ini berterusan sehingga hampir 4 tahun.Seterusnya saya mengambil keputusan membuat laporan polis dan membuka fail siasatan setelah saya dipukul lagi dan suami saya direman seminggu.Saya turut memfailkan permohonan cerai di mahkamah syariah.
Bermula dari hari kejadian kami hidup berasingan selama 4 bulan.Dalam tempoh tersebut suami tak henti-henti memujuk dan merayu saya agar kembali padanya.Dia juga berjanji untuk berubah.Saya berkeras hati ketika itu utk tidak menerimanya kerana saya kecewa dengan sikapnya.Saya turut merasakan dia juga telah mempunyai wanita lain selain saya berdasarkan sejarah silamnya.Dia menafikan dengan bersumpah dan sebagainya.
Akan tetapi,ada kisah disebalik tempoh 4 bulan itu juga.Saya cuba bertahan hidup menyendiri bersama 2 anak berbinkan dia.Saya hidup dalam kesempitan dari segi kewangan dan juga nafsu.Sejak tinggal berasingan dia telah menghentikan segala nafkah zahir dan batin terhadap saya dan hanya memberi nafkah utk anak-anak sahaja.
Saya seorang yang berkejaya namun terlibat dengan loan yang tinggi menyebabkan saya terkapai seorang diri utk meneruskan kehidupan.Dalam tempoh berasingan itu saya turut tercari-cari pengganti bagi mengisi ruang hati tetapi tiada pula yang sudi walaupon saya boleh dikatogerikan sebagai seorang yang ada rupa dan berkejaya.ditambah pula dengan keadaan nafsu yang semakin hari semakin mendesak dan tidak terbendung,akhirnya saya terjebak dengan zina.Saya tidak memilih dan siapa saja yang ada asalkan lelaki dan sedap pandangan mata saya memandangnya saya akan mengajaknya ke bilik hotel.Setiap malam saya akan bertukar pasangan.Kejadian ini hanya berlanjutan selama 1 minggu.Suami masih memujuk saya untuk kembali kepadanya.Tetapi saya mohon untuk dilepaskan secara baik.Saya juga mencerikan masalah saya dan perbuatan buruk saya dan dia berkeras untuk terus menerima saya dan ingin kembali.Pada malam hari pertemuan kami setelah 4 bulan tidak bersua barulah saya tahu suami saya sanggup menerima saya kerana dia juga berlaku curang selama tempoh 4 bulan ini.Dia hanya mampu bertahan selama 1 bulan dan selepas itu dia mulakan kembali sikap lamanya itu.Ramai perempuan ditaburi janji manis dan ditidurinya.Saya yang pada mulanya berasa amat bersalah terus berasa seperti memang sepatutnya juga saya berkelakuan buruk begitu.Barulah setimpal dengan perbuatannya terhadap saya.
Bermulalah kembali kehidupan kami sebagai sebuah keluarga.Malangnya segala janji manis untuk membahagiakan saya hanya sementara.Dia kembali mendustai saya.Dia kembali bersikap panas baran dan sering mengamuk memaki dan membaling semua barang yang ada memandangkan dia tidak lagi berani memukul saya.Dia juga sering bertukar tukar pekerjaan menyebabkan ekonomi kami tidak lagi stabil.Suami sangat tertekan dengan keadaan ekonomi rumah tangga yg parah ini.Dia sering ungkapkan untuk melepaskan saya kerana rumah tangga kami tiada jalan penyelesaian dan tidak dapat diselamatkan lagi.Sehingga ke hari ini kami sering berbalah.Saya ubah diri saya menjadi lebih baik utk menyelamatkan rumahtangga kami.Saya melayan suami saya dengan penuh hormat dan saya hanya berdiam diri mengalah setiap kali berbalah.Tapi pandangan matanya memandang saya seperti penuh dengan kebencian dan dendam kesumat.Dia sering memandang serong terhadap saya mengatakan saya ingin hancurkan hidupnya.
Sehinggalah kehari ini,rumahtangga kami masih tidak tenteram.Dan malam tadi dia sekali lagi dia luahkan niatnya untuk melepaskan saya kerana tak sanggup lagi mengharungi cabaran ekonomi yang makin parah.Tetapi sebagai perempuan hati saya kuat berasakan yang dia sebenarnya telah mempunyai yang lain sebagai pengganti saya tetapi dia hanya menjadikan masalah ekonomi dan kewangan sebagai satu alasan.
Apa yang merisaukan saya ketika ini ialah :
1- Saya risaukan masa depan saya,saya merasakan tiada siap yang mahukan saya untuk dijadikan isteri setelah saja menjanda apatah lagi anak sudah 4.
2- Masalah kegawatan ekonomi dan kewangan yang serius.Saya tak mampu untuk meneruskan kehidupan secara menyendiri tanpa ada bantuan dan sokongan.
3- Masalah dalaman (NAFSU).Ini yang paling membuat saya tertekan.Saya risau setiap malam saya terpaksa keluar mencari sesapa saja utk penuhi kehendak.
Mohon bantuan dan pendapat.Tolong jangan hentam saya.

– Jiwa Lara Hati Sedih

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *