Ingin berkongsi pandangan – 7:46 PM

Ingin berkongsi pandangan

Benarkah Allah telah berjanji wanita yang baik akan dapat jodoh yang baik?

“Wanita-wanita yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita yang keji pula, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka itu bersih daripada dituduh orang. Mereka memperoleh ampun dan rezeki yang mulia". [An Nur 24:26]

Saya suka memerhati dan selama sy memerhati, sy lihat ramai orang menafsirkan ayat di atas untuk mendapatkan jodoh yang baik.

Saya jahil tentang ini maka sy lebih banyak berdiam diri. Walaupun sy berdiam diri, sy seakan-akan kurang bersetuju dgn penafsiran segelintir umat Melayu Islam ini. Entah. Mcm something wrong somewhere.

Kerana kalau betullah penafsiran yang dibuat itu, ianya seperti bercanggah dengan ayat al-Quran [rujuk surah at-Tahrim 66:10&11], suami beriman tak semestinya akan dapat isteri yang beriman, begitu juga sebaliknya. Nabi Nuh dan Nabi Lut merupakan seorang hamba yang saleh. Kedua-duanya berada di bawah pengawasan dua orang yang saleh di antara hamba-hamba Allah. Tapi isteri mereka tidak beriman, malah berlaku khianat kepada mereka. Begitu juga kisah antara Firaun dan isterinya. Firaun mengaku dirinya tuhan, tetapi isterinya mentauhidkan Allah.

Berbalik pada ayat 26 surah an-Nur ini, dah lama sy ingin mengkaji ayat ini. Oleh kerana harini sy ada sedikit kerajinan, maka sy pun memulakan kajian. Jelas sekali ianya bukanlah seperti yang ditafsirkan oleh umat Melayu Islam kita. Ia bercanggah sama sekali. Ayat 26 surah an-Nur ini diturunkan untuk menunjukkan kesucian Aisyah r.a dan Safwan ibu Mu'attal r.a daripada segala fitnah dan tuduhan kepada mereka.

Tuduhan ini mengenai isteri Rasulullah saw, Aisyah ra, Ummul Mukminin, setelah perang dgn Bani Mustaliq pada bulan Syaaban tahun 5 Hijrah. Peperangan itu diikuti kaum munafik dan turut pula Aisyah ra dgn Nabi saw. Dalam perjalan pulang dari peperangan, mereka berhenti pada suatu tempat. Aisyah ra keluar dari kumpulan itu untuk suatu keperluan, kemudian kembali. Tiba-tiba dia merasa kalungnya hilang, lalu dia pergi mencarinya. Sementara itu rombongan berangkat dgn menyangka bahawa Aisyah ra masih berada dalam rombongan tersebut. Setelah Aisyah ra menyedari bahawa rombongannya telah berangkat, dia duduk di tempatnya dan mengaharap rombongan itu kembali menjemputnya. Kebetulan, lalu ditempat itu seorang sahabat Nabi, Safwan ibnu Mu'attal, yang menjumpai Aisyah sedang tidur sendirian dan dia terkejut seraya mengucapkan 'Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' lalu Aisyah terbangun. Aisyah dipersilakan menaiki untanya, sambil Safwan berjalan menuntun unta sampai mereka tiba di Madinah. Orang ramai yang melihat membicarakan nya menurut pendapat masing-masing. Mulalah timbul desas desus. Kemudian kaum munafik membesar-besarkannya, maka fitnah atas Aisyah ra itu pun bertambah luas sehingga menimbulkan kegoncangan kaum Muslimin. Masalah ini semakin runcing sehingga sikap Nabi juga berubah terhadap Aisyah. Baginda menyuruh Aisyah segera bertaubat sementara Aisyah tidak mahu bertaubat kerana tidak pernah melakukan dosa yang dituduhkan kepadanya. Beliau hanya menangis dan berdoa kepada Allah. Kemudian Allah menurunkan ayat 26 surah an-Nur ini yang juga satu pakej ayat 11-26.

Tuntasnya, ayat 26 surah an-Nur bukanlah merupakan JANJI Allah bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan sebaliknya.

Sebaliknya ianya hanya menekankan perempuan yang baik LAYAK untuk mendapatkan lelaki yang baik. Sebab itu Allah menjadikan Aisyah sebagai isteri Rasulullah. Sekiranya Aisyah bukan perempuan yang baik, tentu beliau tidak layak untuk Rasulullah.

Rujukan : al-Quran 24:26, Tafsir al-Azhar oleh Hamka surah an-Nur ayat 26, Tafsir al-Quranul Azhim oleh Ibn Katsir.

– S

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *