Assalamualaikum, nama aku N. Terima kasih sebab sudi luangkan masa baca confession yg aku tulis haritu. Terima kasih juga atas kata2 nasihat yang akak2 dan abang2 berikan dan juga kecaman beberapa individu. Menitik jugak la air mata bila baca kecaman kat komen2 tu, tp ye, apa yg korg ckp mmg betul, aku yg bersalah dlm hal ni.
Pertama sekali, aku xpernah terlintas untuk cerita dgn bangga psl pengalaman bersalin aku. Sebaliknya aku tulis dgn rasa sgt bersyukur sbb dihadirkan dgn nurse2 yg sgt baik, yg tak membuatkan golongan mcm kami ni down. Zaman skrg bukan golongan mcm aku je yg takut dgn mulut nurse, ibu2 yg lahir anak saf taraf pn kdg2 takut dgn mulut sesetengah nurse. Dan itu rezeki aku untuk dpt nurse yg professional. Ada yg ckp mungkin nurse bercakap kat belakang patient, bukan ckp lepas kt dpn patient. For me, its okay, atleast ibu yg bakal bersalin atau dah bersalin tu xterganggu perasaannya. Sebab ada akak yg komen kt confession aku cakap, nurse tu maki dia sampai ckp next time jgn dtg bersalin sini dah. Sebab tu aku bersyukur bila Allah hadirkan aku dgn nurse2 yg baik dan supportive. Aku bukak buku merah lambat dekat kk, sbb perasaan takut nak menghadapi ‘mulut’ orang atau pandangan sinis nurse2, sebelum tu cuma checkup dkt swasta. Bila dtg kk, nurse yg incharge aku ajar macam2 sbb dorg tau aku single mother, dorg ada jugak tny spe akan jaga anak aku. Katenya if aku xnak anak tu, ada yang nak kan anak tu. Aku cuma senyum dan cakap aku akan jaga anak ni. Dan doc cakap, awak jgn fikir apa org akan ckp, kami kat sini tak tgok kisah sosial awak, kami cuma nak bayi dan awak selamat.
Bila aku dpt tau aku pregnant, sesekali ada jugak bisikan yg suruh aku gugurkan je baby ni, unt mudahkan aku di masa akan dtg, tp syukur syukur syukur, aku x tergerak nak buat benda keji macam tu. Bagi aku, itu balasan untuk aku, anak tu xbersalah pun untuk dimatikan sebelum sempat dia tgok dunia. Dan for sure, tuhan hadirkan ujian ni for a reason, supaya aku rasa insaf dan dekat dengan-Nya. Kalau sebelum ni aku lalai, lepas dtg ujian ni, aku lebih ingat tuhan dan tuhan tu maha penyayang.
Ada yg ckp bila bersalin anak xsah taraf, rasa sakit tu ditarik, sbb sakit kan penghapus dosa. Nope, tu sgt salah. Sakit tu masih sama, tapi ditambah pula dgn dugaan mcm bersalin seorang diri, bersalin dalam tandas, bersalin dalam ketakutan dengan keadaan xde support dr nurse2 untuk ajar meneran dgn betul. Risiko untuk kehilangan nyawa ibu dan bayi yg dilahirkan. Kalau ibu penzina itu mati semasa melahirkan dan dia ada rasa menyesal serta insaf serta mati dengan mengingati tuhan, dia juga dikira mati syahid, sdgkan kita yg xtahu mungkin akan terus menghukum dia dgn dosa2 lampau sebab beranak dalam tandas dan buat perkara2 terkutuk. Aku x menggalakkan zina, tetapi sekiranya anda hamil anak luar nikah, tlg kasihani anak tersebut. Jaga diri, syg pd kandungan tersebut, jumpa doctor dan minx nasihat. Jika anda xnak anak tersebut, badan kebajikan akan ambil anak tersebut dan carikan ibu bapa angkat untuk dia, tp tlg jgn bunuh anak tu. Aku ada cerita ada ibu yg baru bukaan 2cm tp sakit contraction dia mcm dia dh nak beranak. Puan lala omar dan che suraya, untuk makluman puan2, sy xterniat pun nak gelakkan dia, malah sy x gelakkan dia pun. Bila dia mengaduh sakit, sy suruh dia try mengiring atau jalan perlahan2. Tahap ketahanan kita pada rasa sakit tu berbeza, sy juga rasa sakitnya contraction tu, tapi sy tarik nafas dalam2 dan hembus, tu pun diajar nurse masa aku menunggu dlm dwn bersalin tu. Secara tak langsung puan2 dah tersalah sangka dekat sy. Xde masa sy nak gelakkan orang sdgkan sy juga sdg kesakitan dan masa tu bukaan cuma 5cm, bukan 8cm mcm yg puan2 ckp ye. Kdg2 rasa sakit contraction tu sgt kuat tp bukaan baru 2cm sbb ada ibu yg minum air selusuh. Nurse akan keep going check bukaan bila ibu tu sgt sakit mcm xboleh tahan, sbb sometimes dr 2cm boleh tiba2 kepala baby dh nak keluar.
Ada yg ckp, kenapa aku x kwin bila dpt tahu aku pregnant. Aku ada sebab aku sendiri kenapa kami xboleh kwin, tapi kalau aku boleh undur masa, aku xnak pengakhiran yg mcm ni, aku bukan budak perempuan yg sosial, tp sebab ikutkan rasa cinta dan nafsu, jadi la mcm ni. Tlg fikir ibu bapa korg sebelum korg jadi mcm aku. Aku xpernah rasa bangga berziba dan aku sgt menyesal sebab terjebak dgn zina. Cuma 1 perkara yg aku xmenyesal, lahirkan anak aku, wpun selepas melahirkan tu mcm2 lg yg aku kena tempuh terutama sekali kecaman2 dr mulut orang.
Kepada akak2 dan abg2 yg beri nasihat secara berhemah, terima kasih aku ucapkan. Perasaan ibu yg berpantang sendiri ni xboleh diduga tp alhamdulillah otak aku masih waras dan xmeroyan wpun dikecam. Aku sedang berpantang sendiri dan cuma sesekali ibu dtg melawat di KL. Kasih syg ibu pada anaknya sgt luas mcm sygnya ibu aku pd aku, aku bersyukur sbb aku xdibuang keluarga mcm sesetgh wanita lain, sebaliknya ibu ajar aku cara menjaga anak dan bertaubat, jgn ulangi lagi dosa2 yg lalu. Aku tau betapa hancurnya perasaan ibu aku bila dpt tau aku melahirkan anak luar nikah. InsyaAllah slps berkahwin, aku dan bakal suami akan tinggal bersama ibu dan menjaga ibu. Bg aku, penerimaan org luar terhadap salah laku seseorang tu boleh menyebabkan org tu terlalu selesa dan xtakut untuk ulang lagi perkara tersbut, dan boleh juga membuatkan org tu berkeyakinan untuk mulakan hidup baru dan lupakan masa2 lampau mereka. Dan aku adalah org yg memilih pilihan kedua, dgn ada nya insan2 yg supportive dan nasihat2 yg menenangkan, aku lagi bersemangat untuk mulakan hidup baru dan jaga anak aku dgn penuh kasih sayang.
Aku harap korang dpt doakan yg baik2 untuk aku, anak, dan keluarga aku.
Terima kasih
– N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit