Assalamualaikum, perkenalkan diri ini sebagai MAT. Seorang pelajar universiti dan mempunyai pengalaman tinggal di luar negara selama beberapa tahun. Penulisan ini mengandungi teguran,pendapat, nasihat dan cadangan kepada warga negara malaysia yang ingin TINGGAL, MELANCONG atau membuat LAWATAN KERJA spt conference ke Luar Negara terutamanya di negara-negara yang mempunyai suhu yang lebih rendah daripada Malaysia spt Korea, Australia, UK, US dll. Kandungan dalam penulisan ini berdasarkan pengalaman penulis dan rakan-rakan ketika tinggal di sana. Saya bahagikan kepada 3 golongan iaitu kepada Golongan Rakyat yang ingin melancong, Golongan Pekerja yang out-station dan PELAJAR-PELAJAR Malaysia yang tinggal atau akan tinggal di luar negara.
1.Golonga Rakyat yang ingin melancong ke luar negara.
Sebelum merancang untuk ke luar negara, anda perlulah tahun keadaan kesihatan anda dan ahli kumpulan anda terlebih dahulu. Duit bukanlah segala-galanya untuk pergi ke luar negara. Tubuh badan yang sihat terutamanya kepada golongan-golongan veteran ( umur 55 thn ke atas) perlu diberi tumpuan yang lebih. Golongan-golongan veteran ini lebih cenderung untuk diserang penyakit seperti asma kerana keadaan cuaca yang sejuk.
Anda boleh mencari sendiri di internet tentang warga negara malaysia yang terkandas di luar negara yang diserang penyakit dan di tahan di hospital .
KENAPA PERLU RISAU?
Jawapannya ialah kerana kos rawatan yang sangat-sangat mahal yang dikenakan ke atas pesakit-pesakit yang bukan warga negara tersebut. Sebagai contoh, kos tinggal di wad ICU untuk satu malam shj mencecah AUD 5 000 besamaan lebih kurang RM 15 000 !. Ini tidak termasuk kos upah doktor dan ubat-ubatan lagi, hanya kos untul tidur di katil ICU! Sekiranya anda bukan seorang Jutawan ini sememangnya amat membebankan. Pengalaman penulis sendiri melawat warga negara malaysia yang ditahan diluar negara dan tidak mampu untuk membayar kos rawatan yang memcecah ratusan ribu. Jadi bukanlah satu perkara yang janggal sekiranya anda melihat berita tentang rakyat malaysia yang memohon bantuan orang ramai untuk menyelesaikan kos rawatan di luar negara.
Solusinya ialah dengan membeli insuran. ( saya bukan jual insuran taw). Anda boleh baca sendiri tentang insuran di laman web ini. Namun, dengan membeli insuran anda tidak 100% selamat lagi. Pengalaman penulis sendiri melihat kes dimana insuran hanya cover RM 50 000 namun kos rawatan mencecah RM 200 000.
Solusi yang kedua ialah TIDAK PERGI KE LUAR NEGARA . Sekiranya, anda tidak sanggup membayar lebih untuk insuran ataupun mempunyai kewangan yang mantap, jangan pergi ke luar negara. Risiko yang amat tinggi menanti akan sekiranya anda pergi tanpa insuran ataupun tidak tahu tentang selok belok di negara sana. Walaupun anda mungkin mempunyai keluarga ataupun saudara disana tetapi mereka tidak menjamin kesihatan anda ketika di sana.
Hospital di negara mana-mana sahaja pasti akan mengecaj harga yang tinggi untuk pesakit yang bukan warganegara. Bahkan di malaysia juga begitu. Anda boleh pergi ke hospital sekiranya menginginkan kepastian.
2.LAWATAN KERJA
Tidak dinafikan memang ada diantara kita yang akan dihantar ke luar negara untuk lawatan kerja. Peluang keemasan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh setiap pekerja. Takkan mahu dilepaskan begitu sahaja. Oleh itu, untuk golongan-golongan ini, pastikan anda melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Sekiranya anda mempunyai penyakit pastikan anda membawa ubat-ubatan yang secukupnya dan anda mestilah memakan ubat tersebut pada waktunya. Tidak dinafikan ada segelintir golongan degil yang membawa ubat-ubatan tetapi tidak memakannya. Tak guna Pak Long oi kalau tak makan ubat tu! Kemudian, anda mestilah mengambil tahu tentang suhu di negara tersebut pada tarikh lawatan anda nanti. Tidak perlu susah-susah, hanya 2 minit anda sudah boleh tahu. Google sahaja lah! Lastly, beli insuran yang cover sepanjang lawatan anda! Ini amatlah penting sekiranya berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini. Anda juga harus tahu sebanyak mana kos yang yang ditanngung oleh pihak insuran.
3.PELAJAR-PELAJAR Malaysia yang tinggal atau akan tinggal di luar negara.
Pelajar malaysia yang akan ke luar negara semestinya telah mempunyai insuran. Insuran ini telah dibeli oleh pihak penaja (sekiranya ditaja ) . Contohnya, di Australia, pelajar-pelajar mempunyai kad MEDIBANK untuk kegunaan sekiranya dimasukkan ke hospital. Namun sekali lagi, bukan semua kes pihak insuran akan cover 100% tetapi kos yang perlu dibayar jauh lebih murah. Sebagai contoh, pihak insuran hanya cover 90%, jadi selebihnya itu pelajar perlulah melunaskan sendiri.
Untuk para pelajar baru yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, JANGAN RISAU kerana insuran pelajar selalunya akan cover jumlah yang cukup besar dan tidak lah membebankan sangat. Sebagai contoh, sekiranya anda dimasukkan ke hospital, kemudian bayaran yang dikena melebihi AUD 1 000, anda tidak perlu mengeluarkan duit poket anda. Pihak hospital akan menhubungi terus pihak MEDIBANK. Sekiranya, terdapat kos yang perlu dibayar, hosp akan memberi tempoh yang agak lama untuk anda menyelesaikannya.
DAH ADA INSURAN SO, APA MASALAH PELAJAR?
Masalah timbul apabila para pelajar pergi melancong di negara yang diduduki terutamanya ketika musim cuti semester. Tidak dinafikan pelajar perlu menggunakan peluang yang ada untuk jalan-jalan di negara orang.
Namun, para pelajar mestilah beringat dan mengambil tahu tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi.
Masalah yang paling common ialah kemalangan kereta dan kereta tersebut total loss. Jumlah kerugian berbanding kepada jenis kereta namun secara purata pelajar perlu membayar antara RM 50 000 – RM 100 000 kepada syarikat penyewa kereta. Sebagai pelajar, agak mustahil untuk mempunyai wang sebanyak itu.
Ada diantara pelajar yang membeli insuran tetapi insuran itu terbatal kerana melanggar syarat. Sebagai contoh, sewaktu mengambil kereta hanya satu nama sahajan mendafar sebagai pemandu tetapi sewaktu kemalangan orang lain yang memandu kereta tersebut. Secara autaomatik, kontrak insuran terbatal kerana bukan nama yang berdaftar sebagai pemandu yang memandu sehingga kemalangan.
Golongan-golongan pelajar yang tersepit ini selalunya akan memohon sumbangan melalui laman2 web seperti GoFund me. Pada mulanya, keadaan ini tidak menimbulkan masalah.
Namun sejak kebelakangan ini, sudah menjadi TREND pelajar malaysia mengguna khidmat laman web ini untuk menyelesaikan hutang mereka.
Tidak mengapa sekiranya kemalangan tersebut berlaku ketika para pelajar melakukan aktiviti harian namun kebanyakan kes-kes yang berlaku adalah ketika para pelajar ini sedang melancong. Sebagai golongan bijak pandai, mereka sepatutnya lebih peka terhadap perkara ini.
Mereka seronok berjimba di luar negara namun apabila berlaku perkara tidak diingini, baru kalut nak memohon bantuan orang ramai.
Para pelajar harus ingat bahawa laman web seperti GoFund me bukan tiket untuk anda tidak bersedia sebelum pergi melancong. Bersedia daripada awal, jangan kedekut untuk membeli insuran yang boleh cover 100% sekiranya berlaku kemalangan.
Kesimpulannya, rancanglah perjalanan anda untuk ke luar negara. Jangan hanya berfikir tentang keseronokkan sahaja. Jangan jadikan percutian anda menjadi satu mimpi ngeri.
Sekian, terima kasih.
– MAT
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit