Apa hikmah clash sebab Allah ?
Assalamualaikum. Harap sangat admin approve thank u. Ok ramai cakap besar hikmah dia kalau kita sanggup clash sebab Allah tapi ish aku tak suka rasa macamni tapi secara jujurnya ak tk nampak hikmah tu. Aku dengan ex pakwe aku ni dah lama couple mcm 4 tahun gitu dari zaman sekolah but after dah habis sekolah kami jarang sangat jumpa as dia pun busy kerja part time. Dah lama tu ok jujur cakap aku bosan dengan dia. Entah lah aku mcm nak give up je sebab aku tk nampak arah tuju hubungan ni kemana. Sampai lah satu hari tu dalam grup whatsapp ada pasal couple islamik ni peh gila sentap weh sumpah tak tipu. Aku pikir punya pikir sampai aku rasa memang nak mintak break oh ya lagi satu aku dengan family dia memang tak berapa ngam so macam tak best la kan. Aku memang kejam sebab mintak break time dia ada masalah family and dia masatu memang tengah stress sebab busy kerja part time tapi aku tak de pilihan dah aku memang taknak tangguh benda ni. Memang lah bukan 100% aku break sebab Allah, ada sebab lain juga tapi sebab Allah lah yg menguatkan rasa nak break tu. Sebab aku pikir aku ni bertuhankan siapa sebenarnya. Dahlah memang terang yang hubungan ni tak diberkati Allah weh tak sanggup aku nak hadap hidup dekat u dengan tak dapat redha Allah lagi lagi time study. Benda memang betul kot ni hukum Allah bukan hukum manusia tapi manusia je yang pandang ringan soal ni. Mungkin sebab aku memang dah prepare for this breakup so aku ok je and i know he suffered. Lepastu aku dapat masuk uia ni dia pulak ums ha ko bayangkan betapa jauh nya kami huh tak dapat bayang kalau still couple weh aku memang tak boleh handle long distance relay ni. Dekat uia pula aku masuk usrah semua kan lagi bertambah yakin yg keputusan aku tu betul nak break dengan dia and aku happy dengan life aku. Kami pun dah tak contact lepas break em entahlah aku boleh je kawan macam biasa dengan dia tapi yelah bukan semua boleh kawan balik dengan ex dia kan, dia cakap je dia still nak kawan dengan aku tapi aku tahu dia tak boleh. Setahun lepas tu aku stalk ig dia, ok jujur memang selalu stalk dia haih weh aku pun tak tahu la kenapa aku benci diri aku sebab still stalk dia tapi entah lah aku curious dengan hidup dia without me. Aku tengok dia dah makin sado sebab dia workout dengan main bar semua kan senang cerita dia memang dah hot lah sekarang. Bukan nak cakap la tapi aku buat ig dulu dari dia, tapi ig dia sekarang beribu likers kot memang hot gila. Aku tengok pun dia succeed in sports sebab dulu dia memang main ragbi so dia still cont dengan ragbi dia and menang banyak kali jugak kalau ada tournament dekat u ha yang aku boleh tahu ni sebab aku stalk ig dia haha. Kebetulan masa cuti sem tu aku jumpa kawan aku yang satu u dengan dia, dia cakap yg ex aku ni dapat dekan masa exam aku cam pelik gak mamat ni dulu masa dekat sekolah kelas belakang gak aku kelas first tapi sekarang dia dapat dekan. Kawan aku cakap jugak dia ada ramai peminat sekarang ha yang tu aku tahu sebab aku nampak ramai perempuan komen dekat ig dia tu huhu. Ok back to me pula em aku semenjak duduk uia ni aku cepat lapar so aku memang makan banyak and aku jadi chubby sangat. Kulit aku pula makin gelap sebab aku selalu join outdoor aktiviti. Aku ni memang tak boleh bawak sangat study dekat uia ni so masa exam result aku tak ok mana pun haih. So nampak tak hidup aku macam dah bertukar dengan dia ? Dia ada everything while me macam loser je weh. Entahlah ni ke balasan untuk aku sebab kejam dengan atau ni karma untuk aku? Salah ke apa aku buat tu? Tapi semenjak aku masuk uia ni aku dah tak sama macam sekolah. Aku dah tak couple lah for sure and crush pun takde kalau ada brother hensem pun macam ok hensem then dah lupa muka macamna. Kan aku nak break dengan dia sebab Allah, lain lah kalau sekarang ni aku ada pakwe lain lah ha memang aku patut kena hukum tapi haih entahlah. Salah ke aku?
– Anna
Yang part ko break dgn dia tu dh bagus tapi ape psl pulak ko nk bandingkan ko dgn dia pulak. Takdenya karma kalo ko tinggalkan apa yg Allah larang. Yang ada sebab dia berusaha untuk jadi lebih baik. Sebab tu lah kot dia jadi makin baik. Ko pun inshaAllah boleh kalo ko usaha. Tapi apa aku nk cakap, ko jgn pulak rasa menyesal sbb dh break dgn dia yg dh hot tu. Ok?