RUMAH SEWA MISTERI – PART 1, 2, 3 (VERSI KOMPILASI)
RUMAH SEWA MISTERI – PART 1, 2, 3
Dulu, masa duduk rumah sewa aku jadi ketua rumah. Yelah, maybe faktor aku ni spesis boleh tegur direct. Kau faham faham jelah gegirl satu rumah. Benda tak puas hati diperam mau meletop macam gunung berapi.
Oklah, nak dipendekkan cerita dan nak dijodohkan Allah, aku dipertemukan dengan 5 orang rakan sewa. Baik-baik tu tak payah cakaplah. Kau tau apa? Kelima lima ni semua ada belaan. Heh. Bukan belaan, maksud aku, setiap sorang ada cerita gangguan masing2. Saka, santau dll. Tapi alhamdulillah, semua ahli rumah komited solat jemaah, mengaji sama sama. Tapi sebenarnya, bila kita dah tau kita ni ada gangguan, selidik sikit ahli rumah kita lain ada gangguan jugak tak. Sebab diorang takleh duduk satu bumbung. 'Panas' nanti. Benda tu saling berlawan.
Aku ni nak dikira penakut tak jugak, berani jauh sekali. Sedang-sedang. Tapi aku percaya je benda benda alam ghaib ni. Cuma aku ni takde langsung ilmu perubatan islam ni. Setakat baca ayat kursi n fatihah tu aku taula..jadi, nasihat aku kat korang pergilah belajar darusssyifa kat bangi tu ke.
CIK A
Aku tengah dok kat kampus. Tiba-tiba dapat satu mesej dari Cik A. 'Aku benci tengok kau duduk dengan dia. Aku sayang kau sorang je. Hahahaha'. Ah, sudah. Gangguan dia datang la kot, bisik hati kecilku. Cik A ni kes dia kena santau. Dituduh perampas tunang orang. Padahal, perempuan tu yang syok sendiri. Tak puas hati laki tu taknak kat dia, dia hantar kat member aku Cik A ni. Sigh.
So, balik kpd cerita tadi. Aku buat lek. Aku buat cool. Cik A ni macam jeles la tengok aku baik dengan Cik AB. So dia saja api apikan aku dengan mesej mcm tadi. Sebenarnya bkn dia pun yang taip. Benda tu. Gangguan ni gitulah, dia suka buat kita hubungan sesama manusia ni renggang, nak gaduh memanjang. And gangguan ni biasa malam baru dia menjelma. Betul lah kan orang kata malam ni ibu kejahatan semua keluar. Jarang orang histeria siang. So, aku pun baliklah rumah. Aku tak sedap hati. Lepas maghrib aku terus capai mathurat. Baca kuat kuat. Pastu aku cadang nak stay up dengan member. Study group. Exam nak dekat. Lepas bersiap, aku terus keluar menuju ke pintu rumah. Biasa aku kuak pintu kecik je sebab ada dekat 10 ekor kucing depan rumah sewa aku tu. Berebut rebut nak masuk rumah. Tapi malam tu aku pelik, seekor kucing pun takde depan pintu rumah tu. Eh, pelik pulak aku.
Sambil cari helmet, aku pun tercari cari la kelibat kucing kucing tadi. Tiba tiba aku ternampak seekor menyorok dalam baldi. Tengah tenung aku. Ah, sudah. Ni dah kenapa. Aku buat taktau lagi. Pastu aku perasan ada benda tenung aku. Rupanya seekor lagi kucing duduk atas tembok luar rumah. Aku kalih kat lain, ada seekor lagi tengah tenung jugak kat aku di celah tembok batu. Seolah macam bagi isyarat, kak, benda tu dok sebelah kau je. Oh, no. Jantung aku mula degup laju. Sebab hati aku mula kuat kata benda tu dah mula berkeliaran kat dalam rumah. Tulis kisah ni pun aku dah mula meremang. Haha. So,aku diamkam aje..then terus pegi study group.
Dalam sejam dua tu tetiba aku dapat call ahli rumah suruh balik rumah. Urgent katanya. Pap. Aku terus teringat kejadian pelik tadi. Sampai je, aku bukak pintu nampak Cik A tengah terbaring. Ahli rumah lain semua lari masuk bilik. Bajet macam aku boleh handle sorang la. Hawau betul. Tetiba Cik A meracau. Bunyi suara garau. Aku dah gelabah ni, mana nak ingat ayat ape ape. Baca fatihah je yang mampu, Berharaplah reda. Sebab ada yang pernah bagitau tak kisahlah kita baca fatihah ke ayat kursi ke..yang penting keyakinan kita Allah Taala Maha Berkuasa tu nombor 1. Ceh, padahal ayat kursi n fatihah je pon yang aku hapal T_T lepas bajet bajet jampi tu, Cik A ni pun slow sikit.
Dia terbaring balik. Lemah. Aku pun amik kesempatan tepon member aku yang pandai berubat orang ni. Lepas call, aku pun tunngulah member ni sampai. Sampai je member ni kat pintu pagar depan, tiba tiba Cik A bangun terpacak pandang mata aku. Tepat. Dengan mata yang merah menyala, suara yang garau, dia gertak, 'kau panggil siapa datang hah?' . Masa tu nak terkencing aku tengok muka dia T_T
Aku terbungkam tengok Cik A bangun terpacak. Cik A dah ngamuk tengok aku panggil orang nak berubat dia. Dia bangun, kejar nak cekik aku. Aku pun apelagi, lari satu rumah. Aku jerit mintak tolong. Dia tarik sebelah kaki aku macam ju on tu. Ok, tipu je. Saje melawak. Ni imaginasi aku je. Rupanya Cik A gertak je. Eh bukan Cik A. 'Benda' tu la. Takdelah nak kejar kejar aku dengan rambut mengurai mengilai macam dalam filem tu ok. So, point aku kat sini benda tu lemah sebenarnya.
Macam biasa, aku buat lek, buat cool. Jantung tak payah cakap la. Penat pam darah. Punya berdebar aku cakap kau. Dalam hati aku pasakkan kuat kuat, Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Kau tau sebab apa? Sebab 20 tahun aku hidup, tu kali pertama aku tengok orang histeria depan mata T_T
Nasib baik member yang berubat ni bawak kawan sekali. Cik A ni dah tetiba nak lari. Mengamuk macam hulk yang hijau tu aku cakap kau. Sorang pegang tangan, sorang pegang kaki. Tetiba dia sepak pulak member tu. Kudrat 2 lelaki pun tak daya. Ahli rumah lain, senyap sunyi dalam bilik. Sabo jeler. Pastu kawan 2 orang ni mintak garam dengan lada hitam. Diorang mintak tumbuk dengan lesung sikit bagi halus. Dah menumbuk plak aku malam malam buta kat dapur tu. Dengan saspen plus ketakutan ketang ketung aku sesorang kat dapur. Yelah, logik jugak. Lada hitam kau beli kat kedai sepeket singgit tu sikit je kan. Dah kalau baca jampi, campak. Baca jampi campak habis gitu je. Ni esok nak buat masak pun dah habis stok. Eh dah tetiba nak komplen kan.
Lepas sesi jampi jampi mulalah sesi pujuk memujuk dengan belaan tu. Mintak keluar dari badan Cik A. Member tabib sorang ni tanyalah benda tu satu persatu, datang dari mana, siapa hantar. Dah kantoi tetiba sape hantar kan. Mungkin yang hantar santau tu lupa nak pesan kat belaan tu jangan bagitau sape penghantar in case ada yang tanya. Kikiki.
Dah habis sesi nego tu, benda tu keluar lah dari badan Cik A. Lama woi. Dekat 2 jam. Ngantuk aku melayan menatang ni. Tapi kesian lagi Cik A. Tak boleh study dia malam tu. Dahla esok ada paper. Jahat kan orang tu? Aku kalau dapat pompuan yang hantar santau ni memang aku bagi penampar sebijik. Cecey. Ye ye je kan. Nangis nangis Cik A cari pensyarah lepas habis paper esoknya. Kata tak boleh jawab. Hebat tak hebat kuasa Allah, rupanya dia dapat A subjek ni. Wink wink. Baik kan Allah?
Alhamdulillah, Cik A dah selamat mendirikan rumahtangga dengan jejaka tu. Jejaka tu puas pujuk pompuan si penghantar tu suruh tarik balik santau tu. Kau tau. Boleh dia pakat hantar dengan mak dia sekali. Means mak dia ngajar jugakla. Ape punya mak entah. Dan alhamdulillah, jejaka tu rupanya dia tabib jugak. Nampak tak ada hikmah di sebalik sesuatu? :)
Lupa nak cerita nasib kucing kucing kat rumah aku. Kesian diorang. Seekor demi seekor mati. Setiap pagi aku bukak pintu rumah nak pegi kelas ade jer yang mati depan pintu rumah. Kematian kucing kucing ni pun tragis. Mati kejung. Takde lebam takde cakar. Tapi kejang keras camtu. Aku dengar orang kata kucing ni macam pelindung sihir tuan jugak kan. Sian T_T
CIK B
Kes Cik B ni seram jugak. Benda tu datang menumpang. Degil pulak tu taknak keluar. Kalau berubat tu satu taman boleh dengar jeritan dia. Tendang tendang ustaz lagi. Scary weh. Aku memang tak pernah teman dia berubat. So aku tak berapa faham sangat situasi dia.
Nak dijadikan cerita. Lepas Cik B balik berubat, dia pun balik. Lemah sangat. Dah tengah malam pun. Memang timing benda tu la kan. Ada 2 member ikut teman sekali. Sampai je depan rumah, tiba tiba Cik B mengamuk taknak keluar kereta. Mula mula 2 member ni ingat takde ape la kan. Sekali Cik B sungguh sungguh taknak keluar. Menangis + mengamuk. Seram pulak tiba tiba. Aku pun pujuk dia keluar sekali. Aku tanya lah elok elok kenapa Cik B taknak keluar, cuba bagitau. Dia menggelupur ketakutan.
Kau tau dia jawab apa? Kebetulan depan rumah aku ada pokok pisang. Cik B cakap. 'Tu tu tu nampak tu, macam mana aku nak masuk?' Sambil tangan tunjuk pokok pisang tu. Ya Allah. Longgar skru lutut aku. Aku pujuk masuk lagi. Dia kata tak boleh masukkkkkk. 'Tu tu tu ada lagi..!' Kau tau dia tunjuk apa? Dia tunjuk atas bumbung, depan rumah. Cik B kata benda tu BANYAKKKK. Allahuakbar. Aku rasa macam dah tak jejak tanah dah. Pastu Cik B kata benda tu tak bagi dia masuk. Macam dah mark kawasan la gitu. Yela, dia pun bukan masuk sorang. Benda tu nak ikut masuk sekali. Ah, sudah. Kalau kau jadi aku apa kau rasa? Aku rasa macam aku selama aku ni duduk dalam mulut buaya tau tak!
Hawau betul Cik B ni. Tengah malam gitu buat hal. Aku halau dia pergi cari rumah sewa lain malam tu. Eh, takde la halau sangat. Aku pesan kat 2 member tu teman Cik B tidur kat rumah sorang member ni. Malam tu je. Lepas kereta bawa Cik B ni berlalu dari depan mata aku, aku ada masalah lagi. Masalah nak masuk mulut buaya tula. T_T So dari pintu pagar tu aku pun toleh belakang pelan pelan langkah masuk rumah. Beratnya kaki yang amat. Rasa macam dua kaki ni dirantai besi tau tak. Nak ke depan ke belakang kiri kanan semua tak mampu. Nak lari jauh sekali. Macam biasa. Buat lek. Buat cool. Yelah, bak kata Cik B BANYAK ada kat luar rumah ni kan. Sambil buat taktau mata mata yang memandang, aku masuk dalam rumah dengan jayanya. Eh. Siot betul lah. Takut doh!
Kesian Cik B. Aku pun taktau sangat apa khabar dia sekarang. Cuma aku tau dia seorang bisneswoman. Aku doakan Cik B berjaya. Dunia akhirat.
Karier aku sebagai ketua rumah memang mencabar. Selain bayar bil, sewa rumah, beli barang dapur, tugas hakiki aku ialah teman setiap ahli rumah pergi berubat. Aku rasa macam nak letak dalam resume je. Lagi hebat woih dari jpam. Jpam pun kurang kurang nak halau benda nampak depan mata. Aku? Benda ada. Cuma tak nampak aje. Takut? Menipulah tak takut. Prinsip aku senang je. Selagi dia tak munculkan diri depan mata, aku bersyukur. Lantaklah diorang nak buat ape. Keje diorang memang suka ngusik anak adam kan.
Lagipun bukan apa, selain aku rasa ni pengalaman yang berharga dan ilmu baru, paling tidak aku boleh faham situasi setiap orang ahli rumah aku. Dapat tambah amalan aku jugak yang tak seberapa banyak ni.
Dulu aku manalah kenal radio ikim ni. Sekarang hari hari pasang kat rumah tau. Mula mula bingit jugak. Asal member aku bukak, dia mandi, aku tutup. Dia bukak, pegi makan, aku tutup. Sebab ikim kan banyak sesi temuramah. Cakaaap je. Boring tau tak. Aku bukak radio nak dengar lagu. Tapi lama lama aku 'terhibur' sendiri. Mungkin amalan aku bertambah, sedar tak sedar hati aku jadi lunak. Korang kalau rasa hati tu keras je and susah nak dengar nasihat orang, tryla istiqamah 2 3 amalan. Jangan buat banyak. Sikit je. Tapi sustain. Solat tahajjud 2 rakaat sebelum subuh. Mengaji 5 ayat selepas solat. Mathurat pagi petang (sebagai pendinding). Kalau tak boleh semua ni buat satu je dulu. Tahajjud tu. Eh. Dah tetiba macam ikim pulak aku.
Macam tu jugak aku perati setiap ahli rumah aku ni. Lepas dah tau tahap belaan masing masing, semua jadi sama sama tingkatkan amalan. Kiki. Aku ni pun agak kasar orangnya. Tapi bila dah satu satu kejadian berlaku dalam rumah buaya tu -_-' aku jadi bertambah penyayang. Mula amik tahu hal setiap orang. Tak mudah melenting dengan perangai sorang sorang. Yela. Kalau ada gangguan benda tu attack amalan kita jadi lalai. Solat lewat. Malas nak buat amalan sunat. Kaki berat nak pergi majlis ilmu. Emosi pun jadi tak tentu. Rasa nak marah marah. Cari gaduh memanjang dengan orang. Macam kes Cik C ni…
CIK C
Kes Cik C ni unik sikit. Santau yang dihantar dari kecik. Macam kau tanam cili jugakla. Harini kau tanam bijik dia. Esok jadi buah cili. Lusa tulat jadi cili cili cili. Ekeke. Benda ni gitu jugak dalam badan Cik C. Makcik kat kampung dia yang hantar. Dah takde keje lain agaknya makcik tu. Sibukkan diri dengan santau orang.
Macam biasa, aku rajin jugak teman Cik C pergi berubat. Dengan Ustaz Y. Ustaz yang paling sempoi ubat orang. Suka buat lawak. Ngekek aku gelak kalau dia berubat kadang kadang. Yela. Ubat buatan orang ni ingat syok ke? Penat tau tak. Kadang tu sampai Ustaz ni terpelanting kat dinding dia cerita. Sian T_T So maybe Ustaz Y ni buat lawak bagi yang datang berubat tak rasa inferior.
Pernah sekali tu Ustaz Y cerita ada seorang Ayahanda gangster datang berubat dengan dia. Nak bertaubat. Nak buang saka rimau yang dia bela sendiri bagi kebal. Yang jadi dia datang nak berubat tu sebab masa dulu dia lah kepala samseng kat kl tu. Ayahnda kan. Kebal pulak tu sebab sihir dia kuat. Asal tak puas hati je bunuh orang tu. Sembelih orang ni. Dia ingat tangan dia yang paling berkuasa. Rupa ada lagi yang Maha Kuasa atas sana. Orang yang dendam dengan dia hantar santau kat anak perempuan dia sampai meninggal. Masa tu lah dia berubah.
Kes Cik C ni yang kesian belaan tu susah nak munculkan diri. Sebab benda dah lama sangat. Yelah. Dah 20 tahun hidup. Dia tak kacau jadi histeria ke meracau racau ke. Semua benda nampak normal. Sampailah satu masa Cik C ni sakit sendi, sakit badan yang teramat. Badan rasa berat walaupun kurus kering. Sampai kadang kadang aku pulak jeles tengok dia makan nasi setambung tapi perut dia besar betis aku je. So pasni kau husnuzon la sikit member yang steady kurus walaupun pelahap. Maybe dia ada belaan. Ekeke.
So Cik C pegi cek perubatan moden kata takde apa. Niat nak beralih ke perubatan islam rupanya membongkar ke suatu benda yang lain. Cik C gigih sangat berbanding yang lain. Seminggu hampir 3 kali dia jumpa Ustaz Y. Konsisten. Bertahun jugaklah. Kalau aku dah stress dah. Mana taknya, bila Ustaz Y cuba nak komunikasi benda tu tak respon ape ape. Diam tunduk je. Sampailah satu hari, macam Biasa, ustaz baca ayat syifa, pembatal sihir dll, belaan Cik C ni mula ada komunikasi..
'Hei, kau ni siapa. Datang dari mana?'
Cik C senyum. 'Mana ada sesiapa. Hehehehe. Mana ada lah..' Cik C senyum meleret leret sambil gelak halus. Hujung meja dikuis kuis manja. Cik C buat gedik lagi sambil senyum tak henti. Benda tulah maksud aku. Bukan Cik C.
'Kau berapa ekor duduk dalam tu?' Ustaz Y tanya.
'Hehehehe. Mana ada..hehehe. Adelah dalam 10…Hehehehe' Cik C jawab. Ya Allah 10 ekor? Aku pun macam nak pengsan dengar T_T selama ni aku bercakap dengan dia ke yang 10 ekor tu? Huwaaaa. Agak 10 ekor yang banyak banyak tu yang dok atas bumbung n keliling rumah sewa aku tak bagi benda alah Cik B tu masuk tak? Ya Allah Ya Tuhan T_T
'Panggil bos kau datang ke mari. Panggil dia sekarang. Sekarang jugak', marah Ustaz.
'Taknaklah. Taknakkk. Janganlahhh…hehehehe' Cik C tarik suara manja lagi. Kalau Cik C tau macam mana rupa dia masa berubat mesti dia malu. Yelah, sebab dia seorang perempuan yang jaga akhlak dan ikhtilat ni. Mana ada cakap dengan lelaki sembarangan ni. Sebab tulah orang ada gangguan ni kau sikit pun jangan cerita macam mana rupa atau aksi dia masa berubat. Nanti dia inferior. Boleh sampai depression tau.
So sesi rawatan Cik C berterusan untuk beberapa lama dengan keadaan yang tarik tali macam tu. Mula mula ustaz ingat ni jin gila. Yelah, orang tanya senyum memanjang. Rupanya tak. Dia saja buat mengada taknak keluar balik tempat asal. Sebab dah lama sangat menginap dalam tu kan. 10 ekor pulak tu. Tsk tskk. Macam rumah setinggan la. Memang bukan tanah diorang, tapi kalau dah syok duduk 20 tahun tak bayar api air satu hari tiba tiba suruh dia keluar rumah, confirm taknak kan.
Bila aku rajin teman Cik C berubat, lebih aku memahami dia. Kesian Cik C. Nak bangun Subuh paling payah sekali. Dia kata dia memang nak bangun, tapi benda tu macam lock tengkuk, kakitangan dia. Jadi, setiap Subuh aku gigih la kejutkan dia. Lepas Selawat sikit, aku tarik tangan lepas tu tarik kaki dan badan dia sekali. Dah menari nari lah aku Subuh hari kejut Cik C bangun. Kalau Cik C dengan yang lain boleh gigih habis duit, masa, tenaga nak buang semua belaan ni, takkan aku tak boleh bersabar bantu diorang mentaati Allah ye tak?
Sampai sudah aku tak kisah pun kalau Cik C nak gelak kuat kuat ke, gelak sorang diri ke. Aku tak kisah jugak kalau dia nak makan tambah 3 4 pinggan ke. Dan tak kisah jugak dia nak emo emo ke. Sebab aku tau, kadang kadang tu bukan dia.. T_T
To be continued..
– Mrs ms