Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Tapi. kalau tak disiarkan pun it’s okay. Confessing this is already a form of way for me to heal. Aku tahu lately ni memang banyak post tentang ibu bapa yang mendidk anak dengan cara kekerasan. Reading all these confessions membuatkan aku rasa terpanggil untuk menceritakan kisah aku yang aku pendam selama ini. Mungkin cerita aku agak bosan, but as I said writing this pun dah cukup memberi kekuatan.
A brief background about me. Aku berusia 25 tahun, datang dari keluarga yang sederhana and aku merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik. Mak aku merupakan seorang ustazah di KAFA, mak aku seorang yang tinggi ilmu agamanya, bertudung labuh. Aku memang sudah diterapkan ilmu agama sejak dari kecil. Dari kecil mak aku dah praktikkan kami untuk menghafal Al-Mathurat dan surah-surah panjang. Cara sembahnyang yang betul jugak dititikberatkan dari kecil. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana dikurniakan ibu yang mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. Ayah aku pula seorang ahli perniagaan. Ayah aku tak berapa tinggi ilmu agamanya tapi perkara basis seperti solat dan mengaji Alhamdulillah okay. Pendek cerita, dari segi solat, mengaji Al-Quran dan menutup aurat memang dah diterapkan dari kecil.
Dan, aku sangat sangat berterima kasih kepada both parents aku atas ilmu agama yang diterapkan.
What traumatized me was cara parents aku mendidik kami semua. Aku tersangat kurang kasih sayang dari kecil. Dari kecil ibuku sangat suka merotan aku. My earliest memory is masa aku umur 3 tahun. Aku dah ada memory masa umur tu. Tapi aku ingat-ingat lupa. Masa aku kecil ibuku sentiasa memukul dan merotanku atas sebab kenakalan yang kecil. Apa lah sangat kesalahan budak kecil sampai berbirat badan dipukul. Pernah sekali ibu ku membawa aku jumpa psychiatrist lepas aku dipukul teruk. I was 5 I think. Masa tu aku dipukul teruk sbb aku taknak mandi sbb terlalu khusyuk tengok cerita Mulan. Sedihnya bila aku fikir sebab tgk cerita Mulan berbirat badan aku dan dibawa jumpa psychiatrist. Aku tersangat la selalu dipukul dan dicubit smpai aku tulis surat telling how I wish ayah aku kawin lain supaya aku dapat mak tiri yang baik and I was 6 by that time. Sedih rasa memori 6 tahun aku ialah pakai baju tadika sambil tulis pakai colour pencil pasal imagination mak tiri yang baik. Masa aku umur 6 tahun, aku kadang-kadang banyak cakap, mak aku cakap kat aku “Kau tau tak bapak kau tension dengan perangai kau?’ Masa kecil-kecil sudah disuap dengan kata-kata as if aku hopeless. Sedangkan aku cuma terlampau petah bercakap dan kadang-kadang aktf.
Masa aku 7 tahun ialah kali pertama aku tipu mak aku. Aku rasa berdosa sangat. Padahal aku tipu benda kecik je. So bila aku dah besar panjang aku tau aku bukan budak yang jahat sbb even penipuan pertama aku pun aku ingat dan rasa sangat bersalah. Mak aku juga sangat suka menghina dan mentertawakan kekurangan fizikal aku. And always making it as a joke bila dalam kereta. I was a child yang membesar. Rasa no self-esteem sangat. Sepanjang aku membesar aku sentiasa diherdik. Even untuk solat dan buat benda-benda baik. Mak aku memang jenis kejut subuh tapi bila dia kejut Ya Allah, kata-kata yang dikeluarkan sangat negatif. Baru first attempt, masuk bilik aku terus cakap ‘Subuh taknak bangun sebab tu Allah tak tolong, sebab tu belajar tak masuk and the perli goes on…’. Apa la salahnya datang dekat anak kecil yang belum baligh duduk sebelah usap kepala anak.. ‘ Sayang bangun, jom teman mak solat’. Ni bila pagi-pagi dah bagi kata negatif, anak pun jadi tak suka solat. Kesannya aku jadi malas solat. Bila aku jauh dari rumah aku sentiasa solat, Alhamdulillah bangun awal pagi kadang-kadang solat sunat tapi bila kat rumah aku jadi tak suka solat sebabnya ibu aku suka menengking bila Subuh. Sama jugak macam menutup aurat, sentiasa menghina cakap anak kena seksa dekat neraka. So sampai sekarang bila belakang mak aku, aku pakai ketat-ketat. Tapi takdela free hair. Parents should implement benda-benda agama dengan cara menunjukkan Allah Maha Penyayang, bukan Allah kejam. Bila dari kecik dah diterapkan macam ni, anak-anak jadi tak suka solat dan tutup aurat.
Masa aku umur 11 tahun, aku pernah buat perangai kecil-kecil bukan mencuri bukan mencarut or whatsoever. Ibuku terlampau marah sehingga dia bogelkan aku luar rumah tengah hujan. Aku malu sangat. Beberapa kali jugak seingat aku ibuku membogelkan aku sbg hukuman. Sehingga aku umur 14 tahun pernah aku curi-curi buka myspace masa parents aku pegi pasar, tapi suddenly parents aku balik and kantoi and ibuku membogelkan aku. Kemudian, aku ditertawakan adik-beradik aku. Aku dah besar umur 14 tahun tu. Malu sangat. Sebenarnya, aku bukan budak yang jahat atau nakal. Mencarut kat rumah pun aku tak buat. Aku cuma kadang-kadang tak mendengar kata, mcm terlewat bangun subuh, tertidur masa belajar atau menulis diari, tapi hukuman sangat berat diberikan kepada aku. Aku pelajar yang cemeralang, sentiasa top ranking dr tadika sehinggalah degree. Tapi parents aku pernah pergi 2x sahaja anugeah cemerlang aku. Tapi oklah at least pergi juga. Aku juga sngat berdisiplin di sekolah sentiasa menjawat jawatan bagus-bagus. Tapi, dirumah aku diherdik dan dihina seteruk-teruknya ibarat aku pendosa tiada noktah.
Aku suka berbahasa inggeris dan aku mempunyai paras rupa yang agak cantik (orang kata) and aku mmg tak pernah perasan. Satu hari, dalam kereta ibuku memarahi aku kerana ibuku cakap aku rasa diri aku perfect dan pandai berbahasa inggeris. Padahal, waktu tu aku tak rasa aku cantik pun. Ibuku menghina tubuh badan fizikalku kononya untuk sedarkan diri. Katanya punggung aku bentuk tak cantik, kaki aku itu ini.. dan keluarkan ayat ‘Kalau ibu nak list kan keburukan kau macam-macam ibu boleh cakap dari punggung aku….’ bergenang air mata aku dalam kereta. Aku hanyalah budak yang nak build self-esteem cuba berbahsa inggeris, melawa sini sikit. Jauh sekali berasa diri ini sempurna. Aku pernah banyak kali attempt lari rumah lepas dipukul dan dihina. Ibuku tidak mengeluarkan kata-kata kesat tapi ibu aku sangat suka menghina dan mendoakan yang tidak baik.
Bila aku dah umur 14 aku kenal seorang lelaki ni which is my current boyfriend. Dah 10 tahun huhu.. Kejadian ni jadi lepas PMR, aku dapat 8A. Aku minta nak keluar pegi KLCC bersama kawan-kawan and lelaki tu pun ada. Itu sahaja permintaan aku. Aku ni kira mmg tak keluar rumah langsung. Masa aku tgh keluar, ibu aku menghantar message kata-kata hinaan kepada kawan-kawan aku and boyfriend aku. Malu sangat.. Aku bercinta dengan lelaki tu sejak 14 tahun. Lepas PMR, aku masuk SBP. Aku menjaga perbatasan aku and lelaki tu. Tapi ibuku sangat tak suka boyfriend sebab bg ibu aku boyriend aku tak guna. Lepas SPM beberapa hari sebelum dapt result aku keluar dengan boyfriend aku, dia hantar aku naik kereta. Sampai rumah ibuku terus memaki aku, dan kali ni ayah aku pun involve. Ayat yang aku tak dapat lupa ayah aku cakap ‘Sua pantat dekat jantan tu’.. phone aku dihempas pecah. Tapi aku tak cerita kat boyfriend aku. Aku cakap phone aku rosak. Aku faham parents mahukan yg terbaik tapi lebih baik duduk dan berbincang. Ibu aku bila marah bukan sahaja menghina aku malah menghina semua orang. Ada satu time tu, ibu aku memarahi aku and aku suarakan pendapat aku, ibu aku terus cakap aku melawan and cakap aku belajar melawan daripada kawan aku. Ibu aku cakap ‘tu la kau, kawan dengan orang takda bapak, bapak dia kan dah mati, sebab tu dia kurang ajar pastu kau ikut jugak’… terkedu aku. Apa salahnya kawan dengan anak yatim. Sekalipun aku salah, sangat tak rasional ibuku memarahi kawan aku yang yatim tu, aku tak faham macam mana seseorang yang tinggi agamanya cakap macam tu.
Tentang ayah aku, ayah aku penyabar orangnya, jarang marah, tapi bila marah.. marah sangat. Kadang-kadang aku rasa ibu aku yang pengaruh ayah aku untuk tak suka aku dan back up dirinya. Sedih sangat.. Keluarga aku sangat tak bahagia. Semalam aku rasa sangat rindu kat ibu aku, aku whatsapp ibu aku tanya tentang resipi makanan and ceritakan tentang kehidupan aku. Ibu aku hanya reply ‘susah’… Sedih sangat, sudah la jauh dari rumah minta share recipe pun taknak.. tapi eventually share jugak sbb ibu dapat rasakan aku terasa..
Kesannnya sekarang aku jadi pendiam, takank join aktiviti kekeluargaan, dan baran. Doakan aku ye.. dari kecil aku struggle untuk jadi yang terbaik regardless in what situation. Biarlah apa pun dugaan yang Tuhan berikan, aku tetap tak nak give up untuk jadi bahagia dan berjaya. Aku jadi jealous tgk keluarga orang yang bahagia. Kadang-kadang aku jadi macam mak aku bila marah suka menghina. Nauzubillah.. aku sangat perlukan doa kalian utk berubah.
Bila aku fikirkan balik, aku dari kecil, takdela jahat, nakal. Bila disuruh mengaji aku mengaji, disuruh belajar aku belajar. Pernah jugak aku tertidur masa belajar UPSR ibu aku menendang aku dan terus doa perkara-perkara yang tak baik. Di sekolah pun result aku okay. Kadang-kadang kesalahan kecil tetapi hinaan dan herdikan yang diberi melampau. Even masa aku umur 20 tahun aku dihina dan diherdik sebab berjumpa dengan boyfriend aku. Kadang-kadang aku sedih memikirkan kesilapan aku kat mana sentiasa dihina dan didoakan perkara yang tidak baik. Ye kadang aku ada rebel tapi itu semua sebab terlampau penat jadi baik sebab jadi baik ke jahat ke tetap dihina.
Wahai ibu bapa, approach la anak-anak dengan penuh kasih sayang. Aku pernah melalui fasa depression and self-harming tapi at the end of the day aku rasa aku tiada sesiapa. Aku nak cerita dekat ibuku nanti dihina kata aku tak solat. Sedangkan nabi sebaik-baik manusia pun sedih apatah lagi aku manusia. Sebab sikap ibuku yang sentiasa menghina aku dan ayahku yang tak endahkan aku menajadikan aku orang yang low self esteem. Aku tak pernah cerita kat boyfriend aku tentang masalah aku sebab keluarga boyfriend aku sangat lah bahagia. Bukan buat-buat bahagia tapi mmg bahagia. Aku malu. Aku tak mahu dicop comes from broken family. Bila ibu bapa tidak memberi kasih sayang sepenuhnya, anak- anak aku accept the love they think they deserve. Macam aku, jadi terlampau attached dekat boyfriend aku. Lagi-lagi aku jenis tak open up and tak ramai kawan.
Apapun aku tau ibuku sangat menyayangiku despite what she said, sbb aku jenis yang tengok good side. Kata-kata ibuku is what I dont really like, tapi setiap orang ada buruk dan baiknya. Aku percaya ibuku sentiasa mendoakan aku di dalam setiap solatnya. Alhamdulillah, skrg aku tengah housemanship. Doakan aku okay semua. Walaupun, ibu aku cakap macam-macam, aku nekad untuk berjaya. Untuk bina my one happy little family. Aku even sometimes dah practice dialogue dengan anak-anak aku yet to be conceived 5 years from now..Aku nak anak-anak aku rasa aku lah orang yang paling penyayang, aku nak anak-anak aku tau walaupun dorang fail in something I will be there to love them all over again. I believe semua parents sayang anak but fail to show in the right way. If you manage to show your kids how much you love them, that would make a massive change in every aspect of their life. Appreciate your kids, puji your kids, jangan satu kesalahan anak dibesarkan, tapi kebaikan anak pejam mata. Sampai harini, aku sangat desperate for a mother’s love, sangat desperate to bond with my mom tapi aku dah penat untuk buat any effort, biarlah ibu aku sayang aku dengan cara sendiri. Aku dah cukup matang untuk faham ni.
– Mrs. F
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit