Isu Hati

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan. Sebernarnya bukan confession sngt pun tapi sekadar pandangan aku terhadap isu lelaki dan hati perempuan berdasarkan pengawasan aku terhadap adik perempuan aku.

Aku perkenalkan diri dulu. Nama aku Mohammed, umur 27 tahun. Aku dua beradik and ada sorg adik perempuan bernama panggilan Fia, umur 22 tahun. Apa yang aku nak cerita ni tentang adik aku. InshaAllah aku akan bagi nasihat sekali atas kisah dia ni.

Si Fia ni masih single dan dia cantik (walaupun buruk gila masa menangis haha). Masalah adik aku ni dia cepat sangat jatuh cinta dengan lelaki yang “baik” sikit dgn dia. Satu hari tu aku nampak mata dia sembab lepas nangis. Aku pun sajalah bergurau “Fia kenapa? Hilang laki ke?” Dia jerit tiba tiba. Aku hampir ingat adik aku ni kena sawan ke. Rupanya dia baru putus cinta.. kena pulak dgn joke aku tu. Haha.

Aku pun tanyalah kenapa apa dah jadi dia dgn si Meon (bukan nama sebenar) tu. Dia ni kalau ada boyfriend dia bagithu aku sorg je. Dia tak cerita dkt ibu aku. Yelah dua beradik je lah katakan. Semua rahsia boyfriend malaon dia semua aku tahu. Aku sbnrnya tak suka adik aku berkawan dgn lelaki ntah mana2 ni. Jeng jeng, rupanya boyfriend dia tu ada perempuan lain. Aku kalau ikut hati nak hempuk jugak kepala mamat ni sbb mulut dia tu mmg manis satu macam. Sampai aku yg laki ni rasa nak muntah hijau bila baca whatsapp dia dgn adik aku.

Tapi bila aku fikir balik, ada baiknya aku perhati balik sikap adik aku ni. So disini mulanya nasihat aku buat para wanita diluar sana based on pemerhatian aku haha.

1. Mulut Manis Lelaki
Wahai wanita, aku bnyk kali dah cakap dkt adik aku JANGAN TERLALU PERCAYA MULUT MANIS LELAKI. Lelaki ni kalau dia betul sayang kau, dia tak perlulah nak cakap semua benda manis yang belum tentu dia boleh bagi dkt kau tu. Dia guna ayat manis tu sbnrnya utk umpan kau je. Lelaki yang betul sayangkan kau, dia takkan taburkan ayat palsu mcm “I love you sorg je takde org lain dlm hati I” atau “I hilang selera dapat tahu you sakit” tu semua bullshit faham? Kalau betul dia sayang kau, dia tak ganggu kau pun sbb dia tahu kau ni anak dara org. Titik.

2. Cepat Cair
Ni perangai adik aku yang paling ketara. Dia suka buat bunyi “awww” ke owww yang mcm kucing merenyam tu. Wahai wanita yang dijunjungi dalam Islam, tolong jgn cepat cair dgn ayat lelaki. Most of them ni suka sngt mempermainkan perasaan perempuan yang cepat cair ni. Sbb apa? Sbb dia tahu kelemahan kau. “Ohh dia ni cepat cair. Senang je ni.” – Ni ayat kawan aku masa baru kenal sorg perempuan ni. Aku ni terkadang rasa nak sumbat cili mulut ex boyfriend adik aku tu. Tapi adik aku ni satu hal, gedik dia bila dapat mesej sweet tu…aih. Wahai lelaki yang dipertanggungjawabkan utk menjaga wanita, bro tolonglah jangan mainkan perasaan perempuan. Sedih aku tgk adik aku haritu siap tak lalu makan (rasa nak ketuk je kepala dia sbnrnya tapi tak sampai hati dia tgh sedih kan)

3. Suka tgk tak bermakna “Suka”
Lelaki yang tak reti jaga mata ni mmg akan suka pandang kau. Ni mcm adik aku lah ni, “Abg, Fia rasa kan ada sorg laki ni suka dkt Fia lah sbb dia selalu pandang Fia.” Dia pandang kau kadang sbb kau lawa atau boleh jadi juga dia sbnrnya ada minat kat kau atau dia takde niat apa pun. Tapi takpe. Set kan dlm fikiran kau, yang lelaki ni suka tgk kau tu tak bermakna dia suka kau. Faham? Kadang dia tgk kau ni sekadar nak “menghiburkan” hati. Aku dulu budak nakal tapi dah tobat so tak buat dah benda mcm tu. Bila kau set fikiran kau mcm tu, kau akan jadi tak mudah utk jatuh hati ataupun terluka at the end. Ye aku faham lelaki mmg bodoh suka bagi harapan dkt perempuan. Tapi lelaki yg baik, dia bukan bagi harapan tapi dia bagi kau penghargaan. Dia hargai kau so dia takkan buat pandangan liar dia.

4. Batas pergaulan
Adik aku dgn ex boyfriend dia tak pegang pegang (aku sangat berharap betul) tapi selalu keluar dating berdua. Aku ni ada sorg je adik, perempuan pulak tu. Aku risau betul kalau dia keluar berdua dgn mamat durjana tu. Aku bnyk kali nasihat, jangan selalu keluar berdua nnti jadi bertiga. Aku ni pun bukan alim sngt tapi aku cuma nak nasihat, elakkan keluar berdua kalau belum sah suami isteri. Mula2 mmg tak buat apa2, takkan nak tggu bila nafsu tu dah kemuncak baru nak menyesal. Lagi2 si lelaki. Aku tahu sngt laki ni bab nafsu dia lain mcm sikit. Dia boleh senyum biasa dkt depan kau, dlm fikiran mungkin dah terkam kau. Kau tak takut ke? Again, lelaki yang baik tak bawa anak dara org kehulu kehilir buat mcm harta sendiri.

5. Buat baik disangka cinta (or flirting)
Lelaki ni (tak semua) suka membantu wanita. Tapi ada je yang membantu ni ambil kesempatan nak bagi harapan. Yang perempuan (tak semua) kadang cepat tersentuh kalau lelaki tolong dia. Meh sini aku nak cakap, lelaki ni dia kadang tolong kau sbb dasar NAK TOLONG sahaja. Jangan mudah rasa seolah dia tolong kau sbb dia minat kau ke dia nak flirting ke. Jangan salah faham antara being nice & flirting. Bila kau dah kebalkan hati kau, percayalah kau tak mudah jatuh hati pada mana mana lelaki. Tgk contoh terdekat, adik aku. Aku sayang dia dan aku sedih tgk perangai mcm tu.

Konlusinya disini, sebenarnya lelaki dan perempuan kena mainkan peranan dalam isu ni. Lelaki jgn suka sangat mainkan perasaan perempuan. Yang perempuan jgn terlalu mudah percaya pada lelaki. Aku punyalah jaga adik aku tu dgn baik (ayah aku dah meninggal) supaya lelaki tak permainkan dia tapi dia jenis mudah percaya pada lelaki. Apa2 pun, tak semua lelaki jahat. Masih ada lelaki yang baik diluar sana. Sama2 kita jaga kehormatan diri, bila jodoh dah sampai, ada lah tu haha. Tujuan aku tulis ni atas dasar precaution utk wanita. Bak kata pepatah “mencegah lebih baik daripada merawat” ah lebih kurang mcm tu lah.

InshaAllah aku akan melangsungkan perkahwinan bulan depan. Doakan supaya aku dapat jaga ibu ku, adik aku dan bakal isteri aku dgn baik. Terima kasih sudi baca tulisan aku yang tak seberapa ni. Salam.

– Mohammed

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit