Nafkah Batin Tertunggak

Hi, confession kali ni berkisah tentang hal dalam kelambu aku.

Nak luah pada siapa? Suami aku? How i wish he will listen to me.

Aku baru 5 tahun berkahwin, anak baru 2 orang. Aku bekerja agak jauh dari rumah, suami aku pun sama. Kami berdua kerja pejabat.

Suami aku, kalau orang luar tengok, dia sempurna. Mak aku pun cakap suami aku ni menantu kesayangan dia. Mak mertua aku lagi lah, anak sulung kesayangan.

Nafkah zahir, nak kata perfect 100% tu tak lah. Tapi cukup memadai untuk kami sekeluarga.

Nafkah batin dia selalu pandang sebelah mata.

Ni aku petik dari website Mufti Wilayah Persekutuan,

“Sesungguhnya untuk Tuhan kamu terdapatnya hak, dan untuk badan kamu terdapatnya hak, dan untuk keluarga kamu terdapatnya hak, dan untuk isteri kamu terdapatnya hak dan berikanlah setiap yang hak itu haknya.”

(Riwayat al-Bukhari no 6139)

Suami aku boleh ‘survive tanpa menunaikan hak’ sampai 3 bulan.

Itu pun selepas aku mengamuk nak minta cerai. Baru lah terhegeh-hegeh.

Dan episod ni berulang setiap masa. Harini tegur, elok la 3/4 hari. Lepas tu sendu sampai berminggu.

Nak cakap aku tak cantik? Aku ada rupa. Badan pun just nice ja tak gemuk pun. Nak kata busuk pun tak. Kebersihan menang aku jaga. Setiap kali nak masuk tidur aku akan mandi dulu.

Aku akan tidurkan anak2 aku. So lepas budak2 tidur, alih2 tengok tepi, lahhh.. suami aku berdengkur dah.

Kami gabung katil queen & single. Kalau dia rimas anak2 berhimpit, dia akan bangun tidur kat hujung. Jauh dari aku. Anak2 aku kecil lagi. 3 tahun & 1 tahun.

Aku dah usaha untuk pisahkan tempat tidur, tapi aku letih sebab aku ja yang letak effort nak pisahkan tempat tidur, suami aku hurmm.. last2 aku give up, biar lah anak tidur sekali.

Aku ada la ugut cakap nak cari laki lain. Dia gelak kan aku. Dia senyum kambing ja.

Aku minta dia ceraikan aku. Ye tahu berdosa. Tapi suami aku buat aku macam ni tak berdosa ka? Aku siap download Tinder depan mata dia. Dia senyum gelak ja.

Aku tak tahu lah dia ada perempuan lain ka apa. Setakat ni, tak jumpa la apa2. Telefon pun aku tahu password.

Dia function elok ja aku tengok. Itu pun last aku tengok masa awal puasa haritu. Lama kan? Asal tak mandi sekali?

Mana nak curi masa aku nak kelola rumah lagi, anak2 lagi, rushing nak pi kerja lagi. Suami aku la kena main peranan tak kan ni pun aku kena handle.

Kereta cukup time pun kena servis, ni kan pula kehendak batin manusia.

Aku pun dah letih hidup macam ni. Aku jaga maruah aku, jaga nama baik suami aku, jaga maruah suami aku, lahirkan anak2, besarkan anak2, masak kemas rumah, tolong cari rezeki lagi,

End up benda yang tak perlu keluarkan duit tu pun suami aku tak mampu bagi dengan sempurna.

Mental koyak.

Macam mana aku nak minta cerai? Pejabat agama layan ke kes macam aku ni? Suami aku cakap ni benda remeh kenapa nak besarkan?

Remeh ke?

Aku yang buat teruk ke sekarang ni?

Tolong nasihat aku.

– Tembikai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Bgs jg pg jab agama, nanti kna kaunseling laki bini.. mna tau lpas dr sna ada prubahan pd suami.. mcm sy pula trbalik, sy kurang bminat pd hub intim sbb krja sy more too fizikal, bkn krja pejabat, jarang x brpeluh msa krja, rsa mcm nk pencen awal je huhu.. almaklum je la krja biasa2 je bkn golongan professional, so sy sgt penat.. bila mlm rsa xnk mkn pun, xnk ada peluk2, sy cuma nk tidur je.. sy n suami pjj, tiap minggu dia kata rindu nk blk, rindu nk peluk sy nk ehemm2 katanya tp sy sejenis rimas dpeluk masa tidur.. bila suami x blk, dlm hati rsa lega sbb dpt brehat sepuasnya, sy slalu jg bgtau suami jgn blk selalu supaya jimat duit minyak tp actually sy malas nk layan mkn minum suami n kehendak dia tu, tp suami pula kata dia kna blk sbb kna reload tenaga, dia kata smua llaki mmg mcm tu, kalo x dpt susah nk fokus krja.. kami sebaya je umur 40 dh.. bila baca confession para istri yg kurang nafkah batin, sy pun rsa hairan sbnarnya apa masalah ye.. mgkn ka ada kaitan dgn porn n lepaskn nafsu dgn tgn, psl gay pun ada.. mcm2 zmn skrg ni..

    • x boleh gitu pun…sy pandai ringan usaha suami dan nafkah ni…tanggungjwb tu kena ada..sbb tu rmai laki mula berubah perangai pd usia 40an bila tidak lg diberi perhatian oleh isteri…kewangan mula stabil,kesihatan baik tp perhatian tidak diberikan oleh isteri…bila terjd perkra tidka diingini jgn disalahkan suami nnt…

    • Betul 2. Tp bnda mcm ni suami kna lead, mg dia je blh. Psl kaunseling la. Psl lain xtau la. Tp stahu aku, ape2 psl rmhtga mst kna husband. Kcuali psl suami xsolat, suami berkasar (apanama ntah aku lupa). Ego dia tgi sgt 2. Jgn acah2 mtk lps, tkut ter’serius’ je gelabah somi ang. Bwk2 bincg dlu. Bnda dlm kain ni xelok pjg2kn kt media sosial. Amk mana idea blh pkai then face2face ng somi 2. InsyaAllah dia dgr

  2. Puan, lebih elok jika dibawa suami bersama untuk pemeriksaan doktor sebagai ikhtiar, mungkin ada kaitan dengan hormon testeron. Cuba ubah jadual kepada waktu pagi. Buatlah perbincangan dan aktiviti2 bersama yg boleh mengembalikan rasa erat spt hobi, bersukan dan sebagainya. Berpisah adalah perkara terakhir yang perlu difikirkan kerana besar kesannya kepada psikologi anak2. Perkara ini juga akan berkurang seiring usia. Juga ianya belum tentu dapat selesaikan masalah Puan ini, dengan mengambil keputusan berpisah. Semoga Puan kekalkan keluarga bahagia ini demi ahli2nya.

  3. Tak normal ni dik
    Kalau nak fikir baik
    Mungkin dia letih penat atau ada masalah kesihatan

    Kalau nak fikir buruk
    Dia ada perempuan lain
    Dia layan porn
    Atau Dia gay

    Bawa berbincang ya dik
    Atau pi kaunseling
    Perpisahan adalah jln terakhir

  4. Kisah aku terbalik pulak, bini tak nak bersama, tak larat anak dah 3 tapi saya nak anak 6…mak mertua plak x bagi beranak banyak, nanti xlarat nak uruskan anak…saya ni jenis kuat sex seminggu sekali..tapi bini asyik bagi alasan xlarat Dan letih….bila sy cakap nak kawin 2 trus die terhegeh hegeh nak bersama…sebab tula banyak laki kawin Dua disebabkan perempuan tak kuat sex, asyik tak larat memanjang…

    • En Shah, jika isteri awak letih, boleh kan awak uruskan rumahtangga bersama2? Belikan isteri ubat2an utk rangsangakan nafsu nya.jika nafsunya dh berkurangan. Jika semua perkara dilakukan berkerjasama, isteri pun happy utk melayan awak.

    • Kalau mampu nafkah zahir dan batin, nak ramai anak, nafsu masih kuat, bagus kawin dua, upah je maid bantu isteri

  5. goda la laki tengok. dh 5 tahun kawin, dh patut taw apa kena buat.. kalau goda still buat tataw, elok la cari laki lain

  6. Untuk pengetahun tuan badan, kes awk ni x la teruk mana. Cuba awk tanya n gali punca. Sy citer berdasarkan pengalaman, ape yg jadi kat saya lebih kurang. Anak² mmg tido sekali, tpi kami kalau bersama akan pegi bilik lain lepas anak tido. Tpi dalam kes sy, dari sebulan, bawa ke berbulan². jawapan yg dia bagi sama je.. sampai la bertahun .. Kalau sy mula dia on je, tpi untuk dia mulakan jrang sekali. Jadi sy tau dia xde masalah kesihatan. Dia snggup tahan bertahun xsentuh sy, tpi layan porn. Akhirnya sy mohon cerai dengan alasan terpaling kukuh, hampir 2 tahun xtunaikan nafkah. Smpai ke sudah dia xpernah jelaskan kenapa dia begitu. Untuk puan, berbincanglah dulu sebelum buat keputusan

  7. Ni spesis lelaki sejuk, normal tapi kurang nafsu, banyk dikalangan masyarakat ni… cuba makan ubat peransang, ada kt farmasi

  8. kalau dia tak ‘makan di rumah’, bermakna dia makan di luar. entah kenapa, aku yakin sangat yg laki hg ni ada apps untuk lelaki songsang, sebab kalau curang dgn pompuan lain dkt luar, bukan mcm tu gayanya. terus terang aku cakap, aku ni adalah seorang yg akan di cari untuk org2 yg ‘nak kenal’ pasangan depa sebelum kawen. dan banyak sangat aku jumpa jenis suami/bakal suami yg main depan belakang.

  9. Assalamualaikum.(SAMOGA AKU TIDAK DIUJI DENGAN UJIAN TAK LAMPU DIPIKUL) biasa aku akn berdoa seblm nasihat org. Klau ilmu psikologi sll Ingat bhwa kita mampu nasihat yg menanggung, menyelesaikan situan bdan. OK secara umumnya nahkah batin ni bukan bergantung PD lelaki atau perempuan. Tapi individu.jalan penyelesaian buat jadual. Tak buat jadual. Tetapkan hari. Setiap Sabtu contoh. Siang dah hint siap². Jgn malu² ank dh dua. Lama² jd routine. Selamat mrncuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *