Ab4ng dan Ad1k

Nama aku Rosie (bukan nama sebenar). Sebelum tu aku nak cakap, lain keluarga lain masalah dan kisahnya. Dan ini cerita aku.

Aku ni dilahirkan daripada keluarga yang sederhana. Kami lima orang beradik, abang aku sulung lepastu aku dan bawah aku 3 orang adik perempuan. Umur kami anggaran 22-15 tahun.

Kisah ni aku nak cerita tentang abang dan adik aku bawah aku. Kami semua masih dibawah tampungan parent lagi. Takde lagi yang kerja sebab kesemuanya masih belajar.

Ayah Mak aku 50an umurnya. Bapak aku kerja kilang Mak aku pulak Cikgu agama.

Kalau digabungkan gaji kedua-duanya lebih kurang RM7k lebih je. Nak tampung pulak kami 5 beradik ni kan. Semua benda nak pakai duit yuran sekolah, barang2 lain lagi.

Bagi aku setakat ni alhamdulillah masih cukup untuk kami. Keadaan jadi lagi teruk tahun lepas. Waktu tu aku dengan adik aku yang bawah aku mula nak masuk universiti.

Aku sambung Degree dan adik aku sambung diploma. Waktu ni ayah kami dapat wang KWSP so duit tu ayah aku tampung kami beli barang2 semua kami 3 beradik termasuk abang aku.

Bayangkan kami masuk serentak. Parent aku memang hantar sorang2 la. Duit minyak lain duit tol lain.

Bila masuk universiti duit belanja dah tak macam duit belanja di sekolah. Bapak aku bagi sorang dalam RM300-400. Bagi aku cukup yang teramat cukup. Tapi lain abang dan adik aku.

Mereka ni macam tak faham tentang kewangan Ayah dan Mak. Hari ni kasi RM400 seminggu lagi mintak lagi.

Aku bukan nak cakap aku baik tapi bagi aku nak tak nak kena berjimat sebab aku faham situasi kewangan mak ayah aku sekarang.

Kalau duit tu digunakan untuk benda penting takpe tapi bila aku tanya apa yang diorang beli, abang aku beli kasut baru, adik aku pulak beli make up lah tak termasuk baju2 lagi. Masalahnya semua yang dibeli branded2 ye.

Belum tanya yang selalu keluar jalan sana sini. Bagi aku takde masalah tapi duit yang dispend tu akan banyak guna. Diorang memang takde side income ke apa2 kerja part time ke. TAKDE!!

Diorang hanya guna duit yang diorang dapat daripada parent belum cerita duit PTPTN. Aku tak tahulah apa yang diorang buat.

Aku pernah nasihat diorang tapi tahu apa yang diorang cakap, “alah tahulah kau anak solehah dengar cakap mak ayah kitaorang ni jahat”

Paling menyirap bila dia cakap gini, “siapa suruh mak ayah lahirkan aku kat dunia ni kan dah menyusahkan, bunuh ah aku cepat”.

Nasib mak ayah tak dengar. Aku tak tahulah apa perasaan Mak ayah aku bila dengar. Lepastu gaduh tak bertegur.

Ada sampai satu tahap ni time ni mak dan ayah aku tak gaji lagi tapi abang dengan adik aku mintak duit kat mak ayah aku macam minta daun.

Abang aku mintak kat parent aku sebab nak bayar duit rumah sewa dia. Lepastu adik aku pulak mintak sebab nak bayar yuran kolej dia.

Korang rasa duit diorang kemana. Bila fikir balik kenapa la tak bayar duit penting dulu kan.

Lepastu Mak aku call aku cakap boleh tak abang aku pinjam duit kat aku. Mak aku tau minta kan. Lepastu berapa hari kemudian adik aku pulak mintak duitnya kat aku.

Korang rasa aku bagi tak. Aku bagi ye! Time minta tu ayat ye jangan cakaplah pijak semut pun tak mati.

Bila aku nak nasihat haram sepatah pun tak nak dengar. Korang rasa aku tak de rasa ke nak beli baju baru beli kasut baru.

Aku nak juga rasa berhias smua tu tapi aku tahan semua tu sebab aku rasa bersalah nak minta duit kat mak ayah.

Kalau seminggu tu dua kali pakai baju yang sama pon takpe. Nak beli barang2 pon aku fikir dua tiga kali. Nak beli makanan kat cafe pon hari2 makan telur pun takpe.

Kalau aku nak beli barang2 sekali pun aku akan cari cara macamana aku nak cari duit tambahan sendiri tanpa guna duit parent.

Kekadang aku rasa kesian kat mak ayah aku siang malam cari duit tapi anak-anaknya tak pandai guna. Aku pernah lah tanya mak aku “mak ada duit ke?”

biasalah jawapan parent kita suruh kita jangan fikir pasal duit pandailah mak ayah cari. Bila abang dan adik aku mintak takde sepatah kata pun dari mulut mak ayah aku.

Mereka memang bagi terus dekat diorang. Yang tukang transfer siapa AKULAH!. Benda ni berterusan ye sampai sekarang dan aku dah mati kutu dah dengan diorang.

Mak ayah sakit ada diorang kesah. Mak ayah aku mintak tolong ada diorang buat. Tapi bila mintak duit automatik jadi orang lain. Aku tak tahulah lagi nak buat apa.

Tapi…

Seteruk-teruk mana pon diorang aku masih sayang diorang. Dia jadi geram sebab ni la. Bukan apa bila aku nasihat diorang berkaitan pasal duit je bergaduh.

Abang aku lagilah bila aku nasihat dia dikatanya aku tak hormat dia sebagai abang.

Yang adik aku pulak bila aku nasihat dia cari gaduh sampai jerit2 lah, bila mak ayah aku dengar dia cakap aku cari pasal. Entahlah aku buntu. Nak luahkan kat kawan 2 aku diorang semua kenal abang dengan adik aku.

Aku tak nak lah buka aib sedarah sedaging aku ni depan diorang dan tak nak diorang fikir macam2.

Aku tak nak bila kami meningkat dewasa benda ni berterusan dan masih bergaduh. Aku harap diorang berubah satu hari nanti.

Itu je luahan aku daripada aku..

– Rosie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *