Ab4ng dan Kak4k Ipar

Assalamualaikum, Nama aku Yuna. Aku nak cerita satu kisah benar untuk pengajaran semua pembaca.

Aku ada 7 beradik termasuk aku yang bongsu, aku dah berumur lebih 35 tahun sekarang ni.

Aku ada 5 orang abang, dan seorang kakak sulung. Tapi aku nak cerita tentang abang yang ke ke enam. Dalam adik beradik kami. Aku bagi dia nama Aman.

Dalam 7 beradik, Aman paling berjaya dalam hidup, gaji abang paling besar, Sebulan boleh dapat 10-20k.

Aman hidup mewah dan suka enjoy sana sini. Dia mampu beli 3 rumah sewaktu usia muda.

Bermula kisah Aman setelah berkahwin dengan seseorang, Kami namakan nama isteri Aman sebagai Lea.

Aman dan Lea berkahwin tahun 2000 , mereka berdua ada perangai yang sama, Kaki enjoy. Dua-dua merokok, Amik drug dan kaki club, melepak sana sini dan cuma habiskan duit tanpa simpanan langsung.

Mak aku? Dah terlalu berumur nak nasihatkan mereka, Mak aku jenis tak masuk campur urusan anak-anak.

Kami adik beradik pun tak mencampuri urusan mereka mahupun mengata mereka. Bagi kami cukup Aman dan Lea layan mak kami dengan elok sudah.

Memang ujian orang berduit gitulah agaknya, Lupa Allah yang beri rezeki sampai enjoy lupa agama. Aman dan Lea sama je dua.

Dalam beradik memang Aman yang paling teruk walaupun berduit.

Oh ya, Mereka berdua ni kerap bergaduh tau, Asal bergaduh je mesti update semua dalam media sosial dan bergaduh dalam wassap group family.

Aman maki Lea, Lea maki Aman. Dua-dua perangai macam budak-budak kan? Kami beradik dan macam biasa. Tak campur mahu pun komen apa-apa.

Sebab? Dah tahu asal gaduh lepas tu mesti Lea mengandung. Asal gaduh je ngandung. Anak dah 6 orang. Tapi semua tak bersekolah dengan alasan malas bangun pagi uruskan anak.

Aku ni kadang ada juga perasaan marah pada mereka sebab abaikan anak-anak. Kesian 6 orang anak buah aku tu kadang kotor, busuk, lapar tak cukup makan.

Pernah juga, Aku kata kat mak aku nak report JKM sebab Aman dan Lea abaikan anak-anak, Tapi mak aku tak bagi kami beradik masuk campur biar Allah yang balas.

Mungkin mak tahu, kalau kita masuk campur mungkin akan bergaduh adik beradik dan Ipar.

Tahun 2020, Allah uji Aman diserang sakit jantung, Doktor suspek sebab kerap makan ubat kuat dan ambil drug sampai organ jantung bermasalah, Setahun tak bekerja rumah kena lelong, Kereta kena tarik.

Dari kaya dah jatuh sejatuhnya. Lea pula memberontak dalam wasap family keluarga kami kata Aman curang ada betina lain,

Aman pula kata Lea tu penipu ada dua orang anak luar nikah sebelum berkahwin dan ada GF pengkid, Mak aku cuma balas selesaikan sendiri semua urusan, Kami semua tak nak campur.

Akibat dari Aman sakit terlantar dan dikatakan curang, Lea lari tinggalkan Aman dan Anak-anak.

Kesian anak-anak tak berdosa jadi mangsa keadaan, Paling kecik umur setahun. 6 orang tu dibuang ke rumah mak aku yang umur dah 72 tahun.

Aman jalan sikit dah semput. Perutnya makin besar macam mengandung 9 bulan akibat buah pinggang pun rosak.

Kini Tahun 2023, Penyakit Aman makin teruk, Kerap muntah darah, Kurus cengkung tapi perut besar. Terlantar tak boleh berjalan lagi.

Mak aku yang jaga uruskan kencing berak semua. Mak suruh Aman bertaubat dan sebut nama Allah tanpa henti.

Sempat Aman bertaubat dan sering berzikir serta minta ampun kat mak. Mak aku kata dia maafkan semua dosa Aman.

Setiap malam Aman meraung-raung kata ada jubah putih datang rumah. Terpekik-pekik halau orang yang kami tak nampak.

Mak panggil ustad untuk baca apa-apa dan mudahkn urusan sakaratul maut Aman. Kami semua dah redha. Tapi ustad kata Aman disihir sesorang yang memang nak Aman sakit tapi tak mati-mati.

Senang cerita nak Aman hidup terseksa. Malam itu mak aku baca surah Ar-rad, Habis sahaja baca surah, Aman menghembuskan nafas terakhir dan sempat Aman mengucap.

Aman telah pergi selamanya setelah sakit menderita 3 tahun… Dan Aman pergi dalam keadaan tersenyum. Masa Mandikan, Dikhafankan dan dibuka kain kafan untuk tatapan terakhir semua kata Arwah tersenyum.

Part dua aku akan sambung. Banyak lagi aku tak cerita . Dan, Lea datang kembali setelah 3 tahun tinggalkan Aman dan 6 orang anak mereka.

Semoga kisah Aman, Abang aku dijadikan iktibar. Allah akan uji kita pelbagai ujian untuk cuci dosa kita sampai bersih baru Allah ambil kita kembali.

Terima kasih.

– Yuna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *