“Ab4ng Nak Kahwin Lagi Satu, Boleh Ke?”

Dia datang secara perlahan, baring disebelah.

Dibelai, diusap rambut, dikucup kepalaku.. diam..

Aku yang sedang menyusukan baby, memang rasa janggal sebab belaian tu memang jarang jarang dapat. Kecuali dia “mahu bersama”..

‘Kenapa lagi ni? Pelik pula pegang pegang panas2 ni, nak ke?..’ spontan keluar dari mulut.. waktu tu lepas solat zohor, so memang time santai-santai kat bilik tidurkan baby..

‘Abang ada mau tanya ni..’ sambil belai belai rambut ku, usap usap lenganku…

‘Apa lagi niiiiii…?’ tanyaku, tapi aku merasa dapat agak apa yg dia cuba mau sampaikan sebab perlakuan yang jarang dan pelik ni mesti ada sebab yang besar dia nak bagitau..

”Yang, kalau abang kahwin lagi satu, sayang marah tak?”…. Lembut keluar dari mulutnya…

Marah? Menangis? Mengamuk??? Tidak sama sekali..

‘Aik, HAHAHAHA, tiba tiba mau kahwin.. orang mana? lama suda ka kenal.. saya kenal ka orang tu?’ jawabku dengan pertanyaan. Baby dah tertidur di sebelah. So, boleh berbincang lebih mendalam..

‘Dah setahun kitorang kenal, orang K*, ingat tak masa abang balik kg hari raya haji tahun lepas? Masa tu la kami terjumpa dan kenal..’

Setahun??? Setahun baru nak bagitau, kenapa tak dua tahun, tiga tahun baru nak bagitau.. ke setahun tu dah cukup kumpul duit nak kahwin…

Duit?? Hutang awak tu banyak tau !!! (Ayat ayat ni cuma dalam hati, tak sampai hati nak luah…)

‘Ohh setahun, baru lagi tu… Jadi bila majlis? Mak abah awak dah tau ke?…’ layanku dengan bersahaja.. tak rasa apa pun masa ni.. hurm, ntah kenapa…

‘Dah bagitau mak, mak cakap, nanti isteri abang ni macamna, tak mengamuk ke???..’ eh! macam greenlight je mak mertua aku ni.. agak mustahil sebab mak mertua memang anti poligami..

‘Oh yeke, hurmm.. ntahlah.. mana awak ja, tapi ingat, kita pun cukup cukup makan, awak lagi nak tambah seorang, kalau kami terabai, tak tau nak cakap apa…’

‘Sayang tak marah ke? Humm, dia (gf suami) cakap, dia yang akan support semua majlis nikah, abang dah bagitau abang tak de duit nak kahwin, tapi dia yang nak sangat kahwin dengan abang.. abang pun tak tau kenapa dia nak sangat dengan abang’

(“DIA” – seorang cina muslim, 25, seorang peguam, orang bisnes, berduit.. dah beberapa kali jumpa kat airport bila suami balik kampung.

Jarang berjumpa sebab ‘jauh’ rentas laut, tapi selalu berhubung dari telefon untuk melepaskan rindu..)

Ayat ayat suami, aku dapat relate dengan perpecahan rumahtangga yang banyak aku baca di media sosial..

Lelaki mulut manis.. Semasa berbincang ni pun memang takda perasaan nak marah, mengamuk, rasa nak tanya apa kurangnya aku.. Memang tak ada..

Aku just bagi peluang je dia nak meluah hasrat dia nak kahwin lagi satu.. Aku tau perempuan tu bukan salah seorang saja, suami aku juga salah..

Jadi bagi aku, tunggu dan lihat apa episod seterusnya.. Jadi kahwin atau tidak..

Dan perbualan berhenti di situ, aku bagitau aku nak tidur.. Mengantuk..

Aku anggap je lah dia ni layang layang.. aku akan lepaskan perlahan lahan biar dia terbang sendiri. Saat dia tersungkur, aku perlahan lahan tarik dia balik kepangkuan ku…. InshaaAllah, semoga aku kuat..

Siapa yang baca pengakuan ini, boleh lah komen, mana tahu ada nasihat nasihat yang boleh aku ikut.. ucapan terima kasih didahulukan..

Yang benar,

-Isteri yang redho-

– Helena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *