Akulah Tu Menantu Hantu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/akulah-tu-menantu-hantu/).

Hai aku lagi, Adudu Bulat.

Ini bukanlah sambungan confession yang lepas tapi lebih kepada aku seperti terpukul dengan confession baru2 ni sejak dua-tiga hari kebelakangan ini bercakap pasal ipar yang pemalas.

Aku pernah tulis di confession pertama kan yang jika balik rumah mak mertua aku, aku jarang berbuat apa-apa asbab banyak komplen menyakitkan yang aku terima.

Aku terfikir adakah ipar dan biras ku berfikir aku ni pemalas tahap dewa?

Iyalah, aku yang dulunya awal berkahwin seperti biasa ingin menarik hati keluarga mertua selalu saja balik masak.

Kadang siap lauk untuk seminggu aku masak dan letak dalam fridge supaya memudahkan mak & bapa mertua.

Tapi itulah sering juga aku dikata “bawang kenapa tak tumbuk? potong macam ni saja mana nak sedap?” atau “kenapa kepala bendi tak dipotong? tak seleralah bapak nak makan” atau “tawarlah asam pedas kamu ni”

Jadi sampai satu tahap yang bila aku masak untuk ramai orang atas permintaan mak mertua aku tapi langsung tak disentuh seperti di confession sebelum ini,

Aku memang dah tawar hati untuk masak. Aku tak ke dapur langsung untuk masak. Aku penat.

Aku kerja dalam bidang audit & perakaunan. Aku memang bekerja office hour tapi siapa di dalam bidang Audit pasti tahu ada musim yang kalau boleh kita rasa nak bawa katil ke ofis sebab terlalu letih dan penat.

Sudahlah letih otak & badan di ofis. Balik kerja aku jugalah yang kelam kabut untuk kejar ambil anak sebelum taska cajkan OT.

Anak mengamuk memanjat kereta otw balik pun letih. Sampai rumah, aku nak mengangkut 6 beg setiap hari. Basuh 4 botol susu, bekas bekal aku & anak.

Pastu fikir pulak nak bagi anak makan apa. Belum kira setiap pagi aku yang bangun susun 4 botol susu anak, masak bekal, kemas beg, sediakan baju, mandikan anak dan rushing untuk ke taska dan ofis.

Suami aku? Tidur jelah dia sampai jam 9-10. Bukan tak mahu kejutkan minta bantuan tapi dia selalu bagi aku tidur awal sementara dia yang usaikan dapur dan rumah berantakan. Jadi aku biarkan dia berehat. Kerja dia di site lagi penat.

Jadi ada musim aku sangat tak larat untuk masak di rumah. Taklah seteruk kakak ipar confessor satu tu yang tiads dapur. Cuma dapur aku boleh kira dengan jari bila berasap.

Pendapatan kami laki bini kalau dicampur sudah 7k tapi jika aku tak masak, suami yang akan kedapur.

Kalau aku tak mahu susahkan dia, aku yang order Grab dengan wangku sendiri, order untuk anak dan suami juga. Tak pernah lagi setakat 3 tahun berkahwin ni kalau aku yang malas masak, suami keluar duit no tak pernah.

Tapi keluarga mertua menganggap aku yang selalu habiskan duit suami.

Jadi apa aku buat? Guna Whatsapp suami aku yang hanya di”open” privacy ke famili, aku ambil gambar dan caption “terima kasih sayangku, belanja”.

Macam mana aku tahu? Sebab aku selalu update di Instagram aku bila aku makan di luar biasalah perempuan, ambil gambar lawa-lawa, post.

Ada satu ketika bapaknya whatsapp “bagilah lebih sikit duit untuk belanja raya. asik makan luar je habiskan duit”.

Suami aku memang tak berduit. Gajinya jauh lebih kecil dari aku. Rumah, kereta dan barang dapur sahaja suami aku tanggung itu pun belum seminggu gaji dah tinggal RM200.

Aku tak tahu berapa dia bagi mak & bapak dia, aku tak amik tahu. Dulu setiap kali gaji & bonus aku hulurlah 2-3 ratus ke akaun mak mertua aku. Tapi itupun macam dipersoalkan kenapa.

Adik iparku tanya sedangkan aku tak beritahu dia pun yang aku beri duit ke maknya. “Kak Dudu bagi mak duit ke? Segitu je ke? Banyak nak bayar ni”.

Terkesima sebentar. Tapi seperti di confession sebelum ni, aku stop untuk memberi apa2 ke keluarga mertua. Terima kasih pun tiada jadi aku stop.

Adakah aku dikira ipar yang pemalas?

Macam baru ni balik raya, aku sampai dikala mak mertua dan birasku sedang sibuk di dapur sebab keluarga birasku, Isteri si Gopal mahu bertandang.

Tapi oleh kerana anakku baru jaga dari tidur dan tenaga banyak aku pantaulah dia di depan.

Seperti yang aku katakan, rumah mertuaku tidak child-proof ya.

Barang kaca merata, perhiasan kayu atas rak begitu sahaja, pintu utama sentiasa dibiar terbuka, gelas untuk tetamu di meja yang anakku boleh capai dan baling, bekas kuih raya semua kaca. Jadi, aku duduk depan pantau anak aku.

Tapi baru-baru ini bapa mertua aku ada share satu reels di status whatsapp tentang “balik rumah ibu ayah, menantu tu janganlah pura-pura nak jaga anak. Anak tu boleh je sorang2. Jangan jadi menantu diva” lebih kurang begitu.

Aku di dalam katagori pemalas juga ke?

– Adudu Bulat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *