Kerana Reunion

Assalamualaikum. Memperkenalkan nama aku Bulan (bukan nama sebenar). Apa yang aku nak tulis ni, aku harap dapat jadi pengajaran dan iktibar terutama buat kaum Hawa.

Pernah dengar tak? “Reunions are scams. Nobody actually misses you. They just wanna know if you’ve made it in life?”

Dan ni kisah aku yang macam kena scam jugak atas sebab reunion. Bukan scam duit. Bukan sebab member nak tengok aku kaya ke tak. Nak tahu, kena baca confession aku. Hehehe.

Kisahnya bermula pada suatu hari. Aku pergi ke pasaraya untuk membeli sedikit barang. Aku pergi seorang je sebab hari tu anak-anak sekolah.

Aku anggap tu adalah me-time untuk aku. Oh ya, aku ni surirumah.

Secara tak sengaja, aku terserempak dengan kawan lama aku. Aku namakan dia Sarah. Kali terakhir aku jumpa Sarah adalah 20 tahun yang lepas.

Aku bersekolah sama sekolah dengan Sarah masa tingkatan satu. Tapi tak lama. Setahun je sebab lepas tu aku pindah sekolah lain.

Sarah kata, mereka tengah plan untuk reunion batch aku. Sarah tanya, aku nak join tak. Tapi aku tak bagi kata putus masa tu.

Satu, sebab aku segan. Aku sekolah situ sekejap je. Kedua, agak struggle aku nak mengangkut anak-anak aku seorang diri.

Anak kedua aku tu ligat sikit. Macam aku masa kecik dulu. Betullah orang kata, perempuan ni kau tunggulah bila kau dapat anak perempuan. Bertemu buku dengan ruas orang kata.

Lepas tu… Tarikh tu, suami aku belum balik darat lagi. Suami aku kerja kapal. Jadi memang mustahil untuk suami aku teman pergi reunion tu.

Sarah kata tak apa. Tapi dia cakap nak masukkan aku dalam group Whatsapp sekolah. Aku pun, ok je lah. Kalau menolak sangat nanti takut orang ingat aku sombong pulak.

Lepas Sarah masukkan aku dalam group tu, aku tak sangka juga. Ramai yang masih ingat aku. Aku pulak, ada yang aku ingat, ada yang samar-samar.

Dah dua kali bersalin you alls. Orang kata time bersalin ada urat putus. Aku memang selalu guna alasan ni kat husband aku tiap kali aku lupa.

Antara yang nampak paling excited dengan kemunculan aku selepas 20 tahun tu, satu nombor Whatsapp yang bernama Aliyah.

Dia tulis nama (icon love)Aliyah(icon love). Dia ni dah kahwin. Profile dia letak gambar kahwin. Aku cuba tengok gambar tu, tapi entah. Muka tak jelas sebab dari sisi satu hal, kecik pun satu hal.

Sejujurnya aku memang tak ingat langsung Aliyah ni yang mana satu. Batch aku tu ada 5 kelas. Boleh jadi dia kelas lain.

Aliyah pun ada minta akaun FB, IG dan Tiktok aku. Aku anggap tu biasa untuk kenalan yang lama tak jumpa. Mungkin mereka nak tahu perkembangan aku.

Cuma, untuk FB aku dah tak boleh accept friend sebab dah capai limit. Aku pun tak sempat nak check yang mana patut aku remove.

Takkan aku nak buat status, “Saya nak remove beberapa rakan yang tidak aktif. Jemput like status ni sebagai tanda anda aktif.” Eh, diva sangat! Tak kena untuk aku yang marhaen dan sendu.

Kut tiba yang like status aku tu seorang je. Husband aku. Tu pun sebab aku suruh like. Naya. Takkan aku nak delete semua orang? Naluri wanita ni kadang-kadang kita nak stalk orang. Haha.

Aku perasan banyak juga new follower request untuk IG dan Tiktok. Aku rasa tu memang kawan-kawan lama sekolah dulu tu la. Tanpa berfikir panjang, aku accept je semua.

Dalam group Whatsapp tu, Aliyah yang paling rajin mention aku.

Contoh, ada sorang kawan pos dia breakfast makan roti canai. Aliyah akan reply situ, “Sedapnya roti canai. @bulan hari ni breakfast apa.”

Tapi, still aku anggap tu normal je lah.

Sampai waktu dah dekat tarikh reunion tu. Dalam sebulan sebelum. Sarah ni Bendahari yang in-charge collect duit dan Aliyah ni yang handle location untuk reunion.

Aliyah kata, dekat tempat reunion tu ada parking khas untuk event reunion tu. Jadi dia perlukan nombor plat kereta yang dapat datang event.

Aliyah Whatsapp aku secara personal tanya aku tak pergi ke? Aku cakap aku 50-50. Aliyah cakap kalau fasal yuran, dia willing untuk bayarkan aku punya.

Aku ada rasa pelik sikit tapi lepas tu Aliyah kata ni kali pertama nak buat reunion. Jadi kalau boleh, dia nak sangat jumpa kawan-kawan yang lama dia tak jumpa.

Especially aku sebab last jumpa aku masa tingkatan satu. Gitulah dia kata.

Aku pun bagitau Aliyah, aku tak pasti lagi. Kalau tak ada apa-apa event family tarikh tu, maybe aku boleh datang.

Aliyah kata, kalau macam tu bagi no plat kereta je dulu. Senang dia nak buat list untuk serahkan kepada management dekat tempat tu.

Aku pun, tanpa berfikir lebih aku bagi je lah. No plat kereta je kan. Tapi aku pelik sikit lepas tu sebab Aliyah reply, “Wah, lawanya kereta. Warna merah pulak tu…”

Aku pun tak tahu nak reply apa, aku “hehehe” je lah. Takkan aku nak meriak pulak dengan kereta aku yang halus tu.

Ye lah. Aku ni cuma berkereta jenama negara, megah menyusur di jalan raya.

Lepas tu. Kereta saiz gitu je aku layak pakai. Aku ni nak masuk parking pun tersengguk-sengguk. Aku sedar diri.

Ada satu hari, aku pergi beli barang dapur sebab anak-anak aku nak makan pizza, tapi yang aku buat. Jadi sementara mereka sekolah tu, aku pergi beli barang.

Aku mula rasa tak best fasal Aliyah ni bermula dari sini.

Time beli barang tu, aku tak tengok phone. Dah lepas bayar barang baru aku tengok. Tu pun sebab aku perasan notification masa nak scan QR code. Aliyah mesej aku macam ni…

“Banyaknya beli barang.. Untunglah husband. Wife rajin masak. Tapi rugilah husband kerja jauh-jauh..”

Aku macam, ehhh. Mengata suami pujaan hati aku dah kenapa. Suami aku balik cuti aku masak la banyak-banyak biar dia gendut. Baru aku nampak slim. Gituh…

Lepas tu, aku macam kurang senang sikit orang stereotype asal perempuan je kena pandai masak.

Kepada lelaki bujang aku nak pesan. Kalau jumpa perempuan tapi tak pandai masak, jangan terus tinggalkan.

Entah-entah dia power bertukang, pandai tukar paip, pandai panjat pokok, pandai repair kereta. Kan ada banyak lagi kemahiran dalam dunia ni?

Kan ada analogi suami isteri ni macam sudu dan garfu. Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Tapi saling melengkapi.

Oh ya. Mesej Aliyah tu buat aku terasa macam aku ni diekori tau. Ikut hati aku nak lari laju-laju pergi parkir nak cepat-cepat blah dari situ. Tapi faktor umur, aku tak larat lari menolak troli penuh barang gitu.

Aku drive tapi aku tak balik rumah. Aku balik rumah mentua aku. Mama terkejut aku tiba-tiba datang sebab dia tau biasanya aku mesej dulu.

Aku bagi alasan aku tiba-tiba rasa nak makan masak lemak daging salai mama. Ah, sudah! Mama ingat aku nak bagi dia cucu lagi pula.

Padahal aku ni tengah perasan syok sendiri terasa aku diekori. Time tu aku terfikir. Ada ke orang nak stalk aku? Aku ni bukan cun macam Sophia Barakah apa nama dia.

Tapi mama pelik jugak. Aku ni nak makan masak lemak daging salai tapi bahan-bahan yang aku beli tu, bahan pizza.

Aku cakap kat mama, tu anak-anak nak makan. Buat pizza kan banyak. Budak-budak tu makan sikit je. Jadi, boleh ajak mama papa makan pizza sekali.

Tiba-tiba aku macam expert menipu. Tapi entah, gerak hati mak-mak kut. Muka mama macam ragu-ragu betul dengan aku time tu.

Anak-anak aku balik sekolah pukul 2 petang. Aku rasa tak selamat bawa kereta aku tu. Kebetulan ada adik ipar aku yang tengah cuti sem, aku ajak dia pergi jemput anak aku, naik kereta dia.

Alasan konon aku migrain. Silap pulak alasan aku time tu, sebab mama jadi makin yakin aku ni nak bagi dia cucu. Ya ampun…

Malam tu, anak-anak semua tidur rumah mentua aku. Kebetulan esok tu Sabtu Ahad, jadi tak de isu baju sekolah ke apa.

Lagipun aku memang ada tinggal beberapa pasang baju aku dan anak-anak kat rumah mentua aku.

Dekat tengah malam jugak, Aliyah mesej aku. Dia tanya aku kat mana.

Aku pun tak nak la nampak obvious aku ni mengelak dia. Aku reply cakap, “Ada je kat rumah.”

Lepas tu Aliyah tanya, “Ye ke? Kenapa rumah gelap je?”

Ya Allah. Dengan tangan terketar-ketar aku reply, “Betullah kat rumah. Tapi rumah parents.”

Aliyah reply, “Oh, nak balik Pahang tak bagitau…”

Oh ya. Rumah parents aku memang dekat Pahang. Rumah mentua aku ni area Lembah Klang, tak jauh dari rumah aku.

Aku reply sikit je, “Last minute punya plan…”

Jap anak aku nangis. Nanti aku sambung.

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

13 Comments

  1. eeeeiiiiii menakutkan. dah kenapa Aliyah tu. dulu ada selisih angin ke dengan dia sis? aduuuiii takutnyaaaa manusia ni takkan nak tukar no, nak pindah pula. nak sambungan sampai dah tahu punca pleaseeeeee

  2. Taaakotnya.. Kenapa dengan Aliyah tuh? Betul ke ‘Aliyah’ ke Ali?
    Awak ambil keputusan yang bijak stay rumah mak mentua.

    • Kak cepatlah part 2…..tak sabar nak tau kenapa dengan Aliyah tu 🤣

  3. cepaaat laa bulan. awk orait x orait. kami menungguu sambungan nii.. tiga hari dah.. anak awk belum benti nangis kee?? sy yg nakk nangis nii menunggu bulan jatuh ke riba. hukk🙇🏼‍♀️

  4. Weyyyy hmmmm….mcm mna dia tau segala detail dia ni?…pergi mana beli apa kereta apa…ermmmmmm….anyway cepat² la sambung…lama nok tunggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *